Nuff Head

02 Jun 2010

Bahasa Indonesia popular di Facebook

JAKARTA: Bahasa Indonesia menjadi bahasa Asia paling meluas digunakan dalam Facebook dan kelima paling popular di dunia.

Menurut kajian terbaru dilakukan ke atas laman rangkaian sosial itu, lebih 20 juta penutur bahasa Indonesia menjadi ahli Facebook. Kajian dilakukan syarikat penyelidik berpangkalan di California, Amerika Syarikat, Inside Network.

Sementara itu, bahasa Inggeris menjadi bahasa paling lazim digunakan, membabitkan separuh daripada lebih 200 juta pengguna Facebook, diikuti Sepanyol, Perancis dan Turki.

Bahasa Indonesia digunakan meluas berbanding bahasa Asia lain walaupun infrastruktur komunikasi dan akses komputer di negara itu belum menyeluruh.



Pola penggunaan bahasa itu juga, kata Inside Network, membuka peluang kepada penjanaan pendapatan.

“Ketika Facebook terus berkembang di seluruh dunia dan menarik perhatian di luar AS, penggunaan bahasa mungkin menjadi faktor lebih penting kepada pasaran dan pemaju,” kata laporan itu.

Bulan lalu, firma penyelidik, comScore menyatakan, Facebook memaparkan 176.3 bilion iklan - hanya di AS saja - dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Pada masa sama, ketika Facebook semakin popular, kritikan ke atasnya turut meningkat.

Pakistan menyekat laman itu hampir dua minggu - sebelum ditarik balik kelmarin - kerana ada pihak menggunakannya bagi menggalak orang ramai menghina Nabi Muhammad.

Mei lalu, ratusan ulama Indonesia menggesa pihak berkuasa mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook di kalangan umat Islam. Alasannya, laman web sosial itu membuka ruang maksiat. - AFP

source: metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...