AKARTA: Nasib masih tidak menentu bagi vokalis Dewa 19, Once, yang kini tertanya-tanya bagaimana masa depannya dengan kumpulan itu.
Once - atau nama sebenarnya, Elfonda Mekel - berkata, ketika ini dia tidak menyertai sebarang kegiatan Dewa 19.
Malah, katanya, anggota kumpulan yang popular dengan lagu Laskar Cinta itu juga sibuk dengan aktiviti sendiri.
“Kita tunggu saja perkembangan selanjutnya,” katanya.
Lahir di Makassar pada 21 Mei 1970, Once adalah vokalis terbaru Dewa 19 bagi menggantikan Ari Lasso yang kini bergerak secara solo.
Once berkata, setakat ini dia tidak dapat mengesahkan kedudukannya dengan kumpulan berkenaan, tetapi mengakui berminat meneruskan kerjaya secara bersendirian.
“Jemu juga dengan Dewa 19,” katanya.
Menurut Once, dia memang berhajat melangkah lebih jauh tanpa dibayangi Dewa 19.
“Rancangan album solo memang lama terpendam,” katanya.
Pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani, sebelum ini dilaporkan mengecualikan Once daripada kumpulan itu untuk sementara.
Dia juga sibuk menguruskan artis baru yang bernaung di bawah syarikatnya, Republik Cinta Management.
Antara artis itu adalah Mulan Jameela, kumpulan The Rock Indonesia dan Mahadewi. - Agensi
source: metro
0 ulasan:
Catat Ulasan