Nuff Head

09 September 2010

Sosilawati pernah mengadu ditipu orang kepercayaan

Adik dedah jutawan kosmetik kecewa untung berniaga tak nampak

BATU PAHAT: Datuk Sosilawati Lawiya pernah mengadu kepada adiknya beliau ditipu oleh orang kepercayaan yang membantu menguruskan syarikatnya ketika pertemuan terakhir mereka pada akhir bulan lalu.

Rosnani Lawiya, 45, berkata perkara itu didedahkan kakaknya dalam pertemuan di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini akhir bulan lalu iaitu selepas kenduri kesyukuran menyambut Ramadan.

Katanya, beliau selalu berpesan kepada kakaknya itu supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil tahu semua hal-ehwal kewangan syarikat sendiri dan jangan terlalu mempercayai orang lain bagi mengelakkannya ditipu.

"Saya sering memberi pesanan kepada kakak supaya sentiasa berwaspada. Kak Wati selalu mengatakan beliau amat mempercayai orang di sekelilingnya dan pernah mengatakan dia tidak percaya mereka sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberi dengan menipunya.

"Bagaimanapun, pada pertemuan terakhir sebelum Kak Wati hilang, dia mengadu kepada saya apa yang saya pesan kepadanya kini benar-benar berlaku dan dia sedih dan terkejut apabila mengetahuinya.

"Saya ingat dengan jelas kak Wati mengatakan: 'Kau betul Ni (Rosnani)... aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung berniaga tak nampak... lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan. Aku (Sosilawati) tidak suka orang tipu aku Ni... Kalau nak duit minta... jangan curi... buat aku macam ini. Itu kata kakak saya pada pertemuan terakhir kami," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...