Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

02 September 2010

Sumatera Timur enggan berperang dengan Malaysia

JAKARTA - Seorang pemimpin politik Indonesia dari wilayah Sumatera Timur, Irgan Chairul Mahfiz mendakwa, masyarakat Melayu di timur pulau itu tidak akan berperang dengan jirannya, Malaysia, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada sidang akhbar di sini semalam, dia yang merupakan Setiausaha Agung Partai Persatuan Pembangunan, sebuah parti terbesar dan berteraskan agama Islam berkata, penduduk Sumatera mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia.

"Jika berlaku perang dengan Malaysia, kami tidak akan ikut berperang kerana kami amat dekat dari segi kebudayaan dan ikatan persaudaraan hasil proses perkahwinan serta memiliki teras kebudayaan sama iaitu Melayu," katanya.

Irgan berkata, pihaknya berasa kesal dengan tindakan anggota-anggota sebuah badan bukan kerajaan tempatan yang dikenali dengan nama Bendera melemparkan najis ke arah Kedutaan Malaysia di sini pada 23 Ogos lalu.

"Bagi orang Melayu, tindakan itu bukan sahaja memberi tamparan kepada warga Malaysia, tetapi melukai hati masyarakat Melayu, yang punya tradisi saling menghormati dan tidak menghina dengan cara yang kurang elok," katanya.

Bagaimanapun kata Irgan, protes-protes yang dilakukan pihak tertentu sebagai cara menunjukkan kemarahan terhadap kerajaan Malaysia sewajarnya tidak melampaui adat ketimuran yang selama ini dipelihara dengan baik. - Agensi

source: kosmo

Indonesia syukuri sikap Sarawak

Pemikiran rasional dan tidak terikut-ikut ditunjukkan rakyat negeri ini amat dihargai

KUCHING: Warga Indo-nesia di Sarawak amat bersyukur dan menghargai sikap penduduk tempatan tidak terikut-ikut untuk mengancam keselamatan mereka meskipun gerakan anti-Malaysia semakin me-nular di negara republik itu.

Sambil berharap keadaan aman berterusan, Pemangku Konsulat Jeneral Indonesia Rafail Walingitan berkata pejabat mereka di sini tidak menerima sebarang aduan daripada mereka yang bekerja dan melancong di Sarawak.

“Kami amat menghargai sikap penduduk tempatan kerana tidak terikut-ikut dengan tindakan pihak yang menyebarkan sentimen anti-Malaysia di Jakarta atau Kalimantan Barat.

“Penduduk di sini mampu berfikir secara rasional dan kita bersyukur dengan sikap rasional yang ditunjukkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rafail bagaimanapun berkata, peringatan telah dikeluarkan kepada warga Indonesia yang berada di Sarawak agar sentiasa berjaga-jaga terhadap sebarang bentuk ancaman.

Malah, mereka juga turut diberi peringatan agar tidak terikut-ikut dengan tindakan beberapa kumpulan anti- Malaysia.

Menurut beliau, tindakan beberapa kumpulan merangkumi Kumpulan Benteng Demo-krasi Rakyat (Bendera), Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) bukan menggambarkan sikap pemerintah dan majoriti rakyatnya.

“Kita berharap hubungan persahabatan antara dua negara tidak terjejas berikutan tindakan beberapa pihak yang tidak rasional,” katanya.

Beliau turut menjelaskan tindakan kumpulan-kumpulan tersebut yang mengadakan demonstrasi terhadap Malaysia, berikutan kebebasan bersuara di Indonesia.

“Tetapi perlu juga ada batas-batas. Tidak boleh sesuka hati terutama perkara yang berkaitan hubungan dengan negara-negara lain,” katanya.

Kelmarin, akhbar melaporkan gerakan ‘Ganyang Malaysia’ merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar pada Ahad lalu.

Dr Chan perjelas isu SUPP keluar BN dalam masa terdekat

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dijangka memberi penjelasan berhubung isu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke-luar BN sekembalinya dari luar negara.

Menurut Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri Dr Stephen Rundi Utom, Presiden SUPP itu kini berada di luar negara dan dijangka akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat ini.

“Setakat ini tidak ada kenyataan rasmi daripada dia (Dr Chan) sama ada benar atau tidak hasrat mereka untuk keluar BN. Kita tunggu penjelasan kerana dia sekarang berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

BN Sarawak mempunyai empat parti komponen, selain SUPP, ia turut dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

SUPP pada pilihan raya ne-geri 2006, tewas lapan dari-pada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya – iaitu kekalahan yang paling besar pernah dialami parti itu.

Kerusi-kerusi tersebut dimenangi Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, SUPP turut me- nerima tanda awal apabila menerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada Mei yang lalu, calonnya Robert Lau Hui Yew ditewaskan Wong Ho Leng daripada DAP.

Parti majoriti yang ahlinya Cina itu, kini dalam usaha memulihkan sokongan daripada para pengundi terutama kaum Cina.

Rundi yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi, kedudukan BN tidak akan goyah meskipun SUPP keluar daripada gabungan.

“Saya yakin BN tetap menjadi pilihan para pengundi kerana rekod kerja dan perkhidmatan terbukti mampu mengangkat kedudukan Sarawak,” katanya.

Mengenai persiapan parti-parti komponen BN bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, beliau memberitahu mereka telah bersedia.

Amalan Puasa yang Sia-Sia.

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda , “ Betapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada kecuali berjaga malam “

Keterangan : Ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan hadith ini.

Pertama , yang dimaksudkan di dalam hadith di atas adalah orang yang berpuasa sepanjang hari tetapi dengan sumber harta yang haram . Sebanyak mana dia telah mendapat pahala dari puasanya , dosa yang didapati kerana memakan makanan yang haram lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada puasa .Oleh itu dia tidak mendapat apa-apa selain berlapar sepanjang hari.

Kedua seorang yang berpuasa tapi sentiasa terlibat dengan perbuatan mengumpat .

Ketiga seseorang yang tidak menjaga dirinya daripada dosa dan sebagainya semasa berpuasa.

Sabdaan Nabi s.a.w adalah jami’(lafaznya sedikit tetapi membawa maksud yang luas).Semua pendapat dan perkara di atas serta sabdaaan-sabdaan Baginda yang lain termasuk dalam maksud tersebut.

Demikian juga dengan berjaga malam. Sepanjang malam berjaga beribadat tapi untuk bersuka-suka telah mengumpat sedikit atau melakukan juga apa-apa perbuatan bodoh yang lain sehingga semua pahala berjaga malam itu untuk beribadat menjadi sia-sia. Contohnya membiarkan solah subuh berlalu sehingga terpaksa diqada ataupun bejaga semata-mata kerana riak’ dan kemasysuran maka itu sememangnya sia-sia.


Semoga Allah pelihaha kita dari menjadi golongan yang tersebut menerima amalan-amalan kebaikan kita ,mengampuni keterlanjuran kita dan memperbetulkan Iklas niat kita khususnya pada bulan Ramadhan ini dan bulan-bulan berikutnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...