Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

05 Mac 2011

TANDA PENDUDUK KERDAU TERIMA ANWAR!

Semalam Anwar , ketika berkempen telah disambut di Jengka 22, bukan dengan taburan bunga tetapi dengan taburan BUNTOT_BUNTOT ayam.!!






Lepas itu penghinaan kedua pula adalah ketika Anwar menuduh Pemimpin BN mengamalkan budaya rasuah! lalu didedah oleh Umi Hafilda , masa itu berceramah tak jauh dari tempat Anwar berceramah .Umi mendedahkan semasa 13 tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan semua ahli Keluarganya(Anwar) menjadi jutawan dan ekonomi Malaysia pada masa itu merudum dan negara kita hampir-hampir bangkrap!

Dan dalam kempen PR di Kerdau ini , PR hebat memainkan isu kenaikan barang dan jika PR menakluk Putra Jaya mereka terus menurunkan harga minyak serta merta.Janji apakah ini!mampukah janji ini ditunai?tanpa menidakkan ekonomi dunia.

Ternyata benar kata KM Sarawak pembangkang ini mampu menjanjikan bulan demi untuk kemenangan!

Disini lagi anwar ditolak apatahlagi di Sarawak!!

Berikut penjelasan TPM mengenai isu kenaikan harga barang, projek mega



04/03/2011 7:03pm

Muhyiddin perjelas isu kenaikan harga barang, projek mega

TEMERLOH 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan harga barangan tertentu ketika ini yang dijadikan modal pihak pembangkang dalam kempen politik mereka sebenarnya adalah isu yang berkaitan dengan senario politik dan ekonomi di seluruh dunia.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan tertentu bukanlah disebabkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya bertindak demikian, sebaliknya ia berkaitan dengan kenaikan kos dan kekurangan bekalan akibat bencana alam di negara-negara tertentu.

"Situasi ini (kenaikan harga barang) ini berlaku di seluruh dunia, mengikut badan-badan ekonomi antarabangsa, harga makanan akan terus meningkat dalam tempoh setahun dua ini,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Badok, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata krisis politik di Timur Tengah juga menyebabkan kenaikan harga minyak yang secara langsung mempengaruhi kos pengangkutan dan pengeluaran makanan dunia. - Bernama

04 Mac 2011

Ummi Hafilda bersumpah Anwar 'Raja Rasuah'

Beberapa pendedahan oleh Ummi Halfida berkenaan salah laku Anwar tiada kesudahan.Semalam satu ceramah berlangsung di Rumpun Makmur Dun Kerdau oleh BN.Tak sampai 50 meter satu lagi ceramah di buat oleh parti Pas.



Ketika Anwar sibuk berceramah berkenaan dengan rasuah  pada zaman Tun Mahathir tak semena-mena Ummi datang hantu.Gelaran dan pendedahan sebagai ‘Bapa rasuah’ oleh Ummi  menyebabkab Anwar tak dapat memberi tumpuan,oleh demikian ceramah beliau di pendekkan hanya 30 minit.Orang ramai yang hadir juga amat kagum dengan pendedahan oleh Ummi hinggakan Anwar tak terkata.
Ummi juga bersumpah berkenaan surat yang di hantar oleh beliau kepada Tun Mahathir adalah benar tentang salah laku Anwar.Walaupun pada mulanya Tun tak dapat menerima dan membuang surat berkenaan.Setelah setahun barulah Tun sedar itu pun setelah buku '50 dalil kenapa Anwar tak boleh jadi PM' telah di terbitkan.

Pada masa yang sama, Ummi turut mencabar Anwar Ibrahim agar segera menyaman beliau, jika pendedahan tersebut adalah fitnah atau pembohongan semata. Kata Ummi;
"Anwar boleh saman Tun Dr Mahathir RM100 Juta, Anwar Boleh Saman Khairy Jamaluddin RM100 juta, Anwar saman Dato Nalakarupan RM200 Juta Tapi kenapa Anwar Ibrahim tak Saman saya? Saya mendedahkan banyak mengenai Anwar Ibrahim dan Azmin Ali serta Shamsidar tapi tak seorang pun dari mereka menyaman saya" 
Penduduk Kerdau telah sedar pembohongan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat.

nak lanjut klik sini ataupun  sini

03 Mac 2011

KERDAU : DEMI MENANG GADAI RAJA DAN AGAMA!

Jangan kata raja agama sanggup dipergunakan...







Begitulah yang ak dapat katakan setelah beberapa hari berada di Kerdau.
Suasana prk disini amatlah berbeza dari Sarawak..berceramah pasal Islam tapi mencaci dan memfitnah pemimpin lawan.

Berbeza dengan calon BN Syed Ibra yang dituduh mereka tidak berkelayakan namun beliau berkempen dengan tenang , syukur dan sabar....

ak amat bersyukur walaupun PBB bukanlah parti 100% beragama islam namun tidak timbul budaya caci mencaci pihak lawan , hormat terhadap parti lawan masih tersemat dihati mereka.

disini kita lihat bagaimana PAS di Kerdau mengheret institusi Raja dalam kempen mereka.

01 Mac 2011

PERARAKAN ANTI-TAIB DI UK DILANCARKAN!!

Demonstrasi Anti Taib Mahmud telah di "lancar" di UK , mereka yang terlibat terdiri daripada mat salleh yang belum pernah datang ke Sarawak dan kebanyakan diantara mereka adalah " homeless" dan diketuai oleh seorang " DJ DISCO " yang berasal dari Negeri Sarawak iaitu John Jamban .

Menurut sumber dari UK " penganjur" cuma mampu membayar kurang dari 30 orang untuk menjayakan perarakan ini.....

untuk berita lanjut bergambar sila layari...Melanau blogger

p/s
Sebelum ini , ak sering melihat kelibat JJ ini di sekitar MJC batu kawah.Mungkin juga beliau beroperasi dikawasan tersebut di Kuching , Sarawak..beberapa kali ak terserempak JJ ini bermesyuarat dengan seorang ahli kompenen bn disini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...