Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

25 Januari 2011

PKR = Parti Progresif Demokratik Taiwan


PKR di samaratakan dengan Parti Progresif Demokratik(DPP)di negera Taiwan.Bukan ki yang sengaja menbongkarkan kelemahan PKR tetapi oleh pengasas PKR.Ng Lum Yong bekas anggota majlis pimpinan pusat PKR, dengan lantang menegaskan yang parti PKR hanya memperjuangkan individu,bukan seperti BN.Begitu juga yang berlaku dengan parti Progresif Demokratik(DPP) dimana hanya pandai menabur janji menyebabkan ekonomi Taiwan mundur selama pemerintahan meraka.Adakah ini yang dimahukan oleh rakyat Malaysia?

Dah nyata anwar kaki kencing.Sedikit sebanyak orang yang berada rapat dengan nya mejauhkan diri.Apa dah jadi ni Anwar?Salah taktik ke?Ataupun kelentong dapat di hidu oleh mereka.....



Cepat-cepatlah taubat....

HOSPITAL UMUM SARAWAK HANTAR UBAT MELALUI POS!

Syabas !

Sesuatu yang baru namun ianya akan memanafaatkan khususnya bagi pesakit-pesakit luar bandar .Saya ada mengenali kawan-kawan yang tinggal di Pedalaman yang datang sebulan sekali ke Kuching untuk mengambil ubatan susulan .Pastinya program ini akan mengurangkan kos pengangkutan mereka.

Promosi program hantar ubat melalui pos


PEGAWAI farmasi, Zanisah Ahmad Torky (kanan) menyerahkan bungkusan ubat kepada petugas Pos Laju , Zachary Philip di Kuching, semalam.


KUCHING 24 Jan. - Hospital Umum Sarawak (HUS) akan memperhebatkan promosi program Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) yang diperkenalkan sejak Ogos lalu bagi memastikan orang ramai sedar tentang kewujudannya dan memanfaatkan perkhidmatan itu.

Timbalan Pengarah Farmasi HUS, Mardziah Suhaili berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad untuk mempromosikan UMP 1Malaysia termasuk mengadakan pameran di perkarangan hospital serta menghebahkan kewujudan program tersebut melalui media cetak dan elektronik.

Menurutnya, setelah lima bulan diperkenalkan, masih ramai yang tidak tahu mengenai UMP 1Malaysia walaupun program itu mendapat maklum balas positif daripada para pesakit terawal yang menggunakan perkhidmatannya.

"Setakat ini, hanya 38 pesakit HUS mendaftarkan diri untuk menggunakan perkhidmatan ini.

"Oleh itu, kita harap melalui promosi yang diperhebat serta hebahan media, lebih ramai pesakit sedar tentang kewujudannya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran UMP 1Malaysia peringkat HUS di sini hari ini.

Program tersebut dilancarkan oleh Timbalan Pengarah HUS, Dr. Junaidi Diki.

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melancarkan perkhidmatan UMP 1Malaysia serentak di hospital dan klinik awam di seluruh negara.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Junaidi berkata, sejak beberapa tahun lalu, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh HUS, khususnya Jabatan Farmasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Selain UMP 1Malaysia, katanya, pihak HUS telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan yang mempermudahkan urusan pesakit seperti perkhidmatan faks, e-mel, SMS dan telefon (FEST); sistem pendispensan ubat bersepadu (SPUB); Program Pemulangan Ubat serta kempen Go Green.

Program UMP 1Malaysia adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan dari hospital terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos laju dengan caj kiriman serendah RM5 mengikut berat ubat serta lokasi penghantaran.

Ia merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di hospital-hospital dan klinik awam dengan kerjasama Pos Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi kaunter Farmasi Pesakit Luar HUS atau menghubungi talian 082-276057.

sumber dari : Utusan Malaysia Sarawak

‘Gertak Sambal’ dalam politik Sarawak

‘Gertak sambal’ sudah jadi rencah penting dalam politik Sarawak, Setiap kali ditanya wartawan, semuanya menjawab mereka sudah bersiap sedia untuk bertanding pilihan raya. Walaupun masih ada yang tengah berkira-kira. Entah kerusi mana, Entah berapa ramai yang akan dipertandingkan dan Entah siapa calon yang paling cocok?
sambal belacan tetap sedap - gambar hiasan
Semua itu jadi perkiraan yang memanjang bagi pemimpin parti untuk mendepani percaturan dan aktiviti lobi melobi dikalangan bakal calon.

Di sesetengah tempat, memang sudah ada calon yang cocok dengan parti tapi tidak sesuai untuk rakyat. Ada pula yang sesuai dengan rakyat tapi tidak cocok untuk parti?

Apakah mereka semua benar-benar bersedia untuk pilihan raya Sarawak? Sedangkan masing-masing dengan nada yang bercanggah, Jika PKR dengan sasaran 40 kerusi, SNAP tentu lebih dari itu. Manakala PERSB bertegas akan bertanding di semua 71 kerusi DUN Sarawak. Senarai nama 36 calon telah diumumkan di Bintulu pada 22 Januari lalu, dan baki 35 lagi akan diberitahu kemudian.

Apakah semua kenyataan itu benar, atau sekadar ‘gertak sambal’?  Namun yang pasti, pilihan raya Sarawak tidak lagi menyaksikan 1 lawan 1 antara calon BN dan pembangkang, malah lebih dari yang dijangka.. 
Anwar Ibrahim yang terkenal dengan ‘gertak sambal’, memang tidak ada yang Anwar tidak yakin, memang tidak ada yang Anwar tidak tahu. Semuanya dia lebih tahu dan lebih arif dalam segala-gala. Meskipun Anwar sekadar menumpang belas ihsan jawatan ketua pembangkang dari DAP, yang memiliki majoriti di parlimen.
Ironinya DAP lebih realistik, sedangkan Anwar lebih Sarkastik. Benarkah hanya BN yang perlu mengagih jentera pilihan raya? PKR tak perlu mengagih....???
Kutipan dari BERNAMA
Anwar Yakin Pilihan Raya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pembangkang
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.
Ini kerana katanya, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.
"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di sini.
Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.
Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.
Mengulas lanjut, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.
-- BERNAMA
inikah yang sedang direbut? oh tidak..

SARAWAKREPORT BLOG ANTIISLAM DI SARAWAK?

Sejak 20hb Januari sarawakreport telah memainkan 2 artikel yang memburukkan niat atau perbuatan memasuki Islam.

Iaitu artikel-artikel

BN Representatives Hide Their Religious Conversions!

dan

More Crocodile bin Abdullahs…. Exclusive!.

Terlebih dahulu kita semua patut bersyukur di bawah KERAJAAN PENAUNG kita masa ini tidak ada ketegangan kaum di Negeri Sarawak .Kita semua bebas bergaul dengan menghormati agama dan bangsa masing-masing.

Kita semua juga patut berdoa agar keadaan sedemikian dapat berterusan sehingga ke anak cucu kita.Perpaduan sedemikian bukannya dipupuk "overnite" tetapi dengan pengorbanan datuk nenek moyang kita yang terdahulu.

Jadi sama-sama kita hargai perjuang mereka dan teruskan perjuangan mereka demi perpaduan!!

alehkayong BERPENDAPAT , tidak menjadi isu atau masaalah bagi seseorang merahsiakan keislamannya buat sementara waktu demi untuk perpaduan .

Islam bukannya semata-mata terletak kepada PENAMPILAN atau NAMA , tetapi pengamalan perintah Allah dan Sunnah dalam kehidupan harian ,dengan amalan inilah mampu untuk membaiki ahlak dari masa ke semasa menjadi seorang yang berahlak yang mulia.insyallah..

Dan apabila seseorang memeluk islam bukan bermakna beliau menukar bangsa beliau , atau memutuskan hubungan kekeluargaan sedia ada malah amalan-amalan adat bangsa beliau boleh diteruskan selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Memang tidak dapat dielakkan golongan pemfitnah seperti SR akan mengambil peluang memainkan isu ini untuk memecahkan kaum-kaum yang berbilang agama di Sarawak ini , sebab kemenangan mereka akan terlaksana cuma dengan perpecahan rakyat Sarawak.!!

Nampaknya penulis SR sengaja membangkitkan isu ini semata-mata untuk memprovakasikan ketegang kaum dan agama di Sarawak.


Pernah di zaman Rasullulah saw , sahabat disyor baginda untuk merahsiakan keislaman mereka diawal pemelukan islam mereka kuatir keselamatan sahabat tersebut.


Seolah-olah jahat dan buruk sangatlah menjadi Abdullah...

"Adakah sarawakreport anti-Islam" ????, adakah sarawakreport "demonize sesiapa yang mahu masuk Islam" ????.

Sama-samalah kita timbang-timbangkan apakah tujuan 2 artikal Sarawakreport di atas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...