Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

24 Mac 2011

Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

Menjelang Pilihan Raya Sarawak ini ramai yang tertanya-tanya adakah pengganti Ketua Menteri Sarawak sudah muncul.  Pilihan raya yang menjanjikan persaingan sengit dalam peralihan kuasa untuk jawatan Ketua Menteri Sarawak kelak.

Adakah bilangan majoriti pengundi yang menjadi penentu KPI wakil rakyat yang bakal menjadi Ketua Menteri atau sebaliknya.  Difahamkan bahawa Taib Mahmud sudah mahu menyerahkan kuasa Ketua Menteri kepada penggantinya yang layak namun belum lagi ada desas-desus yang menjaminkan senarai calon yang bakal menerajui Sarawak?  

Dalam PBB sudah ada tiga nama calon yang bakal memberi saingan sengit untuk kerusi Ketua Menteri? Siapakah mereka ikutilah lakaran dalam laluan perubahan kepimpinan Sarawak dalam laporan Bernama dibawah
Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

Oleh Alan Ting

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Buat pertama kalinya selepas sekian lama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.

Tampaknya beliau mungkin akan berbuat demikian dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas mengumumkan semalam yang beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali terakhir.

Taib pertama kali melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 2006 tetapi ia tidak direalisasikan dan beliau terpaksa menangguhkannya.

Beliau tidak menjelaskan secara panjang lebar akan sebabnya ketika itu tetapi pemerhati politik mendapati Taib secara tidak langsung memberikan sedikit gambaran mengenai perkara itu dalam ucapannya pada program "Senada Sejiwa" di Serian semalam.

Taib berkata beliau akan terus menerajui negeri bagi memastikan "pemimpin baru" boleh dikenal pasti dan beliau akan berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana penganti yang berpotensi.

"Saya fikr beliau mahu memastikan penggantinya dan orang di sekeliling pemimpin terpilih itu tidak bercakaran antara satu sama lain; bahawa mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan dan menjaga kedudukan BN di negeri ini," menurut seorang pemerhati politik.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya Taib akan melepaskan jawatannya dalam satu atau dua tahun akan datang.

"Jika beliau berundur sekarang, ia mungkin mencetuskan perebutan kuasa dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunggak gabungan parti pemerintah negeri.

"Beliau perlu membimbing seseorang untuk mengambil alih. Beliau mungkin telahpun membimbing orang berkenaan tetapi atas sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendir, beliau telah menangguhkan (peralihan)," katanya.

Daripada perspektif strategi politik, Dr Sivamurugan berkata adalah tidak bijak untuk Taib berundur sebelum pilihan raya atau sejurus selepasnya kerana persoalan siapa bakal menjadi ketua menteri akan menjadi tumpuan berbanding usaha memenangi dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya.

"Isu ini lebih rumit. Ia bukan mengenai siapa yang patut jadi ketua menteri.

Di Sarawak, ia lebih kepada siapa yang akan menggantikan beliau sebagai presiden PBB dan sebab itu kenapa ia tidak boleh dilakukan dalam waktu singkat," katanya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya proses peralihan itu akan mengambil masa lebih lama, kemungkinan sehingga pertengahan penggal akan datang bagi membolehkan pengganti berpotensi dipilih daripada kalangan pemimpin kanan parti.

Taib, 75, yang berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.

Taib telah menjadi presiden PBB dan ketua menteri sejak 26 Mac, 1981.

Sebelum ini, Taib menamakan tiga pengganti berpotensi -- Tan Sri Adenan Satem, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg dan Datuk Seri Effendi Norwawi.

Namun keadaan berubah mengikut peredaran masa.

Tumpuan sekarang ialah kepada barisan pemimpin kanan masa kini -- Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Orang dalam parti menyatakan oleh kerana Taib sering menyatakan yang beliau dan Jabu sudah "tua", fokus kini terarah kepada Abang Johari dan Awang Tengah.

Mereka berkata pada mesyuarat parti enam bulan lepas, Taib melahirkan harapannya untuk melihat Abang Johari dan Awang Tengah saling bekerjasama.

"Saya fikir Taib perlukan lebih banyak masa kerana beliau mahu kedua-dua pemimpin ini membuktikan yang mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan sebelum seorang daripada mereka dipilih sebagai pengganti, memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar," menurut seorang lagi orang dalam parti.

Dalam sejarah PBB, tiada siapa pernah mencabar presiden parti.

Pada 1998, Adenan dan Abang Johari saling bersaing bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan untuk kaum Melayu/Melanau.

Abang Johari menang berikutan mendapat sokongan padu daripada anggota Dayak disebalik hakikat Adenan mendapat sokongan Taib pada waktu itu.

Adenan, yang tewas, kemudiannya dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti.

Tujuh tahun kemudian, Adenan sekali lagi mencabar Abang Johari, tetapi persidangan perwakilan ditangguhkan apabila dilaporkan ada penyokong Adenan didakwa dikesan mempunyai dua cawangan di kira-kira 40 kawasan.

Orang dalam parti itu berkata Taib, sebagai ahli politik veteran, diketahui tidak suka kepada sesiapa yang cuba mendesak beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan peralihan kepimpinan negeri.

Beliau akhirnya pasti akan berundur tetapi beliau mahu melakukannya mengikut rentaknya sendiri, katanya. "Anda tidak boleh paksa beliau kerana beliau tahu bagaimana untuk membalas balik, sepertimana yang beliau telah lakukan di masa lalu. Beberapa pemimpin politik yang bercita-cita tinggi cuba memaksanya berundur tetapi akhirnya mereka sendiri yang dipinggirkan dalam politik."

-- BERNAMA

16 Mac 2011

TANDA-TANDA PRN 'SWK' DEKAT : KEMBARA NUR DI KPG SINAR BUDI KUCHING!

Dihadiri oleh YB Sanator Dato Sri Shahrizat Abd Jalil.



Turut hadir YB Tan Joo Phoi , Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak(Alam Sekitar) dan YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah.



Disini kita dapat lihat perpaduan berbilang kaum dalam satu kampung di Sarawak di bawah kerajaan penaung!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Buku Jingga bukan untuk orang Sarawak.



 Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.
(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
 – Kos kepada kerajaan RM50 billion.

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

Sarawak mana ada lebuh raya.Yang ada pun lingkaran Pan Borneo.Itu pun masih lagi dalam pembinaan.Tak dikenakan tol.
(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000sebulan
Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).
Jika melihat taraf hidup di Sarawak orang-orang di hulu lebih tinggi taraf hidup.Untuk membeli setong gas di Bario adalah di atas harga biasa.

(3) Pemberian RM500 kepada guru-guru
Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).

Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)
 (4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
Kos kepada kerajaan RM1.2 billion


Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.
Lagi sekali pembangunan hanya untuk penduduk bandar.Sedangkan kerajaan sekarang telah membelanjakan 3 billion untuk pembangunan infrastruktur ke pedalaman Sarawak.
(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.
Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.
Credits and link to Ahli Parlimen Kota Belud http://www.mpkotabelud.blogspot.com




Sudah terang lagi bersuluh,Buku jingga merupakan janji-janji PR yang sememangnya sukar di penuhi.Adakah rakyat di hulu -hulu sarawak mendapat impak dari janji ini secara khususnya.Adakah di sentuk berkenaan pembangunan untuk rumah panjang di pendalaman Sarawak?Malah tidak di sentuh pun isu berkenaan tanah NCR di Sarawak.


Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?


15 Mac 2011

MESTI DENGAR !!! : AMANAT ANWAR!

Apabila baca kenyataan Anwar diakbar baru-baru ni semasa konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, nak tergelak pun ada , "inga" pun ada juga , kata orang Sarawak mana tidaknya


Katanya, tugas pemimpin bukan mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus tetapi adalah melaksanakan agenda membela rakyat.

“Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini,” katanya.malaysia kini.

Dulu masa kawan Menteri Kewangan semua kaum keluarga jadi jutawan hingga nak bangkrap Malaysia.

Dulu bukan main anti kaum selain Melayu .

Sekarang ni Anak bini dah di angkat jadi apa?...

Sekarang apa cerita?

pikir benar benar lok mun nok milih sidak tok!!

Alkitab dalam Bahasa Melayu untuk siapa?????


Kenapakah penahanan Alkitab menjadi satu isu hangat kepada Paderi di Sarawak.Dan baru baru ini pihak PR juga telah menyerang KDN berikutan penahanan tersebut. Baru Bian dengan mulut lancang juga telah melabelkan PM sebagai tidak menghormati hak kebebasan beragama.Malahan puak-pauk dari PAS juga tumpang sekaki mendesak kerajaan supaya lepaskan alkitab.

sila lihat sini

kita ada undang-undang, ikutlah undang-undang, jangan jadi seperti ayam dan itik bercakap. ini bab agama, silap haribulan boleh terkeluar aqidah dibuatnya. orang yang tinggi ilmu agamanya malah tak tinggal sembahyang pun belum tentu matinya akan masuk ke syurga. sudahlah kehidupan seharian kita didunia dipenuhi dosa dan noda.Janganlah nanti sampai di yau mil-masyar kita muflis dengan pahala. Nauuzubillah.. ingat-ingatlah akhirat...macam senikata lagu taubat..tu?.

Kalau ia pun nak alkitab di lepaskan biar lah KDN siapkan siasatan.Dimanakah letaknya sifat kesabaran yang diajar…..

Persoalan yang berlalu di fikiran ki

Apakah agenda disebalik penulisan alkitab dalam bahasa Melayu? Apakah ia akan diedarkan dikalangan orang Cina, India dan lain-lain bangsa kecuali orang Melayu? Adakah bangsa-bangsa asing yang beragama Kristian akan membaca alkitab dalam bahasa melayu? Sedangkan akhbar dan buku novel melayu berapa ramai dari puak ini yang baca?Manakala berapa ramaikah di kalangan mereka ini yang menonton drama melayu?

14 Mac 2011

Adakah Dun Sarawak tidak akan di bubarkan?



Sumber mengesahkan:-

19 Mac 2011 - Najib dan Muhyiddin akan tiba di Sarawak

20 Mac 2011 - Pasukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan naik bélon ke Sarawak

Penghujung Mac 2011 - Pengisytiharan Pembubaran bagi Pilihanraya Negeri Sarawak

April 2011 - Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10

*********

Daftar pemilih bagi negeri Sarawak sehingga 27 Disember 2010:-

970,436 Jumlah Pemilih Berdaftar di Sarawak

452,292 (46.61%) Pemilih Berdaftar Bumiputra Sarawak

324,252 (33.41%) Pemilih Berdaftar Cina

186,371 (19.20%) Pemilih Berdaftar Melayu

3,929 (0.40%) Pemilih Berdaftar Pribumi yang beralamat di Sarawak

1,754 (0.18%) Pemilih Berdaftar India

1,412 (0.15%) Lain-Lain Pemilih Berdaftar

426 (0.04%) Pemilih Berdaftar Orang Asli

Setakat ini, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) serta 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR dan seramai 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak bakal digemblengkan.

SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda antara yang akan digunakan.

SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini, berbanding RM30 juta pada 2006.

credit to  http://paneh.blogspot.com/

Antara isu yang bakal dimainkan dalam Pilihanraya Sarawak kali ini ialah berkenaan isu tanah yang memang favourite ,isu Pehin Seri itu sendiri dan juga isu bible dalam bahasa Melayu yang telah ditahan kemasukannya oleh KDN di pelabuhan. Mengapa pada masa ini bible itu cuba dibawa masuk ke Malaysia? Adakah mereka sudah tahu akan berlangsungnya Pilihanraya Sarawak tidak lama lagi? Nampaknya ada dalang yang sengaja menjadikan isu ini sebagai bom jangka sempena Pilihanraya Sarawak memandangkan kebanyakan penduduk Sarawak beragama kristian. KDN perlu berhati-hati dalam 'game' ini. Silap percaturan...buruk padahnya.

PROMOSI BUKU "JINGGAY" GIAT DI MIRI!

PKR, PAS mulai mengorak langkah raih sokongan rakyat Miri

Posted on March 14, 2011, Monday

Persoalannya , macam mana nak menyakini rakyat Sarawak ?

Pemimpin terbesar masih turun nait "court" wakil rakyat ditangkap

berzina dan berkhalwat ...fening juga kepala dibuat dibuatnya .

Demonstrasi jalanan dibuat sana-sini...

Ini bukan budaya rakyat Sarawak!

Kutuk mengutuk hebat dilancarkan.

Pucuk Pemimpin kita dituduh macam-macam .

Yang aneh dan peliknya CM tidak pernah pun membalas dengan menuduh atau menamakan anwar sebagai ALJUBURI , PELIWAT TEGAR ,KAKI BURIT DAN MACAM-MACAM.....

Beliau tetap menghormati musuh-musuh politik beliau...

Dengar cerita beliau tak da musuh peribadi ....lagi pihak PR pening kepala........

fikir fikir lah ciri-ciri pemimpin yang kita nak pimpin kita...



MIRI: Meskipun tarikh pilihan raya Sarawak belum diketahui, Pakatan Rakyat terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Islam SeMalaysia (PAS) Miri sudah mula mengorak langkah meraih sokongan rakyat.

SOKONGAN KAMI UNTUK PERUBAHAN: Zuraida (berdiri kanan) dan Teo (berdiri dua kanan) menemui orang ramai bagi meraih sokongan penduduk di Miri semalam.

Kehadiran Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dari Pakatan Rakyat di Miri telah jelas membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah memulakan langkah untuk cuba meraih sokongan penduduk Miri.

Zuraida yang merupakan Ketua Wanita Keadilan Pusat ditemani Pengerusi PKR Cawangan Miri, Dr Teo Yu Kheng telah menemui penduduk sekitar Jalan Persiaran Kabur di sini bagi mendengar masalah rakyat.

Menurut Zuraida, sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan di Sarawak, pihaknya akan merealisasi pembaharuan dan perubahan dalam semua aspek pengurusan, ekonomi dan pendidikan dalam tempoh 100 hari.

“Saya mendapat jemputan dari PKR Miri untuk membantu mereka memperkuatkan jentera pilihan raya PKR seterusnya membantu mereka mendapatkan sokongan daripada penduduk setempat,” katanya ketika ditemui semalam.

Pada masa sama katanya, PKR juga akan menubuhkan Sayap Wanita masing-masing di kawasan Miri, Baram dan Sibuti bagi memperkuatkan kedudukan PKR secara menyeluruh di Miri.

“Kita sememangnya mempunyai Sayap Wanita sebelum ini namun ia hanya cawangan sahaja, kali ini kita akan menaiktaraf Sayap Wanita PKR bagi memperkukuhkan kedudukan wanita dalam PKR,” ujarnya.

Beliau turut yakin bahawa sokongan penduduk terhadap parti itu menjelang pilihan raya akan datang akan membawa pembaharuan secara menyeluruh kepada Sarawak.

Dalam pada itu, antara janji PR sekiranya diberi mandat rakyat untuk mentadbir Sarawak ialah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyediakan perkhidmatan internet percuma.

Selain itu, PR juga berjanji akan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.

Utusan Borneo turut dimaklumkan bahawa Parti Islam Semalaysia (PAS) Miri semalam turut mengadakan perjumpaan bersama rakyat di Tamu Muhibbah Miri bagi meraih sokongan penduduk setempat.

utusan Borneo.



13 Mac 2011

MESTI DENGAR PENJELASAN ! : POLITIK KOTOR MENULAR DI SARAWAK!!

Sarawak kini berhadapan cabaran politik kotor parti pembangkang


TANJUNG MANIS: Sarawak kini berhadapan cabaran baru iaitu politik kotor yang dibawa oleh parti pembangkang dalam kempen mereka bagi meraih simpati masyarakat seterusnya memenangi pilihan raya akan datang, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Namun begitu, katanya kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yakin bahawa rakyat negeri ini tahu membezakan apa yang benar atau palsu, terutama dalam menilai setiap isu dibangkitkan oleh pembangkang dalam usaha mereka memburuk-burukkan kerajaan.

Katanya, Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah hilang kredibiliti apabila sering turun naik mahkamah.

Ini turut diburukkan lagi apabila ramai kalangan pemimpin utama dan ahlinya telah keluar daripada parti tersebut disebabkan masalah dalaman dan hilang keyakinan terhadap perjuangan parti tersebut.

Seperti di Pulau Pinang dan Selangor pihak pembangkang pernah menjanjikan akan memberikan faedah bayaran premium tanah terendah berbanding negeri lain di Malaysia tetapi pada hakikatnya mereka (pembangkang) masih tidak dapat mengatasi negeri ini kerana Sarawak merupakan negeri yang terendah mengenakan bayaran premium kepada rakyatnya.

Malah kerajaan kita telah memberikan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 secara percuma dan boleh dikatakan tempoh hak milik itu adalah seumur hidup tanpa sebarang bayaran dikenakan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam Sarawak berkata demikian dalam sidang media di sini semalam.

Awang Tengah berkata pembangkang sekarang ibarat ‘cakap tak serupa bikin’ dan hanya tahu membuat penilaian tentang kelemahan dan kekurangan orang lain sedang mereka berada dalam situasi terumbang-ambing.

Katanya, kerajaan tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti yang dituduh oleh pembangkang tetapi setiap kali pengambilalihan tanah oleh kerajaan terutama untuk pembangunan akan dibayar pampasan dan ganti rugi mengikut kadar harga pasaran semasa.

Menurut Awang Tengah lagi, Sarawak kini pesat membangun di bawah pemerintahan BN yang memperkenalkan dasar politik pembangunan yang diterajui oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Masyarakat harus menggunakan kelebihan pembangunan yang berlaku di sekitar mereka untuk berkembang serta meningkatkan kemahiran melalui latihan kemahiran yang disediakan bagi menghadapi perkembangan industri yang mapan dalam sedikit masa sahaja lagi.

“Kerajaan memang tidak dapat lari daripada kelemahan tetapi kerajaan BN sentiasa berusaha mempertingkatkan dan memperbaiki kelemahan yang ada itu secara berperingkat-peringkat dan oleh yang demikian rakyat harus faham dan sabar dengan situasi tersebut,” ujarnya.sumber utusan sarawak

Pegawai Adun dalam parlimen Marang di tangkap berkhalwat

Di tangkap di tempat sunyi di dalam kereta di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga.Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Berdasarkan maklumat, anggota polis peronda yang melalui kawasan itu membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bersama pasangannya berumur 34 tahun dalam kereta terbabit.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan dibebaskan dengan jaminan sebelum dihadapkan ke Makahmah Rendah Syariah Marang.Difahamkan Hakim Syarie, Shamsudin Ngah terpaksa menangguhkan perbicaraan untuk rayuan dan keputusan dibuat pada hari bekerja.

Kedua-dua tertuduh terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2011 yang boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Namun ketika diajukan soalan mengapa perbicaraan itu diadakan secara tertutup, beliau berkata, ia hanya prosedur biasa bagi membolehkan pihaknya menahan individu terbabit dalam masa lebih panjang.

Sehubungan itu, ADUN terbabit ketika dihubungi bagi mengesahkan status lelaki terbabit memberitahu, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan.

sumber sinar harian

Rumah kata pergi kubur kata mari pun masih nak buat perkara yang sememangnya haram.ooopppp tak bolah sebut kerna ki takda pengetahuan agama yang mendalam.Untuk pengetahuan DUN dalam Parlimen Marang, DUN Alur Limbat, DUN Bukit Payung, DUN Ru Rendang dan DUN Pengkalan Berangan.Tiga dari empat dun di kuasai oleh Pas.

12 Mac 2011

MAUT BN SWK ! : BARU TUNJUK BUKTI RAMPASAN TANAH NCR!!(DIKEMASKINI)

Nampaknya PKR yang MAUT di Sarawak! Dengan cara begini....

Sumber kutipan dari : Utusan Borneo

Baru tunjuk bukti isu berkaitan rampasan tanah NCR (Tajuk Akhbar)

KUCHING: Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian semalam mengadakan sidang media di Mahkamah Lama, Tebingan Kuching bagi menunjukkan bukti isu berkaitan rampasan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang mahu didebatnya dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau menyatakan bahawa beliau akan mengemukakan lebih banyak lagi bukti tentang isu tersebut sehingga Ketua Menteri sendiri menyahut cabaran untuk berdebat dengannya.

Hah mana dia buktinya?

“Saya masih memberi Ketua Menteri (Taib) ruang untuk menyahut cabaran debat saya bila-bila masa sebelum menjelang pilihan raya negeri akan datang,” katanya.

Tambahnya, beliau akan terus mengemukakan bukti secara terbuka kepada orang awam jika perdebatan itu tidak diterima.

Ooo masih simpan bukti lagi atau belum ada bukti lagiii.....baguslah tu.. ada masa spin lagi !?

Jelasnya, bukti pertama yang dipetiknya melalui Rajah Sarawak Ke-2, Sir Charles Brooke semasa perhimpunan Dewan Undangan Negeri pada 1915 berhubung undang-undang tanah NCR.


Wah, sebab sungguh Baru Bian ini yang bukan sahaja bercita-cita hendak menjadi Ketua Menteri Sarawak malah mahu rakyat Sarawak menganggap dirinya sebagai ‘Rajah Brooke’ atau lebih tepat lagi Raja Beruk.

Kesimpulannya, Baru Bian juga bercita-cita seperti Rajah Brooke yang bukan sahaja memperdayakan rakyat Sarawak dan pembesar Sarawak bahkan merampas Sarawak daripada kaum pribumi Sarawak. Itulah yang cuba digambarkan Baru Bian dan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR Sarawak. (wirakenyalang)

“Walapun tempoh yang saya berikan kepada beliau iaitu selama 14 hari sudah tamat, namun beliau masih berpeluang menyahut cabaran debat saya itu,” katanya.

Janganlah Sombong sangat ..Biarlah kita berpada-pada . Sekolah rendah dan menengah kita dulu dan anak-anak kita sekarang kat mana ya ? tajaan siapa ?

Perpaduan kita di Sarawak sangat kukuh dengan pelbagai kaum jika dibanding dengan di Semenanjung Msia.

PKR tu parti SM, tak da kah parti Sarawak??

Dalam sidang media yang dihadiri lebih 20 ahli PKR yang diadakannya semalam, lebih 50 anggota polis turut berkawal untuk memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku di situ.

“Saya terkejut melihat ramai anggota polis di sini tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis kerana sudi datang supaya keselamatan orang awam dapat dijaga,” kata Baru ketika ditanya berhubung perkara itu.


Heehehe mana ada orang awam hadir ,lengang jee depan mahkamah ? macam tak minat jee orang Kuching nak dengar.....

Sebelum ini, beliau menolak untuk berdebat dengan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem kerana tetap dengan pendiriannya mahu berdebat dengan Ketua Menteri.

Kalau nak reveal kebenaran dengan siapa-siapa pun boleh debat bro..dengan budak kampong macam i pun boleh.... hisehmen! Sekurang-kurangnya i tak charge 30%. setiap kemenangan. : )

Sebenarnya ini disifatkan sebagai sekadar mencari jalan keluar daripada berdebat dengan Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman memandangkan telah berhujah dengan ahli-ahli pembangkang sejak lebih 30 tahun lalu.Nak maju takut berdepan dengan Adenan. Nak undur, malu dengan ahli-ahli PKR dan rakyat kerana beliaulah yang membuat cabaran tersebut (Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdul Karim Rahman Hamzah)

Anda mungkin juga meminati:

Persoalan yang patut difikirkan selepas PRK yang lalu.

Kemenangan Barisan Nasional (UMNO) dalam Pilihanraya Kecil Kerdau dan Merlimau memberikan enam jawapan kepada enam soalan. Inilah soalan-soalan yang dimaksudkan.

Pertama, adakah secara keseluruhannya Pakatan Rakyat kuat?
Kedua, adakah peristiwa kejatuhan pemerintah di tempat lain memberikan kesan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN)?
Ketiga, adakah konsep 1Malaysia kian diterima?
Keempat, adakah cara dan gaya Pas berhujah berupaya mempengaruhi fikiran orang Melayu di Malaysia? Kelima, Adakah Ummi Hafilda mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya?
Keenam, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong secara meluas rakyat Malaysia?

Pakatan Rakyat memang pakatan yang ganjil kerana Pas dan DAP amat berbeza. Namun, selama ini, atas kehebatan dan kekuatan pengaruh Anwar, perbezaan antara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh dapat disembunyikan di bawah karpet. Bahkan, beberapa kali tokoh Pas mengatakan mereka tetap berjuang untuk penubuhan Negara Islam, dan tokoh DAP mengatakan sikap berlawanan. DAP menyatakan bahawa asas perjuangan mereka ialah amalan pentadbiran sekular. Namun kedua-dua kumpulan ini (Pas dan DAP) tetap memaparkan kesungguhan untuk bersatu padu.

Saya fikir, soalan pertama berjawab dengan kata-kata ini: Bahawa rakyat tidak rela untuk terus terkeliru dengan permainan kata-kata. Rakyat mahu mendengar pemimpin menyatakan perbezaan mutlak dan persamaan yang ketara antara serigala dengan kuda, bukan soal kemungkinan kerjasama antara kedua-duanya. Keputusan pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau menyatakan, Pakatan Rakyat tidak kuat dalam menyatakan mereka dapat bekerjasama. Beberapa minggu terakhir ini, kisah kemaraan rakyat melawan pemerintah heboh diperkatakan. Sejumlah tulisan bersifat menyindir kerajaan BN – siap dengan pelukisan watak – dikemukakan. Secara analogi, simbolik dan simile, kejatuhan kerajaan yang diperintah tokoh-tokoh hebat itu dianggap sebagai tanda peristiwa yang sama akan berlaku di Malaysia. Jika peristiwa sama tidak berlaku, maka dikatakan rakyat Malaysia kurang berani. Pembicara tertentu kelihatan amat risau, kononnya rakyat Malaysia kurang kritis, atau tidak analitis.

Untuk menjawab soalan kedua itu, dapat kita katakan bahawa peristiwa di tempat lain tidak sesuai dijadikan analogi, lambang dan persamaan dengan apa-apa berlaku di sini. Kerajaan di dunia tertubuh dan berkembang dengan cara berbeza-beza. Apa yang sama tentulah tuntutan asas kehidupan, iaitu makan minum, tempat tinggal dan lain-lain seumpamanya. Jika tuntutan asas itu tidak tertunaikan, maka rakyat bangkit menuntut hak. Di Malaysia kini, tokoh politik kerajaan dan tokoh politik pembangkang, masing-masing mahu memperlihatkan keupayaan menyediakan kecukupan asas bagi rakyat. Dalam hal kenaikan harga minyak (dan harga barang lain), pembangkang amat cepat menyampaikan komentar dan serangan setiap kali harga naik, tetapi secara berterusan pihak kerajaan memberikan justifikasi.

Pembicara politik juga pelbagai. Ada berbicara dengan cukup baik, membayangkan peristiwa di luar adalah tanda kejatuhan kerajaan di sini. Ada pula lebih cenderung untuk berhati-hati bagi melihat setiap sudut secara rapi dan rinci.

Konsep 1Malaysia bukanlah yang betul-betul baru. Memang slogan itu dianggap milik Perdana Menteri kini, tetapi kita tidak dapat mengatakan Tunku Abdul Rahman tidak mengamalkan 1Malaysia. Penegasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ juga demikian. Konsep ini adalah baik untuk semua negara. Ertinya jika negara itu bernama Damibia, maka bolehlah dislogankan ‘1Damibia: Rakyat didahulukan …’ (Damibia ialah negara rekaan dalam novel The General is Up, karya Peter Nazareth). Oleh itu, apabila ada pihak mengaitkan 1Malaysia dengan slogan negara lain, secara kasarnya dapat kita katakan “itu biasa saja”.

Slogan 1Malaysia, biarpun bukan baru, sikit banyak memberikan kesan. Sama seperti ‘Bersih, Cekap, Amanah’, ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ dan ada yang lain lagi, ‘1Malaysia’ dapat menghidupkan perbincangan tentang arah tuju negara. Jika pembangkang mengambil alih pemerintahan, mereka pastinya akan mengemukakan slogan lain, misalnya ‘Masyarakat Madani’. Kesemua itu baik-baik belaka. Janganlah kita memperlekeh slogan ‘Membangun Bersama Islam’ misalnya, kerana itu juga membawa makna yang jauh, jika dikupas.

Cara pemimpin Pas berhujah, terutama dalam menyatakan dua hal adalah sukar diterima umum. Kedua-dua hal itu ialah: pertama, keazaman untuk menubuhkan Negara Islam, atau sekurang-kurangnya untuk menjadikan Islam sebagai dominasi, dan kedua, keputusan untuk bersatu padu dengan dengan DAP. Maksud saya, kedua-dua perkara di atas adalah berkonflik antara satu dengan lain.

Melalui keputusan pilihan raya kecil ini, pengundi di kedua-dua kawasan mahu menyatakan hujah Pas tentang hal di atas amat menyulitkan fikiran. Pas selalu mengatakan, tuntutan Islam dalam pemerintahan akan dilaksanakan, dan pada masa sama, hasrat DAP juga akan ditunaikan. DAP sendiri agak jelas, kerana mereka mengatakan segi-segi keadilan dan kebajikan dianjurkan Pas akan diterima baik, dan ini disertai keengganan seratus peratus jika negara Islam mahu ditubuhkan.

Pas mempunyai banyak hujah, dan sejumlahnya diterima baik oleh orang Melayu dan bukan Melayu, namun dalam hal yang satu itu Pas belum menyatakan hujah betul-betul diterima rakyat umum, dan direstui DAP. Pembicara politik kebanyakannya tahu tentang kandungan pemikiran Pas, cuma masing-masing merasakan sikap berterus-terang adalah lebih baik daripada sikap menunggu masa. Kesimpulannya, Pas pasti dapat bertahan dengan keseluruhan cara dan gayanya, cuma parti itu rumit dalam menghadapi kaedah politik DAP yang tidak kurang pengalamannya.

Di sana sini orang berbicara tentang kemunculan semula Ummi Hafilda. Jarang sekali kita mendengar kupasan objektif tentang kehadiran adik Azmin Ali yang hebat ini. Agak aneh, mereka yang mengakui Azmin hebat, berhasrat melupakan saja bahawa dalam satu keluarga mungkin muncul dua atau lebih tokoh hebat.

Dalam keluarga Tun Dr Mahathir Mohammad, muncul anak Mahathir, dalam keluarga Datuk Pairin Kitingan, muncul adik Pairin, dalam keluarga Anwar muncul isteri dan anaknya, dan akhir-akhir ini kita dengar berita dalam keluarga Tan Sri Khir Johari, muncul anaknya menyertai DAP. Di luar negara pula, dalam keluarga George Bush, muncul anak, dalam keluarga Clinton, muncul isteri. Jadi, adakah aneh dalam keluarga Azmin, muncul adiknya, Ummi Hafilda? Mereka muncul tidak semestinya sejalan. Itulah politik. Ummi Hafilda menjelaskan alasan kemunculannya, jadi saya kira terimalah alasan itu. Orang lain mereka-reka alasan. Baik di kedai kopi, mahupun di atas pentas, alasan boleh direka-reka orang. Dalam politik, selalunya yang direka-reka itulah disukai. Alasan direka-reka itu, misalnya kemunculan seseorang adalah atas alasan ‘dibayar’, adalah khabar angin atau hearsay sahaja. (Sejauh ini, seperti telah saya bicarakan dalam tulisan lepas, banyak sekali anggapan atau tuduhan: yang masuk parti, atau keluar parti adalah dibayar.)

Dalam hal ‘reka-reka alasan ini’, saya teringat akan kata-kata Ustaz Abu Bakar Hamzah, “Kita kurang tahu tentang kita, orang lain lebih tahu tentang kita.’

Ummi Hafilda muncul dengan wajah dan pertuturan meyakinkan. Kita hendaklah memberikan peluang luas kepada beliau, seperti mana kita berikan peluang kepada sesiapa berhasrat memaparkan inti perjuangan masing-masing. Ertinya, kita jangan menolak kehadiran Ummi Hafilda, sepertimana kita tidak akan menolak kehadiran Bob Lokman dalam kawasan Pas. Gaya bahasa, pertuturan, kandungan ucapan, hendaklah kita tinjau dengan saksama. Jika pemidato itu melakukan kesalahan dalam menyatakan kandungan ucapannya, pihak yang terkena pasti akan mengambil tindakan undang-undang.

Akhir sekali, kita tinjau populariti Anwar. Kita dapati, oleh sebab beliau masih berupaya melanjutkan cara pidato dekad 1970an, beliau masih diterima baik. Mungkin agak besar jumlah orang yang seusia dengannya sudah meninggalkannya, namun beliau masih bertenaga bersama-sama orang muda. Kelebihan Anwar jarang ada pada tokoh lain. Walau bagaimanapun, pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya kecil yang kita jadikan fokus ini tampaknya tidak mengambil kira hujah Anwar. Kehadiran mereka dalam mana-mana majlis pidato Anwar adalah hal lain, pemberian undi adalah hak pengundi.

Fikir-fikirkan...

sumber dari sinar harian.

SUBHANNALLAH ! LIVE TERKINI! : TSUNAMI LANGGAR JEPUN !!!





11 Mac 2011

Terkini !!!Video gempa bumi di Jepun yang mengakibatkan Tsunami

Sumber dar BBC News ..

11-3-2011-Satu  gempa bumi besar telah mengegarkan Jepun timur laut mencetuskan tsunami yang telah menyebabkan kerosakan yang besar..pukul 2:30 petang waktu Malaysia.
TV Jepun menunjukkan kereta, kapal dan bahkan bangunan hampir ranap di Wilayah Fukushima, setelah gempa berkekuatan 8,9.

Para pegawai mengatakan gelombang setinggi 6m (20ft) boleh menyerang pantai.

Gempa melanda sekitar 250 batu (400 km) dari Tokyo pada kedalaman 20 kilometer, menggoncang bangunan di ibu kota selama beberapa minit.






Semoga rakyat Malaysia yang berada di tempat kejadian selamat.

PBB : TIADA CALON KITAR SEMULA

Pucuk pimpinan tertinggi PBB lebih arif siapa bakal calon layak bertanding: Awg Tengah

GEMBIRA: Awang Tengah menyerahkan surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Bahagian Samarahan di Dewan Ranchan, Serian semalam.


SERIAN: Pucuk pimpinan tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) lebih arif dengan bakal-bakal calon yang selayaknya untuk bertanding pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata PBB kini amat yakin dengan kemampuan calon yang bakal disenaraikan kelak , bagi mempertahankan kesemua 35 kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya negeri ke-9 , tahun 2006.

Justeru katanya, tiada istilah calon kitar semula kerana setiap yang dipilih kelak adalah daripada kalangan yang selayaknya.

“Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beliau mahu calon yang mampu menang untuk pilihan raya negeri akan datang.

“Hanya beliau (Ketua Menteri) yang tahu. Namun apa yang pasti calon-calon yang bakal dipilih kelak diyakini mampu berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Bahagian Samarahan di Dewan Ranchan di sini semalam.

Tambah Awang Tengah, soal kelanjutan usia tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih untuk berkhidmat.

Sebaliknya menurut beliau, selagi individu berkenaan berkemampuan dan berkeupayaan untuk menjadi wakil rakyat yang terbaik, soal usia bukan penghalangnya.

“Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian adalah contoh calon kitar semula yang tidak berkemampuan.

“Beliau telah bertanding sebanyak tiga kali dan tidak pernah menang walau sekali pun.

“Tapi sebaliknya yang berlaku dalam BN, hanya mereka yang mampu menang akan dicalonkan atas kepercayaan parti dan pucuk pimpinan tertinggi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) difahamkan akan meletakkan calon di kesemua kerusi DUN kawasan pengundi Bidayuh pada pilihan raya negeri akan datang.

Awang Tengah yang juga merupakan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua bagaimanapun berkata ia bukan halangan yang besar kepada BN berdasarkan kepada prestasi buruk SNAP sendiri.

“Terpulang kepada mereka (SNAP) jika mahu meletakkan calon di kesemua kawasan pengundi Bidayuh dan kami tidak gentar dengan perkara ini,” ujarnya lagi. sumber Utusan Borneo

10 Mac 2011

Pemuda PBB berpecah belah?

Tajuk di atas hanyalah harapan orang yang mempunyai agenda tersendiri dan mahukan perpecahan di dalam Pemuda PBB.Namun sebaliknya telah berlaku kerana orang yang tulus ikhlas korbankan diri dan memperjuangkan hak rakyat untuk agama dan bangsa akan di lindungi oleh ALLAH s.w.t.


Tahniah kepada Pemuda PBB kerana dapat melahirkan pemuda yang bijak berucap.Dalam konvokesyan yang lalu KP iaitu YB Datuk Fadillah telah memberi laluan kepada AMT Permuda iaitu saudara Wan Hamzah Wan Piee untuk berucap selaku wakil dari Pemuda setelah berbincang dengan exco pemuda.



YB Datuk Fadillah telah memberi peluang kepada pemimpin muda untuk tampil ke hadapan kerana bukanlah satu kesalahan yang melanggar etika parti. Malah PBB tidak pernah menghalang dan menyekat sesiapa pun untuk menonjol sebagai pemimpin masa depan kita.Inilah semangat berpasukan yang di terapkan oleh KP PBB.



Walaupun kedengaran suara-suara tidak puas hati berkenaan orang yang di pilih berucap bagi ki itu hanya fitnah oleh orang-orang yang suka melihat pemuda PBB bergolak.Biarlah mereka dengan persipsi dan pekakkan telinga wahai YB Datuk Fadillah.Pada waktu begini isu-isu yang kecil ini letaklah ketepi,ada lagi isu yang lebih mustahak iaitu PRN yang akan datang.

Waktu itu nanti kita dapat melihat siapa yang benar-benar bekerja untuk parti dan siapa yang hanya gunakan parti untuk diri sendiri.

Fakta penglibatan politik Wan Hamzah dalam PBB.Lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam bidang Pengajian Islam.Mempunyai syarikat kontraktor berstatus kelas A.Menjadi Ketua Pemuda Demak Laut semenjak tahun 2002 dan berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua pemuda Demak laut selama 4 penggal berturut turut sehingga kini, bahkan beliau adalah satu satunya Ketua pemuda di bahagian Kuching yang berjaya mengekalkan jawatan beliau sehingga kini.Beliau berjaya mendapat undi tertinggi sebanyak 203 undi sewaktu konvensyen PBB 2010 yang lalu dan sekarang menjadi Ketua pemuda PBB Zon Kuching.

DIBAYAI UNTUK NODAI AHLI-AHLI PBB!

Bila-bila masa sahaja tarikh PRN Sarawak akan diumumkan , Bahangnya terasa disetiap surau-surau ,kedai-kedai kopi dan dimana saja ....
Dalam politik pula , semakin terserlah strategi -strategi politik dilancarkan bagi memecah belahkan lawan masing-masing baik lawan dalam parti maupun luar parti
.

Ada yang seakaan-akan menyokong tetapi sebaliknya musuh dalam selimut.

Ada yan
g dapat dibeli,

Ada yang mempunyai prinsip ,

Ada yang pura-pura dapat dibeli .

Ada yang berpura-pura berprinsip.

Ada yang dihantar untuk menyatu,

Ada yang dihantar untuk memecahbelah,

Ada yang dihantar untuk dapat maklumat.,

Ada yang dihantar memberi maklumat salah,

Ada yang diperalatkan,

Ada yang memperalatkan,

Pendek kata ..

Ada golongan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat "Politik" mereka.

Wow mana satu nak percaya ni?

Inilah lumrah berpolitik!

Nauzubillahminal zalik.

Namun ak akan berpandukan dengan hadis yang menyatakan selagi pemerintah menjaga solat dan memperjuangkan agama maka kita wajib taat kepadanya.

Ini sekadar pandangan orang kampung yang tak sekolah tinggi tapi yang pasti membuang undi !


PBB Sadong Jaya nafi keras terlibat cadang nama Mahmud Abu Bekir

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Sadong Jaya semalam menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dengan sekumpulan individu yang menyuarakan keinginan melihat Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya.

Naib Ketua PBB Sadong Jaya, Abdul Muttalib Julaihi berkata tindakan sekumpulan individu yang mahukan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib mewakili PBB di Sadong Jaya nanti hanya bertujuan meraih populariti serta mempunyai agenda tersendiri.

Menurutnya kelompok individu berkenaan yang turut menghantar resolusi serta cadangan berhubung perkara itu kepada Setiausaha Eksekutif PBB Pusat Awang Bujang Awang Antek di ibu pejabat parti itu Isnin lepas telah ditaja serta dibiayai oleh parti lain yang dilakukan dengan sengaja serta bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam parti (PBB).

“Saya mewakili PBB Sadong Jaya amat terkilan dengan berita itu yang dilaporkan di dalam akhbar (tempatan) semalam (Selasa).

“Rombongan yang menyerahkan resolusi dan cadangan itu kepada pucuk kepimpinan parti BN semalam (Isnin lepas) bukanlah PBB Sadong Jaya mahupun kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) sebaliknya kelompok individu berkenaan dibiayai oleh parti lain yang bertujuan mahu memecah-belah serta mengganggu-gugat keharmonian dalam parti amnya dan Sadong Jaya khasnya,” ujar beliau kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau menambah PBB Sadong Jaya tidak pernah berpaling tadah terhadap BN malah sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Selama ini, kami (PBB Sadong Jaya) sentiasa menyokong penuh kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” ujarnya.

DUN Sadong Jaya kini disandang Dato Julaihi Wan Abdul Wahab Wan Sanusi juga dari parti PBB selama enam penggal berturut-turut semenjak memenangi pilihan raya negeri pada 1983 hingga 2010.

Manakala calon yang dicadangkan kumpulan berkenaan (Mahmud Abu Bekir) merupakan anak kepada Ketua Menteri yang juga presiden PBB dan pengerusi BN Negeri.

Sementara itu pada Isnin lepas rombongan terbabit menyerahkan resolusi itu yang disertai lebih 120 orang penduduk dari 13 buah kampung di kawasan Sadong Jaya diketuai Ain Mahli.

Akhbar tempatan yang melaporkan berita itu memetik Ain yang juga Ketua Kaum Kampung Semera Hilir sebagai berkata, “Kami mahu calon N.20 Sadong Jaya benar-benar dapat membawa perubahan besar dan pembangunan serta kemajuan di kawasan kami.” sumber : Utusan Borneo

Anwar di bogelkan di Parlimen oleh Gobalakrishnan

Gobalakrishnan luah perasaan di Dewan Rakyat : Selepas 12 tahun saya rasa 'bebas' tak perlu bawa fitnah


Sejak dari perasmian sidang Dewan Rakyat kali ini oleh yang Dipertuan Agongpada hari Isnin ramai juga pemerhati yang berminat mengintai gerak geriN Gobalakrishnan.

Ini kerana Ahli Parlimen Padang Serai,Kedah itu yang berstatusBebas sejak 29 Januari lalu dahulunya adalah adalah salah seorang panglima Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat.



Karektornya, apabila bergasak dalam perbahasan segarang Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Raden.

Suatu ketika dahulu Gobalakrishnan pernah ‘buat perangai’ meluru ke pentas Speaker Dewan Rakyat kerana naik sheikh semasa berbahas.

Dari segi peraturan dewan itu sudah kira foul habis .

Dahulu lain sekarang lain. Sebelum sesi sidang petang Rabu sejurus selepas waktu rehat wajah bekas Ahli Parlimen yang kelima keluar dari PKR ini – selepas Datuk Seri Zahrain Hashim(Bayan Baru), Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) , Tan Tee Beng(Nibong Tebal) dan Mohsen Fadzil Shamsuri (Bagan Serai) – kelihatanberseri-seri.

Beliau steady saja bergerak masuk ke dalam dewan untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong,yakni ucapan sulungnya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Sayang sedikit bekas bosnya Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam DewanRakyat dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga Ahli ParlimenGombak tidak ada di situ kerana kini digantung enam bulan daripada menghadiri sidang kerana isu Apco pada sesi hujung tahun lalu.

Apapun tidak ramai ahli parlimen pembangkang berada dalam dewan sewaktu beliau berucap kerana tahu mereka pasti pedih telinga denganGobalakrishnan.

Menariknya berbeza dengan stail nya dahulu yang gemar membentak dan menjerit sewaktu berbahas Ahli Parlimen Padang Serai ini nampak agak cool sekali sepanjang ucapannya lebih setengah jam.

Namun dalam nada yang relaks itu beliau libas sakan Anwar, Azmin dan Ahli Parlimen PKR lain.Turut menjadi sasarannya ialah Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang merupakan Ahli Parlimen Machang, Kelantan.

"Sekarang saya 'bebas' (selepas meninggalkan PKR) , bila saya'bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan). "Selepas12 tahun (dalam politik) baru saya 'bebas', hirup udara pun saya rasa'bebas', duduk dalam Dewan yang mulia ini saya rasa 'bebas' betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)," katanya.

Antara yang menarik perhatian ramai ialah

Gobalakrishnanmendedahkan sehingga kini beliau masih membayar ansuran bulanan duabuah kereta yang diguna oleh pengawal peribadi Anwar.

"Saya boleh ada seorang pembantu yang perlu saya bayar RM2,000, tetapi sayakorbankan untuk bayar kereta 'bodyguard' supaya 'bakal perdana menteri'kita selamat," katanya.

Beliau juga mendakwa pejabat Ketua Pembangkang itu tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Gobalakrishnan secara sinis berkata, kesanggupannya untuk membayar ansuran bulanan duakereta terbabit kira-kira RM2,000 sebulan adalah mahu memastikankeselamatan individu yang terlalu bercita-cita untuk menjadi PerdanaMenteri itu terjamin.

Beliauberkata, itulah realiti yang terpaksa dilalui sepanjang berada di dalamPKR sekalipun hakikatnya Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tertentu hidupdalam keadaan mewah dan mereka mempunyai pembantu-pembantu peribadisetaraf dengan kedudukan masing-masing.

“PartiPKR sering menyamakan kerajaan pusat dengan kegiatan korupsi yangdilakukan selama 50 tahun pentabiran. Apa yang memeranjatkan sayaadalah kebolehan PKR memaparkan elemen-elemen korupsi pada kadar lebihtinggi dalam tempoh singkat iaitu dalam tempoh tiga tahun menguasaipuncak pentabiran negeri,” katanya.

Beliau menegaskan pemimpin PKR khusyuk membincangkan dan membuattohmahan terhadap wakil rakyat yang telah meninggalkan parti sehinggaterlepas pandang atau sengaja terlepas pandang akan kelemahan dan kerakusan pemimpin-pemimpin tertinggi PKR.

“Saudara sibuk membicarakan perihal saya keluar parti sedangkan kejahatan dan kezaliman terhadap parti dan rakyat berleluasa. Anwar Ibrahim rakus dengan ideloji menjadi Perdana Menteri hingga lupa akan perjuangan sebenar parti yang sepatutnya membela rakyat, bukan membelakangkan kesejahteraan dan impian Anwar Ibrahim.

“Konsep ala Gadafi yang diagungkan Anwar Ibrahim akan membawa negara kita menjadi Libya rantau Asia Tenggara.

“Saya tidak mampu membuat janji kosong kepada rakyat untuk memuaskan kerakusan Anwar Ibrahim .Siapa yang tidak tunduk dengan kehendak Anwar Ibrahim dipinggirkan. Siapa yang benar-benar membela nasib rakyat dijauhkan.

“Saya syorkan saudara menyiasat perkara-perkara tersebut dan dengan sendiri persoalan mengenai sebab saya meninggalkan parti akan terjawab.”

Mengenai Saifuddin beliau mendakwa Ahli Parlimen Machang itumeninggalkan PKR pada suatu masa dahulu kerana tidak dapat menerima kedudukan Azmin di sisi Anwar.

“Lupakah saudara bahwa saudara pernah membelakangi PKR untuk turut serta dalam PAS.Dalam tempoh itu rakan-rakan seperti sayalah yang menjadi tempat saudara beradu mencapai ketenangan minda.

“Agaknya di mana saudara belajar main belakang? Agaknya jawapanya semua Ahli Parlimen tahu.”-
 
sumber dari panggungopera.blogspot.com

09 Mac 2011

PANAS !! : 1001 MACAM ISU KONVENSYEN BN SARAWAK!


Istihar Perang habis-habisan Kepada Penghasut dan Pembangkang






Wakil Pemuda Pbb Berucap : Wan Hamzah Wan Paie pecetus kontrovesi?


Ini merupakan pandangan santai ak mengenai isu Kenapa KP PBB tak berucap masa Konvensyen BN baru baru ini oleh pihak pembangkang maupun dalam parti kompenen sendiri.

Ianya merupakan empowerment dan peluang yang diberi kepada pemuda yang lain untuk berucap.

ak tidak melihat batang tubuh yang berucap pada hari itu tetapi isi ucapan yang diucap beliau adalah dari pergerakan pemuda PBB Sarawak.

Menurut sumber dipercayai , perbincangan telah diadakan sebelum hari konvensyen, seramai 17 org exco pemuda dari pesaka dan bumi berbincang berkenaan isi ucapan dan siapa yang ditugaskan untuk memberi ucapan.

Sekarang , marilah kita lihat secara hikmah , kita harus berasa bersyukur kerana pemimpin sebegini memberi ruang dan peluang kepada pemuda untuk berucap sebegini. Bukan kah pemuda sentiasa melaungkan bahawa pendekatan cara baru hendaklah dipekenalkan agar lebih ramai golongan belia minat untuk masuk pemuda ? bukan kah ini cara-cara baru??

ak juga tertarik dengan ucapan penggulungan CM yg acknowledge bahawa PBB sentiasa melatih pelapis-pelapis, bila di sebut pelapis tak semestinya untuk jadi YB sahaja. Kita harus bersyukur kerana mutu kualiti pemuda pbb dapatt kta ketengahkan

Kalau lihat secara kufur nikmat, memanglah 1001 mcm isu, tetapi ak yakin niat ikhlas dan jujur tanpa niat menjejaskan siapa-siapapun - itulah niat pemuda.

Wahai Allah kami mohon penyatuan hati dan berbaik sangka demi menegakkan Agama , Bangsa dan Negara kami.

08 Mac 2011

PRN Sarawak perlu blogger atau tidak?????

Setelah berakhirnya PRK di semenajung maka kini tumpuan kearah PRN Sarawak.Kemenangan berganda BN  menunjjukkan undi rakyat telah beralih.Undi yang memangkah Pakatan telah beralih arah.Semoga momentom ini akan di teruskan di PRN Sarawak.Kiasan demi kiasan yang di buat oleh KM Sarawak menghangatkan lagi spekulasi tarikh PRN.Walau apa-apa pun DUN akan berakhir pada Julai 2011 dan PRN perlu di adakan sebelum tarikh tersebut.




Harapan KI supaya jentera parti-part BN Sarawak akan mengunakan segala sumber untuk memastikan kemenangan calon.Bukan setakat gerak gempur di alam nyata tetapi gunakan juga strategi yang sama di alam maya.Ini kerena banyak tomahan yang di lontarkan oleh pembangkang di sini tidak dijawab oleh mereka yang berkenaan.Jika fitnah ini tidak di tandatangani dengan segera kemungkinan besar akan merebak dan sokongan rakyat terhadap BN menurun.

Jangan PRU 2008 akan berulang di Sarawak..

06 Mac 2011

TERKINI : KEPUTUSAN KERDAU DAN MERLIMAU

Keputusan rasmi PRK N.27 DUN MERLIMAU, MELAKA.

BN : 5962

PAS : 2319

UNDI ROSAK : 18

MAJORITI : 3643





Keputusan rasmi PRK DUN KERDAU BN : 5060

PAS : 2316

MAJORITI : 2724

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Live.Suasana pengundian di Kerdau

Suasana pembuangan undi sekitar Kerdau.Berhadapan markas Pas pusat.

LIVE : ORANG ASLI MENOLAK PAS DI KERDAU!

Suasana makin rancak ,tinjauan di perkampungan asli ternyata menyebelahi BN , mereka 100 peratus menolak pas! Yang mereka anggap pengacau dan tidak pernah ambil tahu hal mereka sebelum ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat mengundi kepada pengundi-pengundi Dun Kerdau

Nampaknya suasana pagi di Kerdau amat baik sekali.Harapan agar keadaan ini akan sampai ke petang.Ki merayu,memohon,mengajak agar pengundi-pengundi di kawasan Dun Kerdau berfikir secara ilmiah sebelum memangkah kertas undi.Undilah calon yang dapat membawa kemajuan dan bukan sekadar janji kosong.


PAS Solat Dua Imam Di Kerdau

PAS melakukan sekali lagi solat Dua Imam di Kerdau Pahang negeri Berdaulat ini! Memang kurang Ajar dan amat biadap Parti PAS yang Jahil Agama.

Malam tadi bertempat di Kg Kuala Tekal Tok Ketua Kampung memaklumkan dalam ucapannya tadi bahawa pada petang tadi waktu solat Asar Juak PAS yang ada dalam Masjid Kuala Tekal telah melakukan solat berasingan dengan solat yang di lakukan oleh Penduduk Kg yang mana PAS bersolat dengan Imam mereka.

Jemaah penduduk Kg amat terkejut dengan hal tersebut dan selesai sahaja solat Ketua Kampung Kuala Tekal terus menegur jemaah PAS yang bersolat berlaiankan Iman. Puak PAS itu kemudiannya dengan muka selamba terus keluar dari Masjid Kuala Tekal dan beredar menuju ke markas mereka.

Dato Seri Ahmad Sabri yang turut ada dalam majlis jamuan Masjid Kuala Tekal melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Solat Dua Iman yang di lakukan oleh mereka yang tidak peka dan menghormati rumah Allah ini.

Haprak Setiap Masa


Sumber : papa gomo

05 Mac 2011

Video Ceramah Ummi Hafilda di Rumpun Makmur Kerdau

Jawablah Anwar berkenaan apa yang Ummi katakan,Bacul ke?Ini baru nyamuk belum lagi lebah...



Gelombang merah ke rumah orang asli

Gelombang merah menghampiri kawasan rumah orang asli di Kg Paya Sendayan Kerdau.Penerimaan yang luas biasa oleh penduduk tempatan memberi gambaran bahawa UMNO di terima oleh mereka.






Malah tiadanya bendera Pas menguatkan lagi tangapan.Kepada 90 pengundi kg Paya Sendayan  tunaikan tanggungjawab anda esok.Undilah calon BN..

TANDA PENDUDUK KERDAU TERIMA ANWAR!

Semalam Anwar , ketika berkempen telah disambut di Jengka 22, bukan dengan taburan bunga tetapi dengan taburan BUNTOT_BUNTOT ayam.!!






Lepas itu penghinaan kedua pula adalah ketika Anwar menuduh Pemimpin BN mengamalkan budaya rasuah! lalu didedah oleh Umi Hafilda , masa itu berceramah tak jauh dari tempat Anwar berceramah .Umi mendedahkan semasa 13 tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan semua ahli Keluarganya(Anwar) menjadi jutawan dan ekonomi Malaysia pada masa itu merudum dan negara kita hampir-hampir bangkrap!

Dan dalam kempen PR di Kerdau ini , PR hebat memainkan isu kenaikan barang dan jika PR menakluk Putra Jaya mereka terus menurunkan harga minyak serta merta.Janji apakah ini!mampukah janji ini ditunai?tanpa menidakkan ekonomi dunia.

Ternyata benar kata KM Sarawak pembangkang ini mampu menjanjikan bulan demi untuk kemenangan!

Disini lagi anwar ditolak apatahlagi di Sarawak!!

Berikut penjelasan TPM mengenai isu kenaikan harga barang, projek mega



04/03/2011 7:03pm

Muhyiddin perjelas isu kenaikan harga barang, projek mega

TEMERLOH 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan harga barangan tertentu ketika ini yang dijadikan modal pihak pembangkang dalam kempen politik mereka sebenarnya adalah isu yang berkaitan dengan senario politik dan ekonomi di seluruh dunia.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan tertentu bukanlah disebabkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya bertindak demikian, sebaliknya ia berkaitan dengan kenaikan kos dan kekurangan bekalan akibat bencana alam di negara-negara tertentu.

"Situasi ini (kenaikan harga barang) ini berlaku di seluruh dunia, mengikut badan-badan ekonomi antarabangsa, harga makanan akan terus meningkat dalam tempoh setahun dua ini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Badok, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata krisis politik di Timur Tengah juga menyebabkan kenaikan harga minyak yang secara langsung mempengaruhi kos pengangkutan dan pengeluaran makanan dunia. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...