Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

02 Februari 2011

VIDEO TERKINI: Revolusi Mesir - Apakah demokrasi sehodoh ini?


Semua orang mampu memulakannya, 
tapi siapakah yang terdaya untuk menghentikan?


video credit to link

01 Februari 2011

Syarikat motor akan sponsor kempen Anwar di Sarawak

Sahabat-sahabat saya di Indonesia gemar bermain dengan sindiran ini, “maling teriak maling”. yang memaksudkan seorang pencuri pun boleh meneriakkan “hei kamu pencuri..!!!. hal sebegini memang benar terjadi dalam kehidupan biasa, bukan suatu yang langka atau ganjil.

Penipu pun boleh teriak,"Hoi penipu!, bapa parti kroni pun tak segan-segan mempersoal, berbahas, berdebat serta berpidato mengatakan orang lain mengamal kronisme. Walaupun tembolok diri membusung dengan hasil kroni.

Belum pun PKR memenangi pilihan raya atau memegang kuasa di bumi Sarawak, tapi kroni Anwar sudah tersedia untuk membiaya segala kemudahan untuk Anwar berkempen di Sarawak. Apatah lagi kalau PKR sudah menguasai Sarawak, mulut-mulut kroni sudah pun ternganga menanti segala suapan dan imbuhan.

Dikabarkan sebuah syarikat motor (motor company) di Kuching memberi dana untuk kempen Anwar dan PKR, kehadiran Anwar ke Sarawak sempena Tahun Baru Cina serta makan minum akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat tersebut. Itulah perjuagan untuk mengenyangkan rakyat Sarawak.
Saya ada bukti...kata bang Nuar
(photo credit to link)
Ramai yang cuba menafikan, kononnya pergerakan Anwar dan PKR tidak dibiayai oleh sesiapa, kerana duit Anwar dan PKR memang turun dari langit sejak dulu. Berkat doa, maki hamun serta fatwa tok guru PAS.

Seorang guru di Serian, sampai sekarang percaya Anwar Ibrahim cuma ada kereta proton saga model 1987. “Rumah Anwar cuma rumah sewa” kata cikgu tersebut meyakinkan saya. Kesian...memang ‘lebam’ juga kepala hotak orang Sarawak kena spin Bang Nuar…kah kah..


Apapun, Saya ucap selamat datang untuk Anwar, selamat menikmati hasil simpati dan sedekah para kroni. Kalau dah menang nanti, jangan lupa kasi kenyang sama kroni.

Alahhh…macam dulu-dulu, lapan tahun sebagai menteri kewangan, takkan tak faham…


p/s: cuma Chong Chieng Jen takda' kroni...hidoooppp chong!

PM NAJIB: Kapal TLDM pindahkan pelajar Malaysia di Mesir


Kutipan dari Bernama
LABIS, 1 Feb (Bernama) -- Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serbaguna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

"Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir," katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di sini, pada Selasa.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

Kapal serbaguna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat di dalam operasi anti-lanun di Teluk Aden.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, beliau berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.

"Selain itu, kita juga tidak tahu (mengenai) krew yang bertugas di lapangan terbang Mesir itu," katanya.


Najib berkata kerajaan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru.

"Saya memahami perasaan ibu bapa yang risau (terhadap keselamatan anak mereka)," kata beliau.

credit to BERNAMA

Kohilan Pasang Strategi di Kaherah


Kerajaan Malaysia sudah bergerak ke Kaherah untuk menilai strategi yang akan diambil untuk memindahkan lebih 10 ribu orang pelajar Malaysia di sana.  Pasukan ini diketuai oleh Timbalan Menteri Luar A Kohilan.  Mereka akan mengenalpasti langkah yang terbaik untuk memindahkan rakyat Malaysia ke tempat yang selamat.

Di harap rakyat Malaysia semua selamat dan dapat dipindahkan segera.
 
Malaysia hantar pasukan menilai keperluan memindah rakyat Malaysia


Posted on February 1, 2011, Tuesday

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar A. Kohilan berlepas ke Kaherah malam tadi mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.


Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana ‘situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia’.

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka…kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)…kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, semalam.

Kohilan berkata pasukan tinjauan ini dianggotai oleh wakil dari Pejabat Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan juga dari Kementerian Luar Negeri bagi menilai keadaan semasa sebelum sebarang pemindahan rakyat Malaysia dilakukan.


Katanya Majlis Keselamatan Negara telah mengadakan mesyuarat kali kedua membincangkan pemindahan pelajar Malaysia di Mesir berikutan keadaan yang semakin buruk akibat tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.

“Adalah dinasihatkan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke Mesir. Rakyat Malaysia yang berada di Mesir juga dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa Mesir termasuk arahan perintah berkurung serta mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnnya seperti yang dimaklumkan kedutaan besar Malaysia di Kaherah,” kata Kohilan.

Menurut Kohilan, setakat ini sejumlah 11,319 pelajar Malaysia berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Kaherah dan tidak menolak kemungkinan angka ini lebih besar lagi dan menambah kata bahawa setakat 12 tengah hari semalam, kesemua pelajar dan rakyat Malaysia dilaporkan selamat di negara itu.

Menjawab satu soalan, Kohilan menjelaskan bahawa misi ini hanya untuk menilai keadaan untuk keperluan pemindahan, serta memberi segala bantuan yang diperlukan dan memastikan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia dan tidak ada sebarang perjumpaan akan dilakukan dengan sebarang menteri negara Mesir.


Di KUALA TERENGGANU, pelajar Terengganu di bawah tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar di beberapa tempat di Mesir, kini dalam keadaan selamat.


Pengarah Yayasan Terengganu Aziz Mamat berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan kedutaan bagi mengetahui keadaan pelajar dan perkembangan terbaru keadaan di negara itu.

“Ketua Penolong Pengarah YT Razali Mahmud telah dihantar ke Wisma Putera di Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang pelajar kita di sana,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.

Aziz berkata, terdapat kira-kira 233 pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang sedang belajar dalam pelbagai jurusan di Mesir seperti di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah.

Beliau berkata, semua pelajar dinasihatkan supaya tinggal di asrama dan jangan keluar dari kediaman masing-masing.

“Kita difahamkan laporan daripada Wisma Putera, pergolakan di Mesir kini sudah sampai ke tahap Oren dari Kuning. Apabila sampai ke tahap Merah, pelajar ini akan dibawa keluar dari negara itu,” katanya. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...