Kejayaan gadis keturunan Lubnan itu menjadi gadis beragama Islam pertama dinobat sebagai Ratu Universe AS dengan menewaskan 50 peserta lain dianggap sesuatu yang luar biasa.
Namun, pegawai pemasaran berusia 24 tahun itu yang muncul juara di Las Vegas kini disiasat selepas gambar beliau menyertai pertandingan joget tiang, Stripper 101, di kelab malam bogel, Kelab Coliseum Gentleman di Detroit pada 2007 didedah media. Antara gambar disiar termasuk aksi Rima yang memakai seluar pendek ketat, singlet biru dan kasut tinggi menari memanjat tiang.
Selain itu, beliau turut dipamer memakai bra yang penuh dengan wang kertas. Gambar-gambar itu disiar dalam laman web sebuah stesen radio Detroit sebaik sahaja beliau diumum pemenang pertandingan itu.
Pengurusan stesen radio itu mendakwa dihubungi penganjur pertandingan Ratu Universe yang meminta maklumat lanjut pembabitan Rima dalam pertandingan itu.
Beliau dipercayai memenangi beberapa kategori dalam pertandingan itu, termasuk permainan dewasa dan juga tarian tiang. Sebagai pemenang, Rima yang menetap di Michigan akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Universe dunia hujung tahun ini.
Apapun, penyokong Rima menganggap kejayaannya itu menunjukkan identiti sebenar warga Arab Amerika. Rakan Rima, Zouheir Alawieh berkata, penduduk Arab memiliki budaya dan sejarah tersendiri. “Kini kami mencipta sejarah baru. Rima berhijrah ke AS bersama keluarganya ketika berusia tiga tahun, kini beliau memenuhi impiannya,” katanya.
Kontroversi ini bukan yang pertama dialami pemenang Ratu Universe AS. Tahun lalu, gelaran dimenangi Carrie Prejean dilucut selepas beliau disah terbabit dalam rakaman video seks.
Pada 2006, Tara Conner, 20, mengaku pernah menghisap dadah dan minum arak ketika di bawah usia. Bagaimanapun gelarannya tidak dilucut selepas menjalani pemulihan. - Agensi
Source: metro
Catatan: Ramai masyarakat Islam di Malaysia tidak 'senang' sebab ratu ini dianggap beragama Islam dan berpakaian mendedah aurat. tapi di Malaysia ramai juga masyarakat Islam yang terlibat dalam pelacuran, seks bebas dan video lucah. apakah itu menyenangkan sebab orang "kita" yang melakukannya. orang luar kita sibuk nak kritik, kalau orang kita takpa kan...
Catatan: Ramai masyarakat Islam di Malaysia tidak 'senang' sebab ratu ini dianggap beragama Islam dan berpakaian mendedah aurat. tapi di Malaysia ramai juga masyarakat Islam yang terlibat dalam pelacuran, seks bebas dan video lucah. apakah itu menyenangkan sebab orang "kita" yang melakukannya. orang luar kita sibuk nak kritik, kalau orang kita takpa kan...
aku lain pula pendapat, kalau mnurut ulama Sunnah, Syiah ni bukan Islam..sbb diatu syiah.....so Islamkah dia? Malah tahun lepas Mufti Mekah kluar fatwa Syiah bukan Islam....paling selamat cakap jer Ratu USA berbangsa Arab....ini just opinion aku la....
BalasPadam