Nuff Head

27 Mei 2010

Polis tahan tiga warga indonesia disyaki larikan RM10,000

KUALA TERENGGANU – Polis menahan tiga warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan wang tunai RM10,000 dari sebuah kenderaan milik seorang peniaga, di Chendering di sini, tidak sampai 12 jam selepas menerima laporan mengenainya, dua hari lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supt. K. Manoharan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa lalu, selepas seorang peniaga lelaki berusia 58 tahun dari Rusila, Marang, menunaikan cek RM10,000 dari sebuah bank di sini.



"Sampai di Chendering, peniaga yang dalam perjalanan pulang ke Rusila itu berhenti untuk membeli makanan di sebuah restoran tanpa mematikan enjin keretanya, sementara wang tunai itu diletakkan di tempat duduk di hadapan sebelah pemandu.

"Tiba-tiba muncul seorang lelaki membuka pintu kereta dan mengambil wang itu sebelum melarikan diri bersama rakannya yang sedang menunggu dalam sebuah kereta yang menghala ke arah Marang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manoharan berkata, ketiga-tiga lelaki yang berumur 30-an itu kini ditahan reman selama empat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Source: kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...