Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

27 Oktober 2010

TAIB : Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak !!!

Credit source: The Borneo Post

MUKAH: “Saya bertanggungjawab kepada rakyat Sarawak dan hanya melakukan yang terbaik untuk mereka walaupun terpaksa berhadapan kritikan pedas pembangkang,” demikian tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut beliau, perjuangan politik pembangkang tiada definisi jika sekadar melalak yang kononnya menghujahkan isu-isu semasa serta mempromosikan propaganda, tanpa bertindak untuk mensejahterakan rakyat.

Taib bertemu dengan mangsa tragedi bot karam di Pejabat Daerah Tatau, semalam.

“Andai terpaksa berdepan kritikan hebat pembangkang sekali pun, saya rela. Saya hanya melakukan yang terbaik untuk rakyat. Marahlah macam-macam, saya tidak peduli. Kesejahteraan rakyat lebih penting daripada melayan kerenah pembangkang.

“Dua cuping telinga saya bersedia mendengar segala masalah rakyat. Walaupun begitu, permasalahan rakyat yang saya dengar akan diperhalusi. Permohonan-permohonan untuk pembangunan akan dinilai berpandukan keuta-maan serta kewajaran,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu menyatakan demikian semasa beliau berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Peringkat Negeri (Bahagian Mukah) di The Grand Kingwood Resort, di sini semalam.


Seminar dua hari itu bertemakan ‘Kepimpinan Akar Umbi Teras Pembangunan’ yang disertai oleh 284 ketua kaum di Bahagian Mukah dan dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM).

Menekankan disiplin sebagai penanda aras kredibiliti seseorang pemimpin akar umbi, Taib mengingatkan bahawa pembangunan tidak mampu berjalan lancar tanpa kerjasama erat para pentadbir dengan masyarakat setempat.

“Jatuh bangun negeri ini di tangan kita sendiri. Kemajuan pesat sekarang tidak harus berhenti sekerat jalan. Jangan biarkan generasi masa hadapan menikmati pembangunan yang alang-alang. Pastikan taraf hidup mereka lebih baik berbanding kita pada hari ini.

“Justeru, pemimpin akar umbi perlu sealiran dengan kerajaan. Kejujuran, keikhlasan dan sikap yang betul akan memastikan masyarakat pimpinan maju dari segi fikiran serta tidak terpinggir daripada arus perdana pembangunan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar, Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie serta ADUN Daro Murni Suhaili juga turut hadir di majlis tersebut.


Pejabat PKR diceroboh

KUANTAN - Pejabat Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman di Bukit Sekilau di sini dipecah masuk, dua komputer mengandungi maklumat peribadi dan perniagaan beliau hilang.
Beliau berkata, kejadian itu disedarinya pukul 10.15 pagi ini apabila beliau ke pejabat dan mendapati pintu pejabat itu terbuka.

"Tindakan suspek yang hanya melarikan dua unit komputer dan tidak mengambil barangan berharga lain menjadi tanda tanya. Jika suspek berhasrat mencuri komputer, terdapat banyak kedai menjual peralatan itu di sini tetapi kenapa pejabat ini yang dipilihnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau percaya suspek merupakan pakar pecah rumah kerana pejabat berkenaan berhampiran dengan restoran 24 jam yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

"Suspek dipercayai masuk melalui bumbung restoran berkenaan dan mengumpil pintu jeriji pejabat dan memotong mangga. Saya menemui satu lubang pada siling pejabat dipercayai menjadi laluan masuk suspek," katanya.


Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Jasmany Mohd. Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – Bernama

Credit source: kosmo

p/s: agaknya angkara siapa?

26 Oktober 2010

Tahniah House PK.

Blog House PK muncul blog pro kerajaan dengan kedudukan terbaik dan paling berpengaruh setakat tarikh 25 Oktober 2010.

Blog House PK berada pada kedudukan ketiga pada tarikh 29 Ogos 2010 (Senarai yang dikeluarkan oleh portal Perak Today pada tarikh berkenaan).

Ketika itu, tempat pertama dipegang oleh MyKMU dan kedua pula oleh Agenda Daily.

Namun, ranking terkini yang dikumpul mybloghub.my memperlihatkan ketiga-tiga pihak itu (House Pk, Agenda Daily dan MYKMU) mendapat paling banyak tempat di hati pembaca (untuk blog-blog yang dilihat sebagai pro kerajaan).
Gerakan Anti PKR pula melakukan lonjakan yang agak besar untuk berada di tempat ketiga pada tarikh 25 Oktober.

Ranking terkini di Malaysia mengikut Alexa:

HOUSE PK @ PARPU KARI: 468
AGENDA DAILY: 510
GERAKAN ANTI PKR: 541
MYKMU: 591
PISAU.NET: 742
THE UNSPINNERS: 828
RBF: 836
ROCKY’S BRU: 845
DR NOVANDRI: 889
AIDC: 1,093
PAPA GOMO: 1,144
MEDIA PERMATANG PAUH: 1,257
THE FLYING KICKS: 1,512
MCTHEORY: 1,619
TAIPINGMALI: 1,811
MALAYSIA-INSTINCT.COM: 1,958
UMNO ONLINE: 2,179
PERAK TODAY.COM: 2, 196
ANWAR PEMBOHONG: 2,298
OUTSIDE THE BOX: 3,351

sumber  malaysia intinct

Tahniah House PK.Teruskan perjuangan hingga ke akhir hayat.

PERTEMUAN RAHSIA ANWAR N YONG D BATU SAPI?

Batu Sapi Pecah Undi Kerja Anwar

Satu mesyuarat sulit diadakan oleh Anwar bersama Yong Teck Lee mengenai PRK Batu Sapi. Kita disajikan dengan drama kononnya PKR tidak bersetuju dengan SAPP.
Episod Anwar marah di Parlimen hanyalah satu lakonan semata mata.

Rundingan berlaku di Sabah dengan pertemuan Teck Lee dan Anwar dirancang secara sulit.
Perancangan rapi dilakukan untuk memecahkan undi apabila bertanding di PRK Batu Sapi. Kekuatan PBS di sana dengan kemenangan majoriti 3 ribu amat susah dipecahkan melainkan berlaku pertembungan 3 calon.

Perancangan awal ialah menunjukan SAPP tidak bersama dengan Pakatan,ini bertujuan untuk mencuri undi dikalangan mereka yang pro BN tetapi tidak bersetuju dengan PBS.

Kemudian Anwar mengarahkan kalangan SAPP dan PKR membeli kertas pencalonan yang banyak.Ini bertujuan untuk memecahkan undi kepada calon calon bebas tajaan PKR.


* gambar dari web
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...