Peniaga gerai makanan dari Padang Besar, Perlis, Omar Atan tidak dapat melupakan pengalaman pahit dihidangkan sup babi ketika enam bulan pertama menjalani hukuman penjara di Laos atas kesalahan melakukan pemerdagangan orang ke negara itu.
Warga emas berusia 59 tahun itu menegaskan, suka atau tidak, dia terpaksa menerima hakikat dihidangkan dengan sup babi dan pulut sebagai makanan harian bersama banduan lain di Penjara Puthong, Vientiane, Laos. Oleh kerana tidak sanggup menghirup sup tersebut disebabkan ia haram di sisi agama, dia hanya memakan pulut sepanjang tempoh tersebut.
"Hari-hari, itulah makanan yang mereka beri kepada saya tetapi saya hanya memakan pulut sahaja. "Selepas enam bulan, barulah saya dapat menikmati nasi dan lauk apabila Kedutaan Malaysia di Laos menyediakannya," katanya.
Beliau menceritakan demikian pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh di sini semalam.
source: kosmo
source: kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan