Nuff Head

01 Jun 2010

Makkah jadi lubuk jenayah

MAKKAH: Kebanjiran warga asing yang menetap tanpa izin di Makkah menyebabkan kadar jenayah di bandar suci itu meningkat dan memaksa polis bekerja lebih keras menanganinya. Akhbar al-Watan melaporkan, kebanyakan kejadian jenayah di Makkah dilakukan kumpulan separa terancang.

Menurut akhbar berkenaan, kebanyakan pendatang tanpa izin dari negara luar itu menetap di kawasan mundur di sekitar Jalan al-Mansour, termasuk di daerah Hindawiya, Tandabawi, Zogla, Jabal Ghurab, Harat al-Zaharain dan Rusaifa Masalah itu juga mendorong penduduk setempat mendesak pihak berkuasa meningkatkan kawalan dan mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah yang ditahan.


“Dalam kebanyakan kes, pencuri yang ditangkap dikenakan hukuman ringan, malah perbuatan mereka tidak didedahkan,” kata seorang daripada mereka.

Penduduk lain berkata, pihak kerajaan perlu mengambil langkah konkrit di kawasan mundur itu.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Abdul Muhsin al-Mayman, berkata dia yakin apabila sistem pangkalan data cap ibu jari dilaksanakan nanti, masalah jenayah di Makkah dapat diatasi lebih berkesan.

“Sistem ini juga membolehkan penjenayah yang diusir dihalang daripada memasuki negara ini semula,” katanya.

Pakar keselamatan, Jeneral Muhammad al-Bunyan, golongan muda tanpa dokumen peribadi sah mendalangi kebanyakan jenayah di Makkah.

“Mereka hidup miskin, menganggur dan akhirnya terjerumus dalam kegiatan jenayah, seperti mencuri dan merompak,” katanya. ketua Daerah Rusaifa, Sami Miabar, berkata sesetengah warga asing hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan atau pemandu. “Gaji mereka tidak mencukupi menampung keluarga yang kadang-kadang seramai 20 orang dalam satu rumah,” katanya.

source: metro

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...