Nuff Head

26 Mei 2010

Polis agama diberi 20,000 skirt

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.



Mansur berkata, pada suatu hari, dia terpaksa menjawab soalan daripada Tuhan apakah yang telah dilakukannya untuk menguatkuasakan undang-undang Islam.

"Kami akan meningkatkan serbuan terhadap pesalah undang-undang syariah di sini. Tuhan akan bertanya kepada saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang telah saya lakukan semasa saya berkhidmat di Aceh Barat," katanya.

Polis pencegah maksiat semalam menyoal 30 wanita mengenai pakaian yang dipakai mereka di sebuah kampung di Aceh Barat semalam.

"Apakah silapnya dengan pakaian saya? Undang-undang manakah yang telah saya langgar? Adakah saya seorang pengganas yang menyebabkan saya diminta menunjukkan kad pengenalan saya?" kata seorang wanita berumur 40 tahun, Fatima yang ditahan oleh polis agama.

Namun, protesnya tidak didengari dan dia menutup seluar jeannya dengan skirt yang dibawa dari rumah.

Polis agama itu tidak mempunyai kuasa untuk menangkap wanita kerana melanggar etika pakaian tetapi mereka diminta menukar pakaian yang tidak sesuai dengan ciri-ciri Islam.

source: kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...