Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

12 September 2012

Letak Kepentingan Parti Ditahap Tertinggi: Wan Junaidi


Ahli PBB hendaklah patuh kepada struktur kepimpinan dan meletakkan kepentingan parti di tahap paling tinggi. Sekiranya budaya yang telah disemai sekian lama ini masih diamalkan khususnya oleh golongan muda, nescaya PBB akan kekal menjadi tonggak kekuatan BN Sarawak.

Jadilah pemimpin PBB yang sebenar walaupun berbeza pendapat dan pendirian namun tetap mematuhi perintah pihak tertinggi parti dan sentiasa meletakkan kesetiaan dan kepentingan terhadap parti paling utama!

Permuafakatan ahli PBB tonggak kekuatan BN

by Rusnan Mustafa.
Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa

Setiap lapisan ahli patuh kepada struktur kepimpinan dan meletakkan kepentingan parti di tahap tertinggi

KUCHING: Permuafakatan setiap ahli pelbagai peringkat dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional (BN) untuk terus kukuh sebagai parti nombor satu di Sarawak.

Exco PBB Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan bahawa budaya yang telah lama disemai dalam parti itu menjadikan setiap lapisan ahli PBB patuh kepada struktur kepimpinan pentadbiran parti dengan meletakkan kepentingan parti di tahap paling tinggi berbanding kepentingan peribadi.

“Ahli pelbagai peringkat dalam PBB merupakan orang yang patuh kepada kepimpinan parti dan permuafakatan telah kita (ahli PBB) semai sejak sekian lama dan terus kita jaga.

“Sebab itulah PBB menjadi kukuh, kuat dan menjadi benteng dan tonggak kekuatan BN di Sarawak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2012 DUN Demak Laut yang dihadiri lebih 300 ahli PBB kawasan itu di sini malam kelmarin.

“Kita mesti menjadi pemimpin parti yang sebenarnya walaupun kita mempunyai pendirian yang berlainan, pendekatan berlainan tetapi tujuan kita mestilah sama iaitu kepentingan parti didahulukan kepentingan peribadi dikemudiankan,” tambahnya.

Malah, Wan Junaidi yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Santubong berkata, setiap ahli dalam PBB juga akur dan menerima keputusan daripada pucuk pimpinan parti, menjadikan persefahaman dapat dikekalkan sehingga hari ini.

“Kalau pucuk pimpinan parti sudah memberi keputusan di situlah letaknya perjuangan kita dan dipertahankan keputusan parti sedemikian,” tegasnya.
Menyentuh mengenai kemajuan yang telah dikecapi di kawasan Santubong, beliau memberitahu bahawa lebih banyak lagi perancangan pembangunan dirancang oleh kerajaan untuk terus memajukan kawasan itu.

“Untuk itu, saya meminta setiap lapisan masyarakat bekerjasama antara satu sama lain untuk bersama-sama mengecapi kemajuan ini,” ujarnya.

Hadir sama ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Cawangan PBB Demak Laut Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Ketua Pergerakan Wanita Demak Laut Fatimah @ Rokiah Temben, Ketua Pergerakan Pemuda Demak Laut Wan Hamzah Wan Paie, Datuk Paruwadi Musa dan tetamu kehormat lain.

- Posted using BlogPress from my New iPad

11 September 2012

Semangat Positif Patut Diterap Dari Kecil: Nancy Shukrie


Ibu bapa digesa untuk menerapkan semangat positif ke dalam diri anak mereka sejak kecil lagi. Mereka digalakkan untuk mencontohi atlet terjun Olimpik negara, Pandelela Rinong yang mampu bersaing dan cekal apabila berhadapan dengan peserta lain dari negara luar.

Ibu bapa juga disuruh untuk menyerap nilai-nilai murni agar anak mereka menghormati pemimpin negara dan tidak berkelakuan tidak senonoh seperti melondehkan seluar di khalayak umum. Sikap seperti ini harus dikikis demi menjamin masyarakat Malaysia yang penyayang dan prihatin.

Ibu bapa dinasihati terap semangat positif dalam diri anak-anak

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


BUAT KENANGAN: Nancy (empat kanan) bersama pihak penganjur Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya di Simunjan kelmarin.

SIMUNJAN: Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukrie menasihati golongan ibu bapa agar menerapkan semangat positif dalam diri anak-anak ketika masih muda supaya mampu bersaing serta berdaya maju pada masa akan datang.

Menurutnya, sebagai contoh semangat positif ini boleh dilihat pada diri Pandelela Rinong yang telah mempamerkan semangat juang tinggi ketika temasya Sukan Olimpik 2012 di London, baru-baru ini.

Ibu bapa boleh menjadikan Pandelela sebagai salah satu contoh untuk mendidik anak masing-masing agar sentiasa bersemangat positif dalam menghadapi apa jua cabaran mendatang, ujarnya.

“Saya yakin semangat positif yang diterap dalam diri anak-anak sejak dari kecil akan membolehkan mereka muncul sebagai individu berkebolehan dan berdaya saing pada suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-tamah Merdeka Raya anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Batang Sadong di Simunjan kelmarin.

Selain itu Nancy juga berharap ibu bapa mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang tahu menghargai jasa pemimpin dan kerajaan dalam memajukan hidup mereka suatu nanti.

“Saya berharap ibu bapa dan KEMAS dapat melahirkan generasi muda yang berhemah tinggi serta berbudi bahasa demi kebaikan pembangunan negara pada masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Tetap Tabika KEMAS Simunjan Hamlet Jolly dan 200 tetamu yang terdiri daripada para ketua kaum sekitar Simunjan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Kemerdekaan Umpama Mendapat Tempayan Besar: Abu Seman


Apakah maksud kemerdekaan umpama mendapat tempayan yang besar? Marilah ikuti kupasan ADUN Jemoreng mengenai pengisian erti kemerdekaan ke dalam tempayan ini.

Rakyat harus hargai kemerdekaan dan mengisi dengan pembangunan

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


PERLU DILINDUNGI: Inilah antara rumah-rumah di kawasan perumahan Taman Permai di Sibu.

MUKAH: Semua rakyat harus menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan tugas kita sekarang adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut dengan apa yang kita ada sekarang kata ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi harus dihargai sebaik mungkin dan harus diisi dengan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Bagi saya kemerdekaan ini ibarat kita mendapat sebuah tempayan yang besar, tempayan itu perlu diisi jadi kemerdekaan itu perlu diisi melalui pembangunan yang kita rancang seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Kemerdekaan juga umpama intan yang kita miliki dan perlu dijaga dengan baik, jangan sampai ia hilang kalau hilang kita semua akan menangis untuk mencari intan yang begitu berharga.

“Orang yang hidup lama sudah merasa betapa peritnya hidup semasa dijajah oleh Jepun dahulu, di kampung saya banyak cerita yang mendukacitakan di mana orang-orang kita diseksa semasa kita dalam pemerintahan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Kelab Basikal Mukah (KBM) baru-baru ini.

Sementara itu, Abu Seman yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata kebebasan atau demokrasi yang kita amalkan pada hari ini mempunyai had.

“Demokrasi yang kita amalkan ada hadnya,bukanya demokrasi ini suka hati kita, kita tengok baru-baru ini memijak gambar pemimpin, Adakah itu demokrasi?

“Kita tidak mahu demokrasi jenis itu, demokrasi kita ialah demokrasi yang terpimpin. Pendek kata demokrasi kita ialah untuk membela rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menilai bagaimana cara kehidupan kita pada masa ini hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Wali Kota Bahagian Mukah Ali Suhaili.

- Posted using BlogPress from my New iPad

25 Jun 2012

DAP SARAWAK MULA LANCAR PERANG HABIS-HABISAN TERHADAP BN




Malam tadi bertempat di BDC, DAP Sarawak dan Pakatan Pembangkang telah mengerahkan seluruh keringat dengan mengadakan ceramah politik biarpun pembubaran Dewan Rakyat belum lagi diumumkan.
Berbeza pada masa dahulu, kempen dan ceramah politik hanya dibenarkan semasa selepas pembubaran Dewan Rakyat dan DUN setelah diumumkan SPR. Tetapi, sekarang ini Pakatan Pembangkang tidak memperdulikannya malah menggertak polis kononnya sebagai “anjing kerajaan” sekiranya tidak meluluskan permit berceramah.


Kegagalan penganjur memastikan perjalanan ceramah yang diadakan tidak menganggu rakyat ternyata benar apabila ramai pengguna jalan raya merungut kerana keadaan jalan raya yang sesak akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan sesuka hati. Ini sekaligus menyusahkan rakyat yang mahu pergi membeli-belah dan bergerak ke destinasi tertentu. Akibatnya, ada di antara pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya sehingga lebih 2 jam.

Ceramah yang bermula seawal jam 7.00 malam dilengkapi dengan kugiran. Beberapa artis wanita seksi tajaan DAP telah mengambil tempat menghiburkan rakyat yang datang awal. Bagaimanapun, artis Wanita DAP, Violet Yong tidak menyanyi sebaliknya hanya menyampaikan ceramah. Kehadiran Lim Guan Eng telah menyerikan suasana dengan gaya rambut ala-komunis.
Selain Lim Guan Eng sebagai tetamu khas, pemimpin DAP juga turut menyampaikan ceramah dan diikuti pemimpin jemputan dari PKR Sarawak dan PAS Sarawak.
Kebanyakan penceramah hanya membawa isu rasuah yang disabitkan terhadap Ketua Menteri Sarawak. Persoalan di sini, adakah pemerintahan DAP di Pulau Pinang “terlalu bersih”? Apakah rakyat tidak mengambil iktibar terhadap keadaan Kampung Buah Pala yang hanya dijanjikan semasa pilihan raya, tetapi nasibnya kini sudah tida ada. Mungkin, Lim Guan Eng mahu dilihat sebagai hero komunis di mata masyarakat Cina, tetapi sebenarnya anti-Islam.


Inilah yang mahu dimainkan DAP Sarawak pimpinan Wong Ho Leng yang cuba meniru pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Usaha menarik sokongan Cina semakin giat dijalankan dan sanggup memperkudakan PKR dan PAS demi hasratnya mahu meng”komunis”kan rakyat Malaysia.
Agak mengecewakan apabila pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak ketika berceramah, penonton yang kebanyakannya Cina tidak memberikan tumpuan. Mereka kelihatan bersahaja apabila mendengar pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak berucap.
Lebih “menggemparkan” apabila ada di kalangan penyokong DAP menyatakan tidak usah dengar ceramah pemimpin PKR dan PAS. Jika dengar, nanti kita kena masuk Islam. Itulah sebabnya, ramai penyokong DAP buat tidak kisah saja apabila pemimpin PKR dan PAS berucap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...