BEIJING - Seorang budak berumur 10 tahun, Wang Junjie bekerja sebagai mekanik selepas dia disingkirkan keluar dari sebuah sekolah di bandar Bijie, barat daya China kerana prestasi akademiknya yang lemah, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia bekerja di sebuah bengkel membaiki kenderaan milik bapa saudaranya tanpa mendapat upah.
Menurut Junjie, pada tahun lalu, permohonannya belajar di sekolah ditolak oleh pihak pendaftar kerana guru-guru menyatakan rekod akademiknya tidak begitu baik.
"Walaupun prestasi akademik saya tidak begitu baik, saya merupakan seorang budak yang baik dan berprinsip.
"Saya tidak pernah bergaduh dan saya seorang yang pendiam di dalam kelas. Saya tidak mengetahui kenapa guru-guru tidak menyukai saya," katanya.
Menurutnya, guru-guru meletakan tempat duduknya di barisan paling akhir. "Saya terlalu pendek untuk melihat papan hitam kerana pelajar di depan saya lebih tinggi daripada saya," katanya. - Agensi
source: kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan