Nuff Head

14 September 2012

Sarawak Sumbang RM50 Billion Pelaburan KDNK!

Sarawak sudah menyumbang RM50 Billion dan akan menyumbang lebih lagi sehingga 2030.  Ini hasil daripada kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri dengan mempelbagaikan sektor untuk diceburi demi meninggikan taraf hidup rakyat. 

Sarawak akan jadi penyumbang utama KDNK

Utusan Borneo on  14 September 2012, Jumaat

KUCHING: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melihat Sarawak sebagai negeri terpenting di Malaysia yang dijangka menjadi penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurutnya, Sarawak kini adalah penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara dengan nilai pelaburan RM50 bilion, dan beliau percaya ia akan meningkat hasil daripada unjuran yang dibuat kerajaan negeri sehingga tahun 2030.

“Sarawak nampak pesat membangun, ada kemungkinan dengan kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri ini, mungkin ia akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi negara pada keseluruhannya.

“Saya juga mendapati program pembangunan yang dirancang dan rancak dilaksanakan akan membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi dan menjadi antara negeri termaju dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Ali menambah, tiga perkara utama dalam fokus dari segi pembangunan yang diberikan penekanan oleh kerajaan nege-ri dengan sokongan penuh kerajaan persekutuan ialah pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak SCORE, penyediaan infrastruktur asas serta pembinaan empangan.

“Beberapa program berkaitan SCORE sedang berjalan lancar dan kerajaan persekutuan sejak RMK10 menerusi ‘Rolling Plan’ pertama, kedua dan ketiga pada tahun depan terus memberi tekanan terhadap peruntukan bagi pembangunan SCORE,” katanya.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, kerajaan persekutuan akan meneruskan dasar-dasar sedia ada dan memperkenalkan beberapa perkara baharu untuk mencari jalan menggalakkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

“Kita boleh melaksanakan program yang bermanfaat kepada rakyat dengan mengamalkan strategi ‘Blue Ocean’,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Ketua Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Ketua Menteri Datuk Othman Mahmood.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...