Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

20 Februari 2011

KUTIPAN MENARIK : Azmin sekadar 'Itik Tempang'


Rasa terharu apabila membaca kenyataan Azmin Ali mengenai peruntukan kerusi dalam Pakatan Rakyat. Rasa lucu pun ada. Rasa sedih pun ada. Menurut Azmin, formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur tidak boleh digunapakai lagi kerana PAS dikatakan mahu bertanding di kawasan bercampur.

Rasa terharu oleh kerana sebenarnya kumpulan sasaran Azmin bukan ahli-ahli PAS atau DAP tetapi ahli-ahli PKR. Azmin cuba menggunakan isu peruntukan kerusi, suatu persefahaman asas di antara para pemimpin PR, untuk menonjolkan dirinya sebagai Timbalan Presiden.

'Grandstanding' bak kata orang putih. Jawatan yang disandang beliau adalah hasil daripada proses pemilihan yang pincang dan beliau dipilih oleh hanya 9% daripada jumlah ahli-ahli PKR. Beliau sedar yang beliau hanya seorang Timbalan Presiden “itik tempang” (lame-duck). Untuk menutup 'inferiority complex' ini, terpaksalah bercakap mengenai satu isu besar seperti isu peruntukan kerusi.

Rasa lucu oleh kerana Azmin masih dalam sindrom penafian. Hakikatnya, sejak 2008 telah ramai wakil rakyat PKR meninggalkan parti tetapi tiada seorang pun wakil rakyat PAS yang berbuat demikian. Alasan yang diberi oleh Anwar Ibrahim ialah ramai calon PKR pada PRU 12 adalah bidan terjun yang ditangkap muat. Kalau dah sebegitu ketandusan calon, kenapa masih gelojoh mahu bertanding di kawasan bercampur? Berilah peluang kepada PAS yang mempunyai proses pemilihan calon yang lebih teliti dan rapi.

Rasa sedih pula oleh kerana Azmin telah memilih untuk mengutarakan satu isu sensitif secara terbuka melalui media, bukan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Seolah-olah dengan jawatan Timbalan Presiden yang baru dimenangi, beliau berhak mengeluarkan arahan kepada pucuk pimpinan PR. Bayangkan jika Anwar dipenjarakan atau lari ke luar negara, mampukah Azmin memainkan peranan seperti yang dimainkan oleh Anwar dalam PR sekarang? Wajarkah dia berbuat sedemikian? Sanggupkah PAS dan DAP mengikut telunjuk seorang pemimpin “itek tempang”?


Sudah tiba masanya untuk PAS dan DAP mengkaji satu pakatan tanpa PKR. Realitinya, sokongan orang bukan Melayu kepada PAS kian bertambah, begitu juga ramai orang Melayu telah menerima DAP. Kawasan-kawasan bercampur boleh diagih antara PAS dan DAP. Hanya dengan strategi sedemikian dapat PR memenangi PRU 13.

Sekian. Wasallam.

Wan Nasuha bt. Wan Hassan

credit to Agenda Daily

Happening! Program Karnival Mesra Belia Negeri Sarawak 2011 Peringkat DUN N.5, Demak Laut

Ceria 1Belia 1Malaysia
KUCHING - Program Karnival Mesra Belia Negeri Sarawak 2011 Peringkat N4 Demak Laut telah berlangsung pada pagi semalam. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan belia dengan Jabatan Kerajaan di samping memberi maklumat untuk meningkatkan taraf hidup dengan aktiviti yang berfaedah.

Bertemakan 1Belia 1Malaysia, karnival itu bertujuan memperkasakan belia setempat menerusi penglibatan golongan tersebut dalam beberapa program khas berorientasikan mesra belia. Program julung-julung kali diadakan itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Gerai Institusi Pengajian Tinggi
Pihak kami sempat meninjau tapak karnival yang bertempat di Pusat Komersil Demak Laut, Jalan Bako. Kami berpeluang berkenalan dengan pihak urusetia Karnival Mesra Belia. Sungguhpun cuaca agak mendung namun bilangan pengunjung yang tiba amat memberangsangkan. Seramai 3,000 orang telah berada di tapak pesta pada sebelah pagi dan nilai itu bertambah kepada dua kali ganda pada sebelah tengah harinya.

Pemenang

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut membuka gerai untuk memberi peluang pendidikan kepada belia. Selain daripada itu, pihak pengajian tinggi di Sarawak tuga turut serta untuk mempromosikan peluang pendidikan yang terdapat di institusi mereka. Pihak kami tertarik dengan acara melakar potret di mana ADUN N5 Demak Laut berpeluang untuk dilakar oleh penuntut tersebut.

Tekun dan teliti

Selain daripada itu terdapat juga gerai yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, RELA dan yang paling menarik adalah CERT iaitu Community Emergency Response Team untuk bertindak apabila berlaku kecemasan di kawasan komuniti masing-masing.

Pandu Uji

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah permainan sepak raga bulatan, street soccer dan acara memancing. Bilangan penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dan acara itu diwarnai lagi dengan pertandingan auto-show. Turut diadakan adalah acara pertandingan mewarna, memasak, mengukir buah, membaca Al-Quran, sukan rakyat dan acara karaoke terbuka.

Memeriksa nadi


Menang dan kalah memang adat permainan namun semangat suka bersaing yang ditunjukkan sungguh menarik dan ini amat sesuai untuk diteruskan dikalangan belia agar sentiasa bersaing ke arah kemajuan negara.
Pasar Tani

Pasar tani juga berlangsung di perimeter tapak karnival yang turut menghidangkan hasil tempatan. Semua pengunjung gerai pasar tani berpeluang membeli sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan pada harga yang berpatutan.

Tendangan Gol

Menurut urusetia karnival acara kemuncak akan berlangsung pada sebelah malamnya di mana Majlis Perasmian akan berlangsung. Selepas itu pengunjung akan dihidangkan dengan Konsert Karnival Mesra Belia di mana akan menyaksikan persembahan percuma daripada artis dan kumpulan seperti XPDC, Jay-Jay, Adi Mentor, Siti Nordiana dan beberapa orang artis tempatan seperti Stanley AF.

Karaoke Terbuka
Pihak kami amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oelh pihak urusetia dan berharap acara seperti ini akan diteruskan ke semua kawasan di Sarawak. Tahniah Demak Laut kerana berjaya memperkasakan belia mereka.

YB Datuk Abg Draup Turun Padang

Malam Perasmiananta


Bujang Taha - Mantan Mr Asia

Menerima sumbangan daripada ADUN N5 Demak Laut
Syabas

WAJIB BACA: Sah! BN Sarawak pilih kasih?

Violet Yong - Tabung Pilihan raya

Terserah pada rakyat Sarawak, untuk percaya atau tidak? Saya tidak ghairah untuk menafikan kenyataan Violet Yong ADUN N.10 Pending (DAP) yang mendakwa Kerajaan negeri pilih kasih serta tidak mahu mengambil kaum Iban dan Cina bekerja di Sarawak.

Dalam video ini (KLIK DISINI)Violet Yong mendakwa, orang cina dan iban terpaksa berhijrah ke Johor mencari perkerjaan kerana kerajaan BN Sarawak tidak menerima mereka bekerja di negeri sendiri.

Bagi yang menilai dan meneliti dengan sewajarnya, dakwaan Violet Yong tidak lebih dari meludah ke muka sendiri. Violet Yong mungkin lupa, atau di serang ‘sindrom hujung lidah’ sehingga terlalu berani membuat tuduhan seperti itu.

Apakah Violet Yong tidak sedar siapa yang mensyaratkan kemahiran bahasa mandarin untuk mendapatkan suatu pekerjaan di Sarawak? Apakah itu kerajaan pimpinan Taib Mahmud atau syarikat peribadi Taib Mahmud, atau sebaliknya?

Rujuklah sendiri akbar-akbar utama di Sarawak. Siapa yang membuat iklan tawaran pekerjaan dengan syarat yang pilih kasih? Perkara ini mungkin agak jarang di semenanjung, tapi bebas dan berleluasa di negeri Sarawak. Ramai masyarakat bumiputra Sarawak yang mengeluh kerana syarat tersebut?


Agaknya Violet Yong terlalu ghairah dengan provokasi politik perkauman ala Pakatan Rakyat di Semenanjung. Mahu atau tidak, Violet Yong perlu mencontohi kesederhanaan Chong Chieng Jen yang lebih memahami sentiment politik Sarawak. Bukan meniru bulat-bulat cara berpolitik para ‘Khalifah Khawarij’ serta ‘Lebai-lebai kangkung’ dalam Pakatan Rakyat Semenanjung.

19 Februari 2011

VIDEO TERKINI : Demonstrasi waktu malam di Libya




video credit to AlJazeera
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...