Nuff Head

25 Mei 2010

Perang dadah di Jamaica

KINGSTON - Perdana Menteri Jamaica, Bruce Golding mengsytiharkan perintah darurat di ibu negara berkenaan, Kingston bagi menghalang para penyokong ketua kartel dadah tempatan, Christopher "Dudus" Coke daripada terus melakukan kekacauan.

Ibu kota berkenaan huru-hara akibat keganasan kumpulan-kumpulan penjenayah yang menyokong Coke, 42, sejak minggu lalu.



Beberapa pertempuran dengan pasukan keselamatan Jamaica menyebabkan dua anggota polis dan seorang orang awam cedera setakat ini.

Kumpulan-kumpulan penjenayah itu mengganas untuk menghalang usaha pemerintah Jamaica mengekstradisi Coke, 42, ke Amerika Syarikat (AS) bagi memenuhi permintaan Washington.

Lelaki berkenaan yang disanjung di negaranya merupakan ketua kumpulan penjenayah Shower Posse yang mempunyai banyak cawangan di seluruh AS dan amat dikehendaki pihak berkuasa negara kuasa besar itu.

Pemerintah AS menuduh anggota kumpulan Shower Posse menjual ganja dan kokain di bandar raya New York dan banyak kawasan lain manakala keuntungan penjualan dadah tersebut dihantar kepada Coke.

source:kosmo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...