AMPANG: Polis yakin dapat menyelesaikan kira-kira 59 kes pecah rumah selepas menumpaskan satu sindiket pecah rumah didalangi warga Indonesia yang bergiat aktif sejak setahun lalu
“Hasil siasatan, anggota unit khas itu menyerbu sebuah premis di sekitar Kuala Lumpur dan menahan tiga suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an pada Rabu lalu,” katanya.
Menurutnya, polis menemui beberapa barangan termasuk barangan kemas, telefon bimbit, kamera digital dan pelbagai barangan berharga lain.
Berdasarkan maklumat daripada suspek terbabit, polis kelmarin sekali lagi menyerbu sebuah rumah di sekitar Ampang Jaya dan menahan dua lelaki tempatan dipercayai saki baki kumpulan berkenaan.
Beberapa barangan berharga turut ditemui, termasuk barangan kemas dan pemain cakera video digital (DVD) di premis berkenaan dan semua suspek yang ditahan dipercayai bekerja sebagai buruh kontrak.
source: metro
0 ulasan:
Catat Ulasan