Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi etnik Melanau di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.
Untuk menyediakan Umai, cuma perlukan ikan terpilih yang masih segar kerana tidak semua jenis ikan yang boleh dibuat Umai. Biasanya untuk menyediakan Umai, etnik Melanau memilih ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang. Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan chilli, garam dan sedikit penambah perisa.
Secara tradisi untuk memberi rasa yang lebih ‘authentic’, etnik melanau menyediakan Umai dengan langkah-langkah yang tersusun. Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah sudah masak. Setelah itu barulah dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar dan chilli,. yang terakhir tambah garam dan sedikit penstabil atau penambah rasa.
Umai boleh terus dimakan setelah selesai digaul dengan bahan-bahan tersebut. Terserah kepada citarasa seseorang untuk menambah lebih pedas atau sebaliknya.
Terdapat juga variasi ‘Umai Jeb’ yang sangat digemari etnik Melanau. ‘Jeb’ dalam bahasa Melanau Mukah bermaksud ‘cecah’. Ertinya, ‘Umai Jeb’ adalah ‘Umai Cecah’. Umai Jeb disediakan dengan memisahkan hirisan ikan mentah dan sambal, cara makan ialah dengan mencecah hirisan ikan mentah dengan sambal, sama seperti makan ulam.
Ikan yang digunakan etnik Melanau untuk membuat ‘Umai Jeb’ biasanya; bawal hitam, bawal putih, terubuk atau ikan yu. Meskipun versi ini mungkin kurang popular bagi masyarakat lain, tapi sangat digemari oleh etnik Melanau atau Cina dikawasan Mukah dan Sibu.
Umai yang digaul bersama jus limau, bawang, chilli dan perasa.
Bagi etnik Melanau umai jarang dimakan bersama nasi,
sebaliknya dihidang bersama sagu seperti dalam gambar.
Ini pula 'Umai Jeb' yang dicecah seperti makan ulam.
Untuk membuat sambal terserah pada selera anda,
tapi etnik Melanau biasanya mencampur bawang merah, bawang besar,
halia, chilli, limau kasturi, sedikit belacan dan kicap.
halia, chilli, limau kasturi, sedikit belacan dan kicap.
Photo source: google
sedapnye nengok! teringin nk pegi sarawak! hrp2 le honeymoon dpt gi sane..hehehe..
BalasPadam@lovelylady:
BalasPadamlebih dari sedap tu..haha
turut berdoa semoga honeymoon ke Sarawak..