Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

23 November 2012

Nurul Izzah Bukti Kegagalan Anwar!

Menurut portal gelagatanwar, sampai sekarang masih belum ada surat saman kepada Utusan Malaysia mahupun Berita Harian?  Kenapa agaknya?
YB Izzah: Mana Surat Samannya?

KENYATAAN MEDIA

6 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.

Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN

Di kalangan orang PKR sendiri sedang gelakkan Izzah yang masih belum mengeluarkan SURAT SAMAN kepada Utusan dan Berita Harian. Yang buat Izzah serba tak kena, apabila berdasarkan maklumat peguam, susah juga untuk tidak membawa The Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam saman tersebut. Sebab, asal usul berita tersebut adalah portal tersebut. Di samping laporan menyeluruh yang dibuat portal 1Christians.
Hari ini sudah 23hb Nov. Masih belum ada apa-apa. Ulama’ yang menasihati PKR sudah nasihatkan. Minta maaf dan bertaubat. Bukan saman.

Mana satu yang Izzah nak buat ni?

Kalau minta maaf, jawabnya terbang EGO anak Anwar yang seorang ni. Disebabkan keceluparan mulut, habis semua planning. Daripada nak memenangi hati orang bukan Islam, pengundi Islam pula yang marah.

09 Oktober 2012

Maklumat Yang Betul Dan Terkini Amat Penting Untuk Menghapuskan Persepsi Negatif

Baru-baru ini Majlis Dialog Media Sarawak 2012 telah diadakan untuk menerangkan pelbagai isu dan menghapus persepsi negatif terhadap kerajaan.  Antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu tanah adat (NCR), isu keselamatan dan pelbagai lagi maklumat mengenai pilihan raya yang akan menjelang.  

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching ini turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Majlis Dialog seperti ini diharap dapat membantu mengikis persepsi negatif terhadap kerajaan.  Pengamal media sosial perlu mendapat maklumat yang betul dan terkini dan majlis seperti ini amat dialu-alukan.  Semoga usaha sedemikian akan diteruskan agar dapat memberi penerangan kepada semua pengamal media sosial di seluruh negeri Sarawak. 

Maklumat umpama peluru paling bisa di alam siber, maklumat yang betul akan membawa cahaya kebenaran yang akan menyinari alam siber. 

Pengamal Media Perlu Bantu Memerangi Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan, Kata Salang

KUCHING, 6 Okt (Bernama) -- Pengamal media di Sarawak, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab perlu turut terlibat memainkan peranan aktif memerangi persepsi negatif terhadap kerajaan khasnya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Dalam menghadapi peperangan persepsi yang merupakan salah satu daripada perkembangan semasa politik tanah air yang berubah mengikut masa dan keadaan, beliau berkata pemikiran rakyat telah diracun dengan pelbagai maklumat yang tidak benar terutama di media siber.

"Semuanya memerlukan penjelasan dan pembetulan persepsi yang berkesan kerana jika keadaan ini tidak ditangani sebaik mungkin, yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar," katanya ketika berucap pada majlis Dialog Media Sarawak 2012 anjuran kementeriannya dan Jabatan Penerangan Sarawak, di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) kementerian berkenaan Datuk Dr Rothiah Omar, Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Penerangan Negeri Resat Salleh.

Salang mengingatkan bahawa banyak laporan dan penulisan yang tidak bertanggunjawab dan mengelirukan telah berjaya meracuni pemikiran dan persepsi sebahagian masyarakat sehingga mereka "sanggup menghina pihak yang berjasa dan sebaliknya pula memuja kepada yang berdusta".

-- BERNAMA

14 September 2012

Sarawak Sumbang RM50 Billion Pelaburan KDNK!

Sarawak sudah menyumbang RM50 Billion dan akan menyumbang lebih lagi sehingga 2030.  Ini hasil daripada kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri dengan mempelbagaikan sektor untuk diceburi demi meninggikan taraf hidup rakyat. 

Sarawak akan jadi penyumbang utama KDNK

Utusan Borneo on  14 September 2012, Jumaat

KUCHING: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa melihat Sarawak sebagai negeri terpenting di Malaysia yang dijangka menjadi penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Menurutnya, Sarawak kini adalah penyumbang keempat terbesar kepada KDNK negara dengan nilai pelaburan RM50 bilion, dan beliau percaya ia akan meningkat hasil daripada unjuran yang dibuat kerajaan negeri sehingga tahun 2030.

“Sarawak nampak pesat membangun, ada kemungkinan dengan kepesatan dan kelancaran ekonomi negeri ini, mungkin ia akan meningkatkan lagi sumbangannya kepada ekonomi negara pada keseluruhannya.

“Saya juga mendapati program pembangunan yang dirancang dan rancak dilaksanakan akan membawa Sarawak ke tahap kemajuan yang lebih tinggi dan menjadi antara negeri termaju dengan pantas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Ali menambah, tiga perkara utama dalam fokus dari segi pembangunan yang diberikan penekanan oleh kerajaan nege-ri dengan sokongan penuh kerajaan persekutuan ialah pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak SCORE, penyediaan infrastruktur asas serta pembinaan empangan.

“Beberapa program berkaitan SCORE sedang berjalan lancar dan kerajaan persekutuan sejak RMK10 menerusi ‘Rolling Plan’ pertama, kedua dan ketiga pada tahun depan terus memberi tekanan terhadap peruntukan bagi pembangunan SCORE,” katanya.

Sementara itu, Ali dalam ucapannya berkata, kerajaan persekutuan akan meneruskan dasar-dasar sedia ada dan memperkenalkan beberapa perkara baharu untuk mencari jalan menggalakkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

“Kita boleh melaksanakan program yang bermanfaat kepada rakyat dengan mengamalkan strategi ‘Blue Ocean’,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Moha-mad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Ketua Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Ketua Menteri Datuk Othman Mahmood.

12 September 2012

Mari Raikan Hari Malaysia Bersama Warga Desa Senadin 15 September Ini!

Penduduk Desa Senadin akan menyambut Hari Malaysia bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.  Pelbagai acara menarik disediakan untuk merancakkan lagi sambutan yang dipengerusikan oleh ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.  

Program ini akan menghimpunkan warga Desa Senadin untuk bersama-sama menghayati dan menyambut Hari Malaysia. 

Orang ramai juga dijemput hadir untuk beramai-ramai menyambut Hari Malaysia bersama warga Desa Senadin kelak!
Jayakan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September

Utusan Borneo 12 September 2012, Rabu

MIRI: Jawatankuasa Penduduk Desa Senadin dan Rukun Tetangga (KRT2) Desa Senadin Miri akan mengadakan program sambutan Hari Malaysia di Desa Senadin pada 15 September bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Pelbagai acara disediakan untuk para pengunjung, antaranya memancing berkumpulan, menangkap itik, memanjat pokok pinang, pertandingan bot kawalan jauh, tarik tali, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan melukis, hiasan muka 1Malaysia, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun serta pelbagai gerai jualan makanan, bank dan promosi kereta serta banyak lagi.

Pengerusi program merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, peserta yang ingin menyertai mana-mana acara boleh mendaftar pada hari yang sama.

“Program ini bertujuan untuk menghimpunkan seramai mungkin warga Desa Senadin bagi sama-sama meraikan Hari Malaysia,” katanya.

Perasmian dijangka akan disempurnakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, pada jam 2 petang dengan melepaskan sekumpulan pejalan kaki dan yang berbasikal di Taman Bulatan Dan Kolam BSTS Desa Senadin.

Acara sambutan berterusan ke sebelah malam, yang akan dihadiri Menteri Muda Komunikasi dan Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Orang ramai diminta sama-sama hadir bagi meraikan sambutan tersebut. Untuk pertanyaan boleh menghubungi Alice Jeleni menerusi talian 013-8092894, Jeffery Alferida (019-8554505) dan Richard Lejau (019-8562735).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...