Nuff Head

11 September 2010

Rakyat pelbagai lapisan masyarakat banjiri rumah terbuka Taib Mahmud

KUCHING 10 Sept — Ribuan rakyat mengunjungi majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.

Rumah terbuka yang bermula 11.30 pagi itu dihadiri oleh kira-kira 15,000 orang termasuk Ahli Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dan pelancong asing.

Ketua Menteri, yang memakai baju Melayu berwarna unggu, meluangkan masa menyambut pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang kurang penglihatan, anak-anak yatim dan golongan kurang upaya.

Antara yang menyertai Taib dalam menyambut tetamu ialah Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar AWang Tengah Ali Hasan dan Penasihat Khas di ejabat ketua menteri, Datuk Amar Adenan Satem.

Majlis rumah terbuka itu adalah pertama bagi Taib selepas kematian isterinya Allahyarhamah Datuk Amar Laila Taib, pada April tahun lepas.

Tetamu juga turut menikmati pelbagai juadah Aidilfitri seperti rendang, lemang, satay dan kek lapis Sarawak.

Sekumpulan Orang Ulu dari rumah panjang di Baram, bahagian Miri, mengambil peluang untuk berkunjung ke majlis itu bagi menyampaikan salam Aidilfitri kepada Taib serta anggota Persatuan Chiang Chuan Sarawak memberi jaminan setia kepada kepimpinan Ketua Menteri itu.

BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...