Nuff Head

02 September 2010

Dr Chan perjelas isu SUPP keluar BN dalam masa terdekat

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dijangka memberi penjelasan berhubung isu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-luar BN sekembalinya dari luar negara.

Menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri Dr Stephen Rundi Utom, Presiden SUPP itu kini berada di luar negara dan dijangka akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat ini.

“Setakat ini tidak ada kenyataan rasmi daripada dia (Dr Chan) sama ada benar atau tidak hasrat mereka untuk keluar BN. Kita tunggu penjelasan kerana dia sekarang berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

BN Sarawak mempunyai empat parti komponen, selain SUPP, ia turut dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

SUPP pada pilihan raya ne-geri 2006, tewas lapan dari-pada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya – iaitu kekalahan yang paling besar pernah dialami parti itu.

Kerusi-kerusi tersebut dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, SUPP turut me- nerima tanda awal apabila menerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada Mei yang lalu, calonnya Robert Lau Hui Yew ditewaskan Wong Ho Leng daripada DAP.

Parti majoriti yang ahlinya Cina itu, kini dalam usaha memulihkan sokongan daripada para pengundi terutama kaum Cina.

Rundi yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi, kedudukan BN tidak akan goyah meskipun SUPP keluar daripada gabungan.

“Saya yakin BN tetap menjadi pilihan para pengundi kerana rekod kerja dan perkhidmatan terbukti mampu mengangkat kedudukan Sarawak,” katanya.

Mengenai persiapan parti-parti komponen BN bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu mereka telah bersedia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...