Nuff Head

22 Mei 2010

Mahkamah Agung Indonesia beri semula hak milik Malaysia

JAKARTA: Selepas menunggu 12 tahun, Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan tanah bekas tapak Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di No 48 Jalan Kemang Raya, Jakarta Selatan.

Datuk Bandar Jakarta Selatan, Shahrul Effendi menyampaikan surat penyerahan tanah itu kepada Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di sini Amran Mohamed Zin selepas Bahagian Penguat Kuasa pejabat itu melaksanakan operasi pengusiran penceroboh pagi semalam. 


Shahrul berkata, penyerahan kembali tanah itu sebagai melaksanakan keputusan Mahkamah Agung Indonesia yang menetapkan tanah berkenaan milik Kerajaan Malaysia. 

Urusan penyerahan itu menamatkan usaha 12 tahun pihak Kedutaan Besar Malaysia di sini menuntut kembali haknya di mahkamah yang menelan belanja RM2 juta.

Operasi pengusiran penceroboh membabitkan 530 pegawai penguat kuasa Pejabat Datuk Bandar Jakarta Selatan, dijalankan tanpa sebarang pergaduhan selepas beberapa orang menghalang pintu masuk ke tanah itu dengan sebuah kereta bersetuju mengalihkan kenderaan berkenaan dan membenarkan operasi itu diteruskan.

Seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Riano berkata beliau akan tetap tuntut haknya di mahkamah. Difahamkan Kerajaan Malaysia membeli tanah seluas 4,950 meter persegi itu daripada Rumphus Erwin Sondakh pada 1971 dan kemudian telah menempatkan Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke republik itu.

Bagaimanapun pada 1982, Duta Besar Malaysia ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat mengosongkan kediaman itu dan pengawal keselamatan ditempatkan bagi mengawasi dan menjaga keselamatan hartanah itu.

Enam belas tahun kemudian iaitu pada 1998, berikutan pergolakan politik di permulaan era reformasi, seorang rakyatnya bernama Frederik Matheus Pietersz menceroboh, merampas dan menempatkan orangnya di situ.

2 ulasan:

  1. selamat siang, berteduh sambil baca-baca info.

    BalasPadam
  2. biasa la tu.. org nak senang cepat.. masuk tanah org lepas tu buat umah sikit, tanam pokok sikit lps tu declare tanah tu diorang yg punya sejak nenek moyang... :D
    ~ ANaSTaSyeA: DiSebALik KaNtA CokLaT ~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...