Nuff Head

09 September 2010

Salam Aidilfitri

Sempena Bulan yang Mulia ini, Mukapetang dan rakan-rakan seperjuangan di alam cyber ini ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan di atas keterlanjuran kata-kata yang telah menyinggung para pengikut blog mukapetang. 

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.


Semoga beroleh keberkatan di sepanjang bulan Ramadhan.


Bagi pengunjung yang bukan beragama Islam, Aidil Fitri atau Hari Raya merupakan sambutan hari lebaran bagi menandakan berlabuhnya tirai Ramdhan.  Ia disambut menjelang 1 Syawal tahun Islam Hijrah. 

Orang Islam di Sarawak, Kuching khususnya masih mengadakan sambutan yang penuh meriah.  Penduduk di sekitar kawasan Kuching akan ziarah-menziarahi sesama keluarga dan sahabat kenalan dengan memakai baju Melayu lengkap bersongket indah.  Tradisi ini masih menjadi amalan selama 7 hari dan ada juga kawasan di Sarawak yang menyambutnya selama sebulan.  Berbeza dengan Semenanjung di mana Hari Raya hanya disambut selama 2 hari dan kemudian mereka akan menyambung balik kehidupan yang sibuk mengejar impian di kota Metropolitan.  Akhir kata kepada warga Indonesia khususnya Bendera, marilah kita bersama menyambut hari lebaran dan bermaaf-maafan sesama kita yang walaupun jauh masih serumpun. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...