Parti politik diberi amaran tegas supaya berhenti membangkitkan isu sensitif berkaitan kalimah Allah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Sibu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Huzir Mohamed berkata, parti politik yang didapati ingkar terhadap amaran tersebut boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Saya ingin memberi amaran tegas supaya mereka yang terlibat hentikan segera untuk menggunakan isu sensitif semasa berkempen kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya pada sidang media Ops PRK Sibu di sini semalam.
Katanya, pihak polis ada mengesan segelintir parti politik yang menggunakan isu sensitif itu bagi memancing undi demi mendapatkan soko-ngan pengundi pada pilihan raya kecil Sibu. Katanya, perbuatan itu harus dihentikan segera kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.
“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa semua parti politik tidak terkecuali daripada amaran ini sama ada parti pembangkang atau Barisan Nasional (BN) berhenti menggunakan isu ini,” tegasnya. Menurut Huzir, parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Sibu sewajar-nya, mengetahui padah berbuat demikian serta mengelak membangkitkan isu itu. Katanya, parti politik yang bertanding tidak sepatutnya menyentuh isu agama pada pilihan raya kecil ini kerana ia boleh mencetuskan kekecohan.
“Kami tidak mahu isu sensitif kalimah Allah diheboh-kan lagi kerana isu itu sudah diselesaikan,” tambahnya. Setakat ini, polis menerima sebanyak tiga laporan ber-unsur hasutan. “Ia bertentangan dengan akta pilihan raya. Kita sudah mengemukakan tiga kertas siasatan berhubung perkara berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, sejak hari penamaan calon hanya satu tangkapan terhadap seorang lelaki yang berasal dari Selangor Sabtu lalu. Namun, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Di samping itu, Huzir meminta parti politik yang berkempen menggunakan pacuan empat roda dan memasang pembesar suara di tempat awam menghentikan perbuatan berkenaan.
“Saya sudah beri arahan kepada anggota saya untuk bertindak menahan mereka yang engkar arahan berkenaan. Ini kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya kepada pengguna lain. “Kita akan menangkap dan menyita semua peralatan yang digunakan jika masih ada yang berbuat demikian,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, polis sudah pun memantau lebih 40 buah lokasi berceramah dan mengeluarkan sejumlah 101 permit permohonan ceramah politik pada pilihan raya kecil Sibu sejak hari penamaan calon.
Source: Borneo Post
Catatan: Budaya politik Sarawak dan Sabah pastinya sangat berbeda dengan Budaya Politik Semenanjung yang lebih anarkis dan penuh unsur perkauman. Seharusnya parti-parti politik Semenanjung peka bahawa di Sabah dan Sarawak ada lebih 60 etnik dan sub-etnik yang hidup dengan rukun dan harmony. Bukan hanya mengadu domba demi menjaga survival politik mereka...
0 ulasan:
Catat Ulasan