Nuff Head

07 September 2010

SUPP kemuka tiga tuntutan

Agihan ekonomi yang adil penting bagi memastikan masyarakat Cina terus memberi sumbangan dan bukan cari peluang di luar negara: Dr Chan

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mendedahkan terdapat tiga tuntutan yang dimahukan atau kehendak oleh masyarakat Cina di negeri ini, selaras dengan konsep 1Malaysia.

Beliau memberitahu masyarakat Cina tidak meminta banyak tetapi cukup tiga tuntutan mereka dipenuhi iaitu peluang perniagaan yang diberikan sama rata tanpa mengira kaum, sistem pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik.

Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu.

“Di bawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain di luar negara,” katanya.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah tindakan sedemikian bukan sahaja akan merugikan kerajaan malahan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan akan terus lesap.

“Kehendak masyarakat Cina supaya peluang perniagaan diberikan sama rata perlu dipertimbangkan kerana jika golongan itu mencari peluang di luar maka hasrat untuk mencapai status negara maju tidak akan tercapai,” katanya.

Dr Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian dalam majlis makan malam ulang tahun ke-85 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) di Hotel Imperial Miri, malam kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, masyarakat Cina di Sarawak kini semakin lantang dan berani menyuarakan tuntutan, masalah dan isu yang tidak menyenangkan hati mereka.

“Sekiranya mereka mempunyai masalah, kemukakan terus kepada kita supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan jangan hanya pandai mengangkat nama semata-mata demi kepentingan sendiri,” katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai intipati yang memberi keadilan sama rata tanpa mengira kaum dan agama.

“Tiada hak keistimewaan yang diberikan dalam konsep 1Malaysia kerana ia adalah konsep yang adil dan saksama kepada semua kaum walaupun ada individu tertentu suka mengangkat nama untuk mendapatkan hak keistimewaan,” tambahnya.

Dr Chan memberitahu, ia bukan masanya lagi untuk golongan itu mengangkatkan nama demi untuk mendapatkan hak istimewa sebaliknya sekarang adalah masa untuk semua pihak diberi peluang sama rata.

Hadir sama ialah Presiden DCCI, Dato Sim Hock Guan, Presiden DCCI Malaysia, Tan Sri William Cheng Heng Jem, Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Datuk Aidan Wing.

source: borneo post

1 ulasan:

  1. Berkaitan dengan tuntutan pihak masyarakat Cina dalam negeri ini mengikut konsep 1 Malaysia, ia mahukan kesemua pembahagian ikut sama rata, jangan lah dimonopolikan oileh satu kaum sahaja. Siapa SATU KAUM ITU? Ucapan YB Datuk Patinggi Dr Chan di Miri jelaskan antara permintaan kaumnya. Kita suka tanya balik kpd YB Chan, apa kah selama ini peniagaa Cina dipingir oleh pihak Kerajaan? Sedangkan kaum Cinalah yang menguasai hampir 100 Peratus kekiyatan perniagaan dinegeri ini sampai hari ini. Dan lihat disemua bandar di Pasar semuanya orang Cina, tidak ada orang Melayu, Iban dan lain lain, pihak Kerajaan juga tidak bersikap tidak adil kpd orang Cina, dan saperti contohnya, Kontrak binaan bangunan Dewan Undagan Negeri di Kuching, walau pun kontraknya diberi kpd kontraktor Bumi dan Agensi Kerajaan, tetapi ia kemudian disub onkan kpd kontrktor Cina dan dalam hal ini Cina juga mendapat hasil nya, dan jika tuduhan YB Dr Chan tidak pernah kontrak ini terus dibuat oleh Bumiputra sahaja, dan banyak lain bolih diboktikan yang mesyarakat Cina juga mendapat agehan dan kerjasama saperti ini telah lama terjalin, dan apa yang diperolehi orang Cina dinegeri ini adalah cukup baik dan tidak terdapat peluang yang sama dinegeri tanah China. YB Dr Chan saorang Tim Ketua Menteri Srawak, dan sudah tentu dapat lihat dengan jelasnya apa yang berlaku dan tidak perlu membuat tuntutan tuntuan yang tidak berasas dan nasihat lah kpd pihak Dewan Perniagaan untuk terus berkerjasama dengan kaum kaum Bumipuitra untuk untuk mendapatkan hak saksama masing masing. Mungkin orang Cina dinegeri ini merasa terpingir dengan sokongan 30 % kpd Kaum Bumiputra yang merusingkan mareka dan mengapa tidak terfikir dengan baki 70% yang dibuka kpd umum termasuak Cina? Pihak Kerajaan selama ini sudah bersikap adil dalam hal ini dan tidak payahlah mengunkit unkitkannya.Saperti Kontrak bekalan makan ke Sekolah sejak tahun 1963, semua kontrak dibuka kpd Kontraktor Daftar Bumiputra, dan melaksanakannya diberi kpd Cina dan rata rata demikian juga kpd kontrak lain orng orang Cina terus mendapat peluang penyertaan dan keuntungan sampe hari ini kita bolih lihat yang menguasai Ekonomi adalah orang orang Cina.Dan sampai kini usaha sama diteruskan dan banyakj keuntungan diperolehi kpd Cina dari Bumiputra. Apa yang dikemukan melaui YB Dr Chan sapatutnya tidak timbul, YB Dr Chan sendiri juga anggota Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak, sudah tentu dapat malihat dan merasainya.Pada hemat saya memsyarakat Cina telah pun mendapat bahagian yang sama walau pun ia dibuat dengan cara yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan dan peratoran yang disokong oleh semua. Kita berharap semua mesayarakat dapat hidup berharmoni didalam negara ini dengan baik, jangan lah kita coba membuka pekong didada, akibatnya nanti pihak kaum Bumiputra akan buat tuntutan diluar kuasa yang ada dan akhirnya nanti semua puteh mata.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...