Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

24 November 2010

BACA !! : PEMBUBARAN PKR!? - TUN M

MARI KITA RENUNG-RENUNG ..........KLIK JUGA DISINI.


Sudah Sampai Masanya PKR Dibubar - Tun Dr Mahathir


23 Nov (Bernama) -- Sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperta kata pepatah Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan bertajuk `Cabaran Umat Islam Masa Kini' pada program Syarahan Perdana di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini Selasa yang dihadiri kira-kira 5,000 orang pejawat awam dan masyarakat setempat.

Majlis turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.

Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.

Mengenai cadangan pembubaran PKR pada sidang akhbar selepas itu, bekas Perdana Menteri itu berkata, mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini telah terpecah kepada tiga kumpulan.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan," tambahnya.

-- BERNAMA

TERKINI : Taib Sudah Ada 'Inspirasi' Tarikh Pilihan Raya Sarawak

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah pada Rabu dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.


Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.

Taib berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.


Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.

"BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN," katanya.

TERKINI: PKR dan DAP Hilang Ahli Lagi di Sarawak


Baru tadi keluar berita terkini dari Serian.  Dikhabarkan ahli PKR dan DAP tidak ingin lagi menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang kononnya menggunakan Sarawak sebagai batu loncatan ke Putrajaya.  Mereka pun memiliki pendapat yang sama seperti Ketua Pemuda DAP yang diminta nama beliau jangan disiarkan tadi.  



Sokongan penduduk Sarawak terhadap PAS dan DAP mulai terkubur.  Disiplin pemimpin parti dan Majlis Tertinggi mereka yang porak-peranda mula tidak disenangi oleh penduduk Sarawak yang pada umumnya gemar kepada kasih sayang dan kejujuran.  Mereka tidak menyenangi sama sekali penyelewengan serta kekasaran yang berlaku semasa pemilihan cabang PKR di seluruh Sarawak.   

Berikut adalah berita terkini yang disampaikan dalam blog Melanau Blogger dan Wira Kenyalang

Menurut Wira Kenyalang, ahli-ahli ini mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim tetapi sebenarnya mereka ini telah mendapat kesedaran melihat  parti-parti pembangkang tidak ada hala tuju di Sarawak dan cuma pandai menyalak.


Semoga lebih ramai lagi yang sedar bahwa mereka semua sedang diperalatkan oleh parti pembangkang yang hanya mahukan keuntungan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.  Perjuangan kita hendaklah diteruskan ke segenap pelusuk Sarawak.


Radio yang dilancarkan tidak berupaya untuk mengukuhkan lagi cengkaman politik pembangkang di Sarawak malah rakyat semakin sedar dan masih inginkan pembangunan dan masih mahukan Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, bukan Baru Bian dan bukan Chong Chieng Jen. 




  
PKR dan DAP disingkir dari Kampung Koran Empaneg

SERIAN - Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.

Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.

Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Apakah tindakan ini suatu yang dirancang atau kebetulan? Walau apapun, keputusan bekas ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak ini pastinya memberikan tamparan kepada kedua-dua parti itu. Nescaya, tindakan keluar parti tidak akan berhenti di sini dan pasti selepas ini ramai lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang akan keluar parti. Yang pasti perjuangan Pakatan Pembangkang di Sarawak semakin melencong dan terkeluar daripada landasan.

PKR, PAS, dan DAP - Parti Pakatan Rakyat belum lulus?

Mungkin ramai yang telah sedar hal ini.  Tidak perlu kita minta pengesahan daripada pihak Pakatan Rakyat sendiri.  Parti tersebut cuma hanya pada nama tetapi apabila menjelang pilihanraya pasti keluar roket, bulan dan lubang dubur juga. 

Ingin MP kongsi bersama perbualan bersama Ketua Pemuda DAP.  

"Kalau ikutkan hati ketua (orang DAP) mereka kenapa mahu tolong PKR atau PAS?  DAP sudah lama bertapak dan tiba-tiba pula datang parti baru yang sangat sombong dan tidak merendah diri. Semua nak tunjuk hero sehingga sanggup bertelagah sesama sendiri." menerangkan rasa hati beliau. 

"Nasib baik perjuangan PKR hanya mahukan Anwar ke Putrajaya. Kalau iya pun naik teksi dah boleh sampai, harta sudah cukup duit sudah banyak.  Ini tidak, heboh satu negara dia mahu ke Putrajaya?" tambah ketua pemuda DAP yang namanya tidak mahu disiarkan.  

Begitulah senario hubungan PKR dan DAP.  Apabila ditanya mengenai PAS pula, inilah jawapan beliau. 

"Semua orang tahu, PAS mahu Kelantan jadi unik.  Boleh keluar pitis emas sendiri dan boleh amalkan hukum hudud.  Jika mereka dapat funding memang mereka happy."

Untuk bawa Anwar ke Putrajaya dan bagi Kelantan full autonomi itulah kosmetik asal perjuangan Parti Pakatan Rakyat.  Tetapi apa yang DAP dapat?

"DAP ingin mencabar Singapura dan menunjukkan orang yang ditinggalkan mendapat habuan yang lebih besar daripada pulau sebesar Singapura? Bayangkanlah kalau DAP dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu itu pun sudah cukup? Tetapi Sabah dan Sarawak adalah bonus memandangkan tahap ekonomi dan pembangunan di seberang Laut China Selatan agak berbeza?"

Orang DAP suka kalau orang BN pergi ke ceramah mereka.  Kalau dapat merubah pegangan politik mereka lagi bagus.  Ini berbeza dengan orang PAS dan PKR.  Kalau mereka tahu you BN memang mereka pulaukan atau halau keluar dewan ceramah.  Kita tidak boleh begitu kalau seorang orang BN datang kita boleh bawa jadi orang DAP kita patut bersyukur!  Bagaimana nak bawa satu negeri jadi DAP atau PKR atau PAS kalau seorang pun tidak boleh ubah? Bagaimana mereka ini menghadapi arus perubahan?


Beginilah hasil kerja risikan di sekitar MP untuk renungan bersama.



Hasrat Parti Pakatan Bertanding Di Bawah Satu Lambang Hanya Satu Kosmetik

KUCHING, 21 Nov (Bernama) -- Hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.

"Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.

"Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?" katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

"Sebenarnya, parti (PR) itu pun belum diluluskan lagi," katanya.

Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...