Nuff Head

30 Mei 2010

Dua samseng tembak menembak ala koboi

JOHOR BAHRU: Bagaikan aksi pertarungan antara dua koboi apabila dua samseng saling tembak menembak di luar pusat hiburan mengakibatkan seorang daripada mereka terbaring cedera parah, semalam.

Beliau berkata, apabila sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan pinggang sebelah kiri akibat terkena tembakan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, warga Singapura itu ditembak oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di tepi jalan. Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga tembakan dilepaskan menggunakan pistol semi automatik.



“Orang ramai menyatakan melihat kedua-dua lelaki itu bertengkar di tepi jalan. Mereka juga melihat beberapa das tembakan dilepaskan ke arah warga Singapura itu,” katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, semalam.

Amer berkata, lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dan kini dalam keadaan stabil. Lelaki terbabit dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau di Singapura selain pernah melakukan jenayah di negara ini.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek yang melarikan diri selepas menembak mangsa. Suspek kes ini adalah seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 40-an dan turut mempunyai rekod jenayah di negara ini, dan sedang diburu polis,” katanya.

Katanya, polis menyiasat pelbagai kemungkinan motif, termasuk pertelingkahan antara kongsi gelap, perselisihan peribadi atau saingan perniagaan haram. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cuba bunuh) yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun.

Difahamkan, polis turut berhubung dengan rakan sejawat mereka di Singapura bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kedua-dua lelaki terbabit selain mengawasi pintu masuk sempadan.

source: metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...