Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

02 Disember 2010

Taib: 2030 Sarawak Kaya dan Maju

Sarawak akan menjadi negeri yang kaya dan maju menjelang 2030.  Begitulah ilham Perdana Menteri kita dan dipacu oleh Ketua Menteri untuk merealisasikan impian tersebut melalui SCORE.

MP bersetuju dengan kenyataan KM iaitu tiada cara pintas untuk membentuk negara maju serta berpendapatan tinggi kerana ia memerlukan persediaan dengan penuh rapi dan teliti.   Persediaan tersebut juga terdiri daripada membekalkan prasarana dan infrastruktur yang mantap.  Bukan itu sahaja, tenaga mahir juga diberi keutamaan untuk menyediakan tenaga pekerja yang akan menggerakkan lagi SCORE sejajar dengan Wawasan 2020.

Sarawak lebih pantas: KM

by Watt Zacchaeus. Posted on December 1, 2010, Wednesday

SCORE memacu negeri ini jadi maju dan kaya menjelang 2020
RASMI: Taib memukul gendang sebagai simbolik merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak di Sibu, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Awang Tengah, Abang Johari, Wong, Jabu, Morshidi dan Asfia.

SIBU: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) mampu memacu Sarawak menjadi negeri yang berpendapatan tinggi dengan lebih pantas di negara ini, sepertimana yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, SCORE adalah satu peluang yang baik untuk membentuk negeri ini sebagai sebuah negeri maju dan kaya menjelang tahun 2030. “SCORE dalam tempoh 20 tahun yang akan datang bakal mewujudkan sebanyak 1.6 juta peluang pekerjaan serta peluangpeluang baru dalam pelaburan dan industri,” ujarnya.

Bagi mengecapi semua itu, Taib memberitahu, rakyat negeri ini harus membuat persediaan dari sekarang bagi menerapkan diri dengan pendidikan yang secukupnya serta mempunyai kemahiran teknikal.

“Kita sebagai rakyat Sarawak kini harus membekalkan diri dengan pendidikan yang secukupnya dan kita juga mahu beliabelia diberi latihan teknikal bagi mengharungi SCORE yang menjadi tunjang kepada negeri ini kelak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohammad Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Tema seminar pada kali ini ialah ‘Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan’ anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) dari 30 November sehingga 1 Disember dan disertai seramai 786 orang peserta yang terdiri daripada ketua masyarakat dan ketua kaum di seluruh Bahagian Sibu.

Taib menegaskan bukan mudah untuk membentuk negara maju serta berpendapatan tinggi dan ia memerlukan persediaan dengan penuh rapi dan teliti.

“Ini merupakan cabaran yang paling besar untuk Negeri Sarawak pada masa sekarang dan akan datang. Oleh itu bersedialah dari sekarang untuk kita memanfaatkan SCORE ini kelak,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu Tanjung Manis adalah kawasan yang penuh dengan potensi SCORE dari segi pembangunan industri-industri baru yang akan diwujudkan di situ kelak.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan merangkap Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, turut melahirkan rasa gembira terhadap kaum Bumiputera yang kini memiliki kelayakan pendidikan tinggi serta kemahiran teknikal.

“Dengan adanya ilmu itu, saya percaya kaum Bumiputera tidak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain untuk sama-sama mengharungi SCORE kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, dengan adanya SCORE, ia boleh mempengaruhi penduduk Sibu agar tidak berhijrah ke negara-negara lain untuk mencari pekerjaan.

“Di negeri kita ini sudah banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan kelak, oleh sebab itu saya percaya SCORE boleh membuatkan penduduk Sibu tidak pergi jauh-jauh lagi mencari pekerjaan,” jelasnya sambil menambah, SCORE juga mampu menarik ramai orang luar untuk datang ke negeri ini sama ada untuk mencari pekerjaan atau melabur.

Sementara itu, Taib me-nyeru rakyat agar tidak mengambil mudah soal pembangunan, sebaliknya harus memilih kerajaan yang mempunyai agenda pembangunan yang mampu memakmur serta memajukan negeri ini.

Menurut beliau, agenda pembangunan berterusan yang dirancang rapi serta menyeluruh, boleh menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa dari segi ekonomi dan sebagainya.

“Oleh itu, semasa pilihan raya pilihlah calon yang boleh menyalurkan pembangunan kepada rakyat dan negara. Diharap calon yang dipilih itu gunakan kuasa untuk tolong rakyat dan bukannya berebut kuasa sehingga mengabaikan rakyat,” ujarnya.

Taib memberitahu, tiada gunanya rakyat memilih calon yang tidak mempunyai kuasa dalam membangunkan serta tidak mempunyai agenda pembangunan untuk negeri ini.

“Kalau tiada agenda pembangunan yang berterusan, sesebuah negara itu boleh menghadapi masalah seperti negara Greece dan Ireland yang kini menghadapi masalah kewangan yang getir dan kritikal.

“Ini disebabkan kedua-dua buah negara itu tidak menitikberatkan soal agenda pembangunan dan lihatlah apa yang terjadi seperti yang dilaporkan oleh media-media di negara kita ini,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, menurutnya, negara ini bersyukur tidak menghadapi masalah seperti negara-negara terbabit kerana kerajaan mengamalkan corak pemerintahan yang menekankan soal pembangunan. “Negara kita sudah makmur dan tiada menghadapi sebarang masalah. Dan kita juga mahu terus makmur selepas ini dan kerajaan akan merancang agenda pembangunan di negara ini khasnya Negeri Sarawak dengan betul,” ujarnya

01 Disember 2010

Idris Jala akan bertanding Pilihan Raya Sarawak?


Khabar yang mengatakan Datuk Seri Idris Jala akan bertanding dalam pilihan raya, tiba-tiba bertiup. Meskipun tidak terlalu kencang, tapi cukup untuk menimbul pelbagai reaksi dari kalangan rakyat biasa di Sarawak.

Malah ada yang berpendapat, sudah sewajarnya Idris Jala terjun ke dunia politik. ”Kerana sudah terbukti bakat dan kepakaran beliau. Orang seperti itulah yang diperlukan dalam kerajaan Sarawak, dan rakyat Sarawak perlukan khidmat beliau untuk memajukan negeri”.

Lebih menarik, yang mengkagumi Idris Jala sebagai idola nampaknya kurang bersetuju jika beliau terjun ke bidang politik. Tapi mengharap kerajaan melantik Datuk Seri Idris Jala sebagai menteri di Sarawak.

Tambahan lagi menurut peminat Datuk Seri Idris Jala, Jika beliau bertanding pilihan raya belum tentu boleh menang. Kerana ramai tokoh di Malaysia, contohnya, seperti Tan Sri Lee Lam Thye yang tidak cemerlang dalam dunia politik tapi sangat unggul berkhidmat untuk rakyat.

Semua pendapat tersebut tidak ada yang negatif, malah penuh harapan untuk melihat Datuk Seri Idris Jala kekal berkhidmat untuk rakyat. Samada benar atau tidak Idris Jala akan bertanding pilihan raya Sarawak, hanya beliau yang tahu?



p/s:  secara peribadi, saya menganggap Datuk Seri seorang yang tokoh hebat dan penuh dedikasi.

TUN : BN AKAN MENANG .......

alehkayong berpendapat sesuatu yang dimulakan dengan keiklasan pasti akan dimudahkan oleh Allah.Setiap ujian pasti ada hikmahnya bagi orang-orang yang berakal.

semoga DOA Tun dimakbulkan Allah ...Amin .


KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti lebih baik pada pilihan raya umum akan datang berbanding dengan pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata ini kerana kerajaan kini masih kuat dan mungkin marjin kemenangan adalah sesuatu yang baik.

"Saya benci untuk meramal perkara ini kerana ia mungkin tidak diterima dengan sangat baik, tetapi saya fikir menang kuat adalah sangat penting...dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan akan masih menang dan majoriti mungkin lebih baik daripada 2008," katanya ketika ditanya mengenai ramalan beliau bagi pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Lanskap Politik Malaysia - Pengalaman, Perspektif dan Pemikiran" pada Dialog Forum Malaysia-Eropah (MEF) Kuala Lumpur ketiga 2010 di sini hari Selasa.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata pilihan raya umum 2008 menyaksikan pencapaian BN terlalu teruk kerana tewas di lima negeri dan Kuala Lumpur, serta gagal memperoleh majoriti dua pertiga bagi memerlukan untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

"Pilihan raya 2008 jelas menunjukkan bahawa BN telah kehilangan sokongan bukan hanya daripada mereka yang bersimpati tetapi juga anggota parti-parti komponen. Malah kubu kuat BN juga tewas," kata Dr Mahathir, yang memegang tampuk kepimpinan kerajaan selama 22 tahun.

Beliau berkata hanya beberapa orang sahaja yang berani mengkritik pemimpin atau kerajaan perdana menteri kelima (penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi), tetapi selepas pilihan raya umum 2008, mereka merasakan kepimpinanlah yang paling dikutuk kerana kekalahan itu dan mereka meminta untuk satu perubahan dalam kepimpinan negara.

"Pengkritik dihalang daripada berucap pada perjumpaan anjuran parti politik, pertubuhan bukan kerajaan atau individu kerana menyedari bahawa kerajaan bimbang dengan kritikan dengan pembangkang sentiasa menyerang," tambah beliau.

Bercakap mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata Malaysia bukan satu demokrasi yang liberal kerana ada hadnya mengenai apa yang dipanggil kebebasan demokrasi, tetapi Malaysia telah menunjukkan demokrasinya adalah bebas sepenuhnya bagi mereka yang membangkang kerajaan untuk memenangi pilihan raya dan malah untuk menewaskan parti-parti kerajaan dan mengambil alih pentadbiran negeri-negeri.

"Demokrasi mungkin sistem politik yang paling baik yang pernah dicipta oleh manusia, seperti benda lain yang dicipta oleh manusia, ia bukan sempurna. Pastinya demokrasi liberal tidak boleh dilakukan dengan mereka yang hanya tahu mengenai pemerintahan kuku besi atau rasuah.

"Malaysia bukan model demokrasi yang sempurna tetapi pengundi boleh, jika mereka ingin berbuat demikian, tukar kerajaan hanya dengan pengundian dalam pilihan raya bebas, itulah intipati demokrasi," kata beliau.

-- BERNAMA

TERKINI : Tun Dr Mahathir puji kepimpinan Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana menerima maklum balas dan pendapat orang luar mengenai hal-hal negara.

Beliau berkata penerimaan oleh pentadbiran pada masa ini telah membawa kepada dasar lebih baik yang menyenangkan semua pihak, dengan berkongsi dan meluahkan apa yang ada dalam fikiran mereka, sehingga mendapat sokongan lebih baik daripada orang ramai.

"Saya mesti mengakui bahawa Najib dan pentadbirannya sangat terbuka. Apabila memerlukan konsultasi daripada sesiapa, mereka akan berbuat demikian, dan saya juga pernah memberikan pendapat beberapa kali, misalnya mengenai proses transformasi," katanya pada ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Eropah-Malaysia (MEF) di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika menjawab satu soalan, Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau tidak merancang untuk kembali memimpin negara, namun akan terus memberikan pendapat serta kritikan menerusi blognya.

"Bagi saya, untuk kembali dan terlibat secara langsung, itu tidak mungkin berlaku. Sekali saya keluar, saya tidak akan masuk semula. Saya hanya berharap mereka akan membaca blog saya, hanya setakat itu yang boleh saya sumbangkan," katanya.

Mengenai persepsi rakyat berhubung konsep 1Malaysia, Dr Mahathir berkata konsep perpaduan nasional hanya boleh dicapai sekiranya setiap rakyat menganggap diri mereka sebagai warga Malaysia.

Beliau berkata konsep itu disasarkan secara rasmi ketika pelancaran Wawasan 2020 yang diumumkan pada 1991. "Dalam Wawasan 2020, yang saya umumkan pada 1991, perkara pertama yang ingin kita capai ialah perpaduan nasional. Konsep itu boleh dicapai sekiranya semua rakyat melupakan kisah silam mereka, menggunakan satu bahasa dan menganggap diri masing-masing sebagai warga Malaysia.

"Hari ini, saya dapati rakyat masih berkata 'Saya Cina Malaysia, Melayu Malaysia, India Malaysia' yang akan membuatkan tafsiran konsep 1Malaysia amat rumit untuk rakyat yang terdiri daripada kaum yang berbeza," katanya.

Mengenai Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP), Dr Mahathir berkata Malaysia perlu lebih menyokong industri tempatan untuk membantu mereka menjana pendapatan lebih kukuh.

Mengambil Korea dan Jepun sebagai contoh, Dr Mahathir berkata kedua-dua negara perlu diteladani melalui cara mereka memperbaiki serta membangunkan integriti kewangan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI).

"Apa yang mereka (Jepun dan Korea) lakukan ialah mendapatkan sumber serta teknologi asing, dan pada masa yang sama, memperbaiki teknologi sendiri serta menjadi syarikat gergasi. Namun di Malaysia, kita membenarkan orang asing datang ke negara ini dan mendapat manfaat daripada kos buruh yang rendah.

"Masanya telah tiba untuk kita berubah. Kita perlu menyokong industri tempatan. Kita telah memberikan insentif kepada syarikat asing, jadi mengapa kita tidak berikannya kepada syarikat tempatan?," katanya.


Forum bertemakan "Looking Back In Order To Move Forward" diadakan bagi memastikan Malaysia dan Eropah mempunyai persefahaman mengenai dasar masing-masing, terutama soal pelaburan. Ia disertai 250 orang termasuk ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli akademik dan wakil pertubuhan pelajar dari dalam dan luar negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...