Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

02 Januari 2011

POLITIK SARAWAK: Bekas ahli PKR akan gempur Baru Bian


Keyakinan Baru Bian sedang terjawab, bila beberapa bekas ahli PKR Sarawak menyuarakan tindakan untuk mencabar mereka dalam pilihan raya negeri yang akan datang. Kelompok bekas ‘orang kuat PKR Sarawak’ akan menggunakan platform berbeda untuk menggempur team Baru Bian.

Menurut bekas ahli PKR Sarawak, mereka telah membuat perancangan strategic untuk memastikan team Baru Bian tersungkur. ”Kami memang tidak suka dengan PBB yang tidak mesra rakyat, tapi kami juga nekad menentang pemimpin yang angkuh serta tidak sedar diri seperti Baru Bian dan pemimpin PKR pusat” tegas sumber tersebut.

Sementara itu, terdapat beberapa ahli PKR Sarawak yang tidak sehaluan dengan team Baru Bian sedang berbincang dengan Datuk Zaid Ibrahim untuk membawa Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) ke kancah politik Sarawak. Mungkin inilah ‘Third Force’ yang akan mengoncang PKR Sarawak dan team Baru Bian?

Seperti kata pepatah, “apabila kawan bertukar menjadi musuh, itulah musuh yang paling bahaya”. Ternyata, BN bukan lagi musuh utama buat team Baru Bian atau PKR, sebaliknya PKR Sarawak terpaksa berdepan dengan pengikut sendiri yang tidak puas hati dengan ‘kebusukan’ pemimpin mereka.


Dari sisi lain, musuh politik kepada BN Sarawak akan bertambah dengan kehadiran parti KITA dan  'Third  force'. Politik Sarawak akan menyaksikan percaturan antara Kelemahan, keangkuhan serta bantahan. Malah sentimen tersebut akan jadi pengukur untuk meraih sokongan rakyat.


Apakah falsafah politik ‘hutan belantara’ oleh Baru Bian akan mampu mengatasi semua itu? Mahu atau tidak, Baru Bian serta kumpulannya terpaksa berdepan dengan bekas orang kuat PKR Sarawak terlebih dahulu, Sebelum mereka “berjaja janji"  untuk rakyat di rumah panjang, kampung-kampung melayu serta penempatan Orang Ulu di pendalaman Sarawak.

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL! : SAMPAN KARAM DI LIMBANG


10 mangsa sampan karam berpaut pada objek hanyut, seorang masih hilang

TRAUMA: Bian (tengah) memeluk isterinya, Musa Siran serta iparnya Luyap Siran di Balai Polis Limbang, semalam. Mereka adalah antara 10 mangsa yang terselamat dalam kejadian sampan karam di Rumah Juing Rantau Kura kelmarin.

LIMBANG: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah saat mendebarkan yang ditempuhi 10 mangsa dalam tragedi sampan karam di Rumah Juing Rantau Kura kelmarin apabila mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada objek hanyut setelah sampan dinaiki karam dipukul gelombang besar.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu, kesemua mangsa terpaksa bertarung nyawa dalam arus deras dengan berpaut pada papan dan sebarang objek terapung demi menyelamatkan diri.

Ini kerana sampan yang dinaiki mangsa termasuk lapan orang dewasa dan tiga kanak-kanak itu karam setelah dipukul gelombang kuat.

Dalam kejadian mendebarkan itu, usaha seorang warga emas Murut Chang, 84, berbangsa Lun Bawang untuk menyelamatkan diri dalam tragedi itu gagal kerana dilaporkan masih hilang.

Difahamkan kesemua penumpang dalam perjalanan dari bandar ke rumah mereka selepas membeli keperluan sekolah dan barangan harian lain.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Sarjan Mejar (SM) Ramli Salleh ketika ditemui berkata, mangsa yang selamat berjaya berpaut pada objek yang hanyut untuk menyelamatkan diri masing-masing.

“Mangsa yang selamat berpaut pada objek yang hanyut, manakala sampan yang dinaiki karam setelah dipukul gelombang yang kuat.

“Akibat kejadian itu seorang lagi mangsa masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan sehingga hari ini (semalam),” katanya.

Jelasnya air sungai yang deras dan berpusar turut menjadi punca sehingga menyebabkan sampan berkenaan karam serta-merta.

“Demi menyelamatkan nyawa kesemua mangsa sedaya upaya untuk menyelamatkan diri dan segera berpaut pada objek yang terapung.

“Difahamkan juga, ada antara mangsa pandai berenang, namun air sungai yang agak deras ketika itu menyukarkan mangsa yang hilang (warga emas) untuk berenang sebelum dilaporkan hilang,” ujarnya.

Beliau menambah pihaknya menerima laporan pada jam 1 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira dua jam perjalanan dari bandar.

Ramli memberitahu seramai 30 anggota dikerah untuk mencari mangsa yang hilang melibatkan anggota polis, marin, pasukan bomba dan penyelamat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta bantuan daripada penduduk kampung.

Katanya, setakat ini operasi mencari dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang diteruskan oleh pasukan penyelamat

“Operasi terpaksa dihentikan akibat hari gelap dan hujan lebat pada jam 5 petang kelmarin dan diteruskan pada jam 7 pagi hari ini bersama penduduk kampung,” katanya.

Mangsa-mangsa yang selamat ialah Luyap Siran, 54, Supang Kading, 38, Lipan Ain, 43, Bian Ateng, 55, Musa Siran, 52, Philip Jabu, 30-an, Kanderik Peter, 16, Magdeline Salap Serai, 13, Aiman Jamri, 9, Marylene Serai, 5.

Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang masih hilang berada di kawasan berkenaan dan ada antaranya yang menyertai usaha mencari dan menyelamat dengan sampan panjang mereka.

SUMBER : UTUSAN BORNEO

BERSYUKUR PADA ALLAH KEPADA YANG SELAMAT DAN SEMOGA MANGSA YANG HILANG DAPAT DISELAMATKAN.

Miri Mendapat Peruntukan Naik Taraf RM20 Juta: Aidan

Semakin banyak projek naik taraf sedang berlaku di sekitar Sarawak.  Di Miri, YB Datuk Aidan Wing baru mengumumkan peruntukan RM 20 juta oleh kerajaan pusat di bawah pimpinan Dato' Seri Najib.  Ini untuk menaik taraf jalan kampung sepanjang 20 km di Kampung Lusut, Miri.  

Penduduk Kampung Lusut kini dapat memudahkan perjalanan mereka dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.  Rakyat Sarawak terbukti tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan di bawah Program 1Malaysia.  Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Semoga kerajaan Barisan Nasional akan terus memakmur serta memajukan Malaysia. 
YB Datuk Aidan Wing

RM20 juta untuk naik taraf, lebar jalan Kampung Lusut

Posted on Utusan Borneo January 2, 2011, Sunday

MIRI: Sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk menaik taraf dan melebarkan jalan kampung sepanjang 20 km di Kampung Lusut di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Datuk Aidan Wing berkata projek itu yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut beliau, peruntukan bagi projek menaik taraf dan melebar jalan kampung berkenaan telah diluluskan dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

“Apabila siap sepenuhnya nanti, ia akan memberi kemudahan jalan raya yang lebih sempurna dan selesa kepada hampir 2,415 orang penduduk dari tujuh kampung di kawasan berkenaan,” ujar beliau lagi.

Tujuh kampung berkenaan terdiri daripada Kampung Lusut Jaya Zon A dengan Rose Sulan Ganing sebagai Ketua Kampung (KK), Kampung Lusut Jaya 5 (KK Jembu Banga), dua Kampung Mulu (masing-masing di bawah KK Mering Wan dan KK Martin Lisin, Kampung Bidayuh (KK Jimmy Nyahen Bado), Kampung Perpaduan Lusut Jaya (KK Vincent Sujang Ampau), Kampung Perpaduan Ulu Sungai Dalam (KK Peter Lilin) dan Kampung Bukit Jagus (KK Anyie Ngau Jok).

Aidan memberitahu demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas merasmikan majlis sambutan Hari Krismas di Balai Ruai Rantau Kemiding, Kampung Lusut di sini baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri Watson Bangau, Pengerusi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Lusut, Taman Tunku Magdelyn Semunjang Sirit yang juga pengerusi penganjur, KK Martin Lisin dan KK Rose Sulan Ganing.

Dalam pada itu katanya, penduduk di Kampung Lusut kini sudah dapat menarik nafas lega kerana kampung mereka telah dilengkapi dengan bekalan elektrik sejak 22 Disember lalu.

“Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah meluluskan beberapa projek perparitan di kampung berkenaan untuk memastikan penduduk di kawasan itu tidak menghadapi masalah sistem perparitan terutama ketika hujan,” katanya sambil memberitahu terdapat 527 rumah di kampung tersebut.

Aidan turut menarik perhatian dengan memberitahu pelaksanaan beberapa projek berkenaan adalah untuk memastikan Kampung Lusut tidak ketinggalan daripada arus pembangunan apatah lagi kedudukannya yang paling hampir dengan pusat bandar raya Miri.

Terdahulu, beliau amat memuji sikap kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para ahli jawatankuasa kampung dalam menganjurkan majlis seperti itu.

“Melalui majlis yang diadakan seperti ini, kita dapat menjalin kerjasama yang lebih erat di samping mengeratkan perpaduan dan silaturahim di kalangan sesama penduduk,” katanya.

01 Januari 2011

'AYAM MAHKOTHA' KUCHING TIDAK HALAL!!!

alehkayong berpendapat bagi syarikat yang terlibat harus DIBATALKAN terus lesen logo HALAL dan disenarai hitam untuk permohonan akan datang .

Sikap sambil lewa pengusaha pusat penyembelihan "halal" begini sangat memudaratkan para pengguna yang beragama Islam.

ak mencadangkan agar pihak JAIS mengambil tidakan tegas seperti menurunkan papan tanda yang bertanda logo halal serta-merta.


Wawarkan melalui media elektronik dan cetak secara besar-besaran untuk memaklumkan kepada penguna tentang pembatalan lesen tersebut.

Setiap apa dimakan akan menjadi darah daging ianya akan mempengaruhi hati .



KUCHING: Majlis Islam Sara-wak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) memberi amaran kepada semua rumah sembelih ayam di negeri ini agar mematuhi syarat persijilan halal yang telah ditetapkan.

TIDAK HALAL: Putit menunjukkan ayam yang tidak disembelih dengan sempurna sambil ditemani Shamsuddin (tengah), Kipli (kanan) dan Asmah (kiri) semasa operasi halal malam kelmarin.

Menurut Yang Dipertua MIS Datu Putit Matzen, setiap rumah penyembelihan harus mematuhi syarat dan piawaian dalam persijilan halal bagi memastikan keraguan halal makanan itu dapat dijaga.

“Kita tidak boleh memandang ringan tentangnya kerana ia melibatkan pengguna yang beragama Islam di sini.

“Semasa pemeriksaan dibuat di salah satu tempat penyembelihan di sini, kami dapati ayam tidak disembelih dengan sempurna seperti yang dikehendaki dalam hukum syarak, jadi kami terpaksa menggantung persijilan halal mereka,” katanya yang turut mengikuti operasi halal malam kelmarin.

Operasi itu bermula sekitar jam 11 malam yang melibatkan tiga rumah penyembelihan di Bako, Batu 13 dan Bintawa di mana seramai 55 anggota terlibat yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Polis Diraja Malaysia dan MIS.

Dalam operasi itu, sebuah pusat rumah penyembelihan ayam digantung persijilan halalnya kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Dua daripada rumah penyembelihan pula dikatakan mematuhi syarat yang dikenakan dalam persijilan halal.

Difahamkan sebanyak sembilan rumah penyembelihan di sekitar Kuching.

Beliau turut memberitahu, pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan pihak pengguna persijilan halal ini mematuhi standard yang ditetapkan.

Katanya, sebelum ini syarikat terbabit pernah diberikan amaran mengenai kesalahan yang sama pada 12 Oktober lalu.

“Kami akan pergi memeriksa lagi rumah penyembelihan ini sekali lagi untuk memastikan mereka mematuhi syarat kita atau tidak.

“Jika mereka terus tidak mematuhi standard dan syarat yang ditetapkan maka kami terpaksa menarik balik persijilan halal mereka,” tegasnya.

Jelasnya, kehalalan ayam keluaran syarkat tersebut masih diragui kerana kelalaian dalam mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam sembelihan.

“Sebelum kami datang mungkin ada yang telah dipasarkan. Jadi kehalalan ayam ini masih diragui.

“Operasi syarikat ini berjalan seperti biasa tetapi penggunaan sijil halal tidak dibenarkan dalam masa penggantungan ini,” kata Putit.

Manakala Ketua Operasi Asmawaty@ Siti Asmah berkata, dua syarat yang tidak dipatuhi ialah penggunaan stunner yang terlalu tinggi airnya yang menyebabkan ayam itu lemas sebelum disembelih dan tiada pemeriksa selepas stunner.

“Apa yang kita lihat mereka hanya ada seorang pemeriksa tetapi tiada pemeriksa selepas stunner yang menyebabkan ayam itu tidak diperiksa sepenuhnya.

“Dan semasa pemeriksaan, kami dapati lima ekor ayam yang sudah lengkap diproses tidak disembelih dengan sempurna, justeru kami terpaksa menggantungkan persijilan halal syarikat ini,” jelasnya.

Tambahnya, penggantungan persijilan halal itu merupakan kes ketiga dalam tahun ini di mana dua sebelumnya melibatkan premis makanan.

Turut serta dalam operasi itu Pengarah JAIS Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Mufti Sarawak Ustaz Kipli Yassin. sumber dari utusan borneo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...