Nuff Head

10 Mac 2011

DIBAYAI UNTUK NODAI AHLI-AHLI PBB!

Bila-bila masa sahaja tarikh PRN Sarawak akan diumumkan , Bahangnya terasa disetiap surau-surau ,kedai-kedai kopi dan dimana saja ....
Dalam politik pula , semakin terserlah strategi -strategi politik dilancarkan bagi memecah belahkan lawan masing-masing baik lawan dalam parti maupun luar parti
.

Ada yang seakaan-akan menyokong tetapi sebaliknya musuh dalam selimut.

Ada yan
g dapat dibeli,

Ada yang mempunyai prinsip ,

Ada yang pura-pura dapat dibeli .

Ada yang berpura-pura berprinsip.

Ada yang dihantar untuk menyatu,

Ada yang dihantar untuk memecahbelah,

Ada yang dihantar untuk dapat maklumat.,

Ada yang dihantar memberi maklumat salah,

Ada yang diperalatkan,

Ada yang memperalatkan,

Pendek kata ..

Ada golongan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat "Politik" mereka.

Wow mana satu nak percaya ni?

Inilah lumrah berpolitik!

Nauzubillahminal zalik.

Namun ak akan berpandukan dengan hadis yang menyatakan selagi pemerintah menjaga solat dan memperjuangkan agama maka kita wajib taat kepadanya.

Ini sekadar pandangan orang kampung yang tak sekolah tinggi tapi yang pasti membuang undi !


PBB Sadong Jaya nafi keras terlibat cadang nama Mahmud Abu Bekir

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Sadong Jaya semalam menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka dengan sekumpulan individu yang menyuarakan keinginan melihat Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya.

Naib Ketua PBB Sadong Jaya, Abdul Muttalib Julaihi berkata tindakan sekumpulan individu yang mahukan Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib mewakili PBB di Sadong Jaya nanti hanya bertujuan meraih populariti serta mempunyai agenda tersendiri.

Menurutnya kelompok individu berkenaan yang turut menghantar resolusi serta cadangan berhubung perkara itu kepada Setiausaha Eksekutif PBB Pusat Awang Bujang Awang Antek di ibu pejabat parti itu Isnin lepas telah ditaja serta dibiayai oleh parti lain yang dilakukan dengan sengaja serta bertujuan memecahbelahkan perpaduan dalam parti (PBB).

“Saya mewakili PBB Sadong Jaya amat terkilan dengan berita itu yang dilaporkan di dalam akhbar (tempatan) semalam (Selasa).

“Rombongan yang menyerahkan resolusi dan cadangan itu kepada pucuk kepimpinan parti BN semalam (Isnin lepas) bukanlah PBB Sadong Jaya mahupun kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) sebaliknya kelompok individu berkenaan dibiayai oleh parti lain yang bertujuan mahu memecah-belah serta mengganggu-gugat keharmonian dalam parti amnya dan Sadong Jaya khasnya,” ujar beliau kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau menambah PBB Sadong Jaya tidak pernah berpaling tadah terhadap BN malah sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Selama ini, kami (PBB Sadong Jaya) sentiasa menyokong penuh kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” ujarnya.

DUN Sadong Jaya kini disandang Dato Julaihi Wan Abdul Wahab Wan Sanusi juga dari parti PBB selama enam penggal berturut-turut semenjak memenangi pilihan raya negeri pada 1983 hingga 2010.

Manakala calon yang dicadangkan kumpulan berkenaan (Mahmud Abu Bekir) merupakan anak kepada Ketua Menteri yang juga presiden PBB dan pengerusi BN Negeri.

Sementara itu pada Isnin lepas rombongan terbabit menyerahkan resolusi itu yang disertai lebih 120 orang penduduk dari 13 buah kampung di kawasan Sadong Jaya diketuai Ain Mahli.

Akhbar tempatan yang melaporkan berita itu memetik Ain yang juga Ketua Kaum Kampung Semera Hilir sebagai berkata, “Kami mahu calon N.20 Sadong Jaya benar-benar dapat membawa perubahan besar dan pembangunan serta kemajuan di kawasan kami.” sumber : Utusan Borneo

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...