Nuff Head

18 September 2010

Rakyat Sarawak Dihina.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," - Hadi Awang (baca sini).

Ini merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak apabila Hadi, Presiden PAS membuat kenyataan tersebut semasa kempen pilihanraya Manek Urai pada 11 hb Julai 2009. Bagi mereka yang belum mengenali Sarawak, pasti terbayang negative tentang penduduk nya.

Kita percaya bahawa kenyataan Hadi berkenaan adalah disebabkan oleh kekecewaannya apabila rakyat Batang Ai menolak calon pilihan PR pada election tersebut. Di mana letak rasionalnya beliau sebagai seorang pemimpin ? lebih2 lagi Hadi adalah seorang yang digelar TOK GURU !!!
http://dr1221.blogspot.com/.


Jika benar kenyataan dibuat oleh pemimpin tersebut maka Ini merupakan kenyataan orang yang tidak berwawasan , sombong ,bongkah dan penghinaan bagi rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak mempunyai masyarakat yang majmuk dan berbeza latarbelakang , walaupun demikian dibawah naungan kerajaan sediada , perpaduan dapat dijalinkan di antara kami semua.

Kebelakangan ini banyak kemasukan orang luar yang tidak punya pengetahuan mengenai kehidupan rakyat sarawak tetapi bercita-cita nak jadi pemimpin disini.

Golongan sedemikianlah sentiasa berusaha memecah belahkan perpaduan yang telah lama dijalinkan untuk mencapai ojektif peribadi mereka.

Golongan ini sanggup mempertaruhkan Agama , Bangsa dan Negara demi kepentingan peribadi mereka....

Ayoh rakyat Sarawak , sama-sama kita pertahankan Agama , Bangsa dan Negeri kita , jangan kita terpedaya oleh kata-kata dan janji-janji kosong sidak tok.!





14 ulasan:

  1. Salam..memang satu penhinaan ..apa dia ingat kalau berpakaian molek hati busuk molek ke?

    BalasPadam
  2. satu penghinaan yang dirasakan oleh semua rakyat Sarawak, mereka memang rasis dan harus diusir dari bumi kenyalang.

    BalasPadam
  3. Salam ug dan Melanau blogger ,Golongan ini harus bersikap lebih peka terhadap sesitiviti kaum-kaum lain apabila berkata-kata dan pegangan mereka betul-betul mengelirukan..

    BalasPadam
  4. salam ziarah..tiada apa yg hendak dikomen jika ia mengenai politik

    BalasPadam
  5. Salam,
    saudaraku Sahromnasrudin,
    saya tetap menghormati pendirian .terima kasih.

    BalasPadam
  6. sungguh biadap dan tak wajar.patut ka seorang yang berpelajaran dan bergelar tok guru merendah2kan suku kaum yang lain. isu cawat tidak ada kaitan dengan politik..
    TOLONG LA JGN MENGHINA KAUM YANG LAIN

    BalasPadam
  7. Salam...

    Sedih juak dengan kenyataannya namun kamek dah memaafkannya kerana sik mauk susah di akhirat kelak....

    BalasPadam
  8. Islam melarang siapa saja saling hina menghina antara satu dengan lainnya, Allah berfirman :La yaskhar kaumun min kaumin asa an yakuna khairan minhum.....(al-Quran) yang bermaksud: "Jangan sesuatu kaum menghina kaum yang lain, boleh jadi yang kamu hina lebih baik daripada orang yang menghina....
    Kita tak heran karena yang menghina itu pemimpin parti yang inginkan kuasa.Jika dia mau belajar dari sejarah, lihat saja apa yang telah terjadi di Singapura terhadap ummat Islam, apa yang telah terjadi di Pulau Pinang. Semua ini satu palajaran bagi kita yang mahu berfikir.

    BalasPadam
  9. Saudara2ku dari Sarawak. Inilah cara2 Pemimpin Pas sering melabelkan kepada orang yang tak sealiran pemikiran politik dengan mereka. Di Semenanjung , orang Umno diberikan dengan bermacam gelaran .... toghut, kafir, orang utan, syaitan, iblis, dan macam2 gelaran lagi. Itu dah style dia. Justeru itu, mereka wajib ditolak oleh rakyat Sarawak yang memang aman damai di kalangan etnik dan agama selama ini.

    BalasPadam
  10. PAS adalah Parti Politik bertopengkan Agama Islam, Agama Islam tidak ada mengajar umatnya menghina kaum lain maupun agama lain. Mereka menganggap mereka sahaja yang betul. Apa bila DAP menghina agama Islam mereka BISU & BUTA TULI. Apatah lagi bila DAP mengatakan Langkah Mayat nya jikalau PAS na menubohkan Negara Islam. Apakah anak Sarawak tidak sedar dan mahu Parti seperti ini memerintah Sarawak? Buka Mata, Buka telinga, Buka hati & Buka Minda.

    BalasPadam
  11. Dinul Islam amat jauh perbedaannya jika kita bandingkan dengan mereka yang menamakan Parti mereka Parti Islam.

    Islam adalah agama yang datangnya dari Allah S.W.T. dan disampaikan melalui para RasulNya, yang mengesakan Allah S.W.T. Tujuannya murni dan cara mencapai tujuan itu adalah murni dan diredhai oleh Allah S.W.T.

    Akan tetapi mereka yang menamakan parti mereka Parti Islam, adalah hasil dari bikinan manusia biasa, yang tujuannya dan niatnya kenyataannya, boleh disesuaikan dari semasa kesemasa mengikut keperluan manusia yang melahirkan parti tersebut, meskipun perkataan mereka berlainan dengan amalan mereka.Tujuan belum tentu baik dan cara untuk mencapai tujuan nyata bertentangan dengan keredhaan Allah S.W.T dan bertentangan pula, dengan contoh teladan yang ditunjukkan oleh Sunnah Nabi Mohammad S.A.W.

    Oleh itu kewajiban kita untuk meneliti kembali apa yang mereka katakan dengan amalan mereka, apakah sesuai dengan kandungan kitab suci al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. Jika apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. menjadi kewajiban kepada kita untuk menolak ajaran yang sesat jalan ini." La taata li makhlukin fi maksiatil Khalik, maksudnya :"Tidak boleh taat kepada makhluk yang berbuat maksiat kepada penciptanya."

    BalasPadam
  12. Allah SWT berfirman:"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu, dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaannya."(QS.Al Anfal: 25)

    Nabi SAW juga mengingatkan kita:"Tolonglah saudaramu yang Zalim, atau orang yang dizalimi". Sahabat bertanya:"menolong orang dizalimi itu sudah sepatutnya dilakukan, bagaimana pula menolong orang yang zalim? Nabi SAW menjawab: "Cegahlah orang yang berlaku zalim itu daripada melakukan kezaliman."

    Jelas kepada kita bahwa Allah SWT dan Nabi SAW memerintahkan kepada kita, supaya tidak membiarkan mereka yang "gila kuasa" menyeret kita kejalan yang dimurkai Allah dan Rasulnya. Jika tidak, maka tunggulah malapetaka yang akan menimpa kita semua akan lebih dahsyat lagi akan kita rasakan daripada apa yang telah menimpa kita selama ini.

    BalasPadam
  13. hahahha salah2 sebab pengundi masih sokong BN .. sebab pemikiran masih d takuk lama. Kayakan taib.. kayakan kroni2 .. kah kah kah

    BalasPadam
  14. Jika orang-orang PAS masih tak sadar diri dan tak nak merobah sikap dan masih tak nak Taubat Nasuha, tunggu saja KEKALAHAN HEBAT akan menimpa mereka dimasa yang akan datang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...