Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

22 Julai 2011

James Wong Nasionalis Sejati Sarawak


Posted on theborneopost.com July 20, 2011, Wednesday

MIRI: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak menyifatkan bahawa mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min adalah seorang nasionalis sejati negeri Sarawak.

Edwin mengatakan bahawa mendiang yang turut dikenali sebagai ‘Bapa SNAP’ di kalangan ahli parti berkenaan merupakan salah seorang ahli politik terbaik berasal dari negeri ini yang pernah berkecimpung dalam arena politik Malaysia.

“Kesetiaan beliau digambarkan melalui setiap pergerakannya sama ada melalui politik, pemikiran dan juga dalam tulisan-tulisannya,” kata Edwin kepada pemberita di kediaman beliau di Pujut 4, Miri semalam.

James Wong juga menurut Edwin adalah presiden paling lama berkhidmat dalam SNAP yang diterima baik di kalangan ahli parti dan juga seluruh Sarawak sepanjang penglibatan politiknya.

Beliau memberitahu, mendiang berkhidmat sebagai presiden SNAP keempat dari 1981 sehingga 2003 iaitu 24 tahun sebelum diambil alih olehnya pada 14 Mei 2003.

Mengenai sejarah James Wong dalam SNAP pula, mendiang menyertai parti tersebut ketika pembentukan Malaysia dan menjadi presiden parti selepas Dunstan Endawie pada penggal sebelumnya.

“Kita sangat bangga dengannya iaitu seorang yang amat berpegang teguh pada prinsip, mempunyai dorongan sangat kuat dan juga sumbangan yang besar ke atas SNAP,” jelas Edwin.

Justeru, SNAP dan juga rakyat Sarawak katanya sudah pasti akan merasai kehilangan tokoh politik veteran berkenaan lebih-lebih lagi jika melihat kepada sumbangan beliau dalam penubuhan Malaysia.

“Melalui kepimpinan beliaulah SNAP kini terbukti sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai bangsa di negeri ini,” katanya.

Edwin pada masa sama mewakili parti mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mendiang James Wong atas pemergiannya pada petang Isnin lalu pada usia 89 tahun.

James merupakan bekas menteri negeri yang berperanan utama bagi penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

07 Jun 2011

Adenan sworn in as Special Functions Minister

Tuesday June 7, 2011

By SHARON LING Published Star Online

 KUCHING: Special Adviser in the Chief Minister’s Department Tan Sri Adenan Satem will take up a new post in the state Cabinet as Special Functions Minister.

Adenan, the Tanjung Datu assemblyman, was sworn into office at the Astana here yesterday.
He took his oath in front of Yang di-Pertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Sworn in: Adenan taking up his oath at the Astana Monday.

His appointment comes a week before the start of the State Legislative Assembly sitting and brings to 10 the number of full ministers in the Cabinet.

Adenan, 67, was last in the state Cabinet as Agriculture and Food Industries Minister, a post he held from 1998 to 2004.

Prior to that, he was Social Development Minister from Sept 1992 to Jan 1998, Land Development Minister from March 1987 to Sept 1992 and Assistant Land Development Minister from 1985 to 1987.  

He was appointed to the Federal Cabinet as Natural Resources and Environment Minister from March 2004 to Feb 2006.  In April last year, he was appointed as Special Adviser in the Chief Minister’s Department.

A lawyer by training, Adenan is married with five children and lists golfing, fishing, reading, singing and writing among his hobbies.

The other members of the Cabinet are Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Tan Sri Alfred Jabu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Seri Michael Manyin, Tan Sri Dr James Masing, Tan Sri William Mawan, Datuk Seri Wong Soon Koh and Datin Fatimah Abdullah.

Taib was sworn in on the night of the April 16 state election and the rest two days later.
They were all retained from the previous state Cabinet.

In addition, 12 assistant ministers who were re-elected in the polls were reappointed to the Cabinet and sworn in early last month.

 

24 Mac 2011

Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

Menjelang Pilihan Raya Sarawak ini ramai yang tertanya-tanya adakah pengganti Ketua Menteri Sarawak sudah muncul.  Pilihan raya yang menjanjikan persaingan sengit dalam peralihan kuasa untuk jawatan Ketua Menteri Sarawak kelak.

Adakah bilangan majoriti pengundi yang menjadi penentu KPI wakil rakyat yang bakal menjadi Ketua Menteri atau sebaliknya.  Difahamkan bahawa Taib Mahmud sudah mahu menyerahkan kuasa Ketua Menteri kepada penggantinya yang layak namun belum lagi ada desas-desus yang menjaminkan senarai calon yang bakal menerajui Sarawak?  

Dalam PBB sudah ada tiga nama calon yang bakal memberi saingan sengit untuk kerusi Ketua Menteri? Siapakah mereka ikutilah lakaran dalam laluan perubahan kepimpinan Sarawak dalam laporan Bernama dibawah
Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

Oleh Alan Ting

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- Buat pertama kalinya selepas sekian lama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.

Tampaknya beliau mungkin akan berbuat demikian dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas mengumumkan semalam yang beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali terakhir.

Taib pertama kali melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 2006 tetapi ia tidak direalisasikan dan beliau terpaksa menangguhkannya.

Beliau tidak menjelaskan secara panjang lebar akan sebabnya ketika itu tetapi pemerhati politik mendapati Taib secara tidak langsung memberikan sedikit gambaran mengenai perkara itu dalam ucapannya pada program "Senada Sejiwa" di Serian semalam.

Taib berkata beliau akan terus menerajui negeri bagi memastikan "pemimpin baru" boleh dikenal pasti dan beliau akan berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana penganti yang berpotensi.

"Saya fikr beliau mahu memastikan penggantinya dan orang di sekeliling pemimpin terpilih itu tidak bercakaran antara satu sama lain; bahawa mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan dan menjaga kedudukan BN di negeri ini," menurut seorang pemerhati politik.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya Taib akan melepaskan jawatannya dalam satu atau dua tahun akan datang.

"Jika beliau berundur sekarang, ia mungkin mencetuskan perebutan kuasa dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunggak gabungan parti pemerintah negeri.

"Beliau perlu membimbing seseorang untuk mengambil alih. Beliau mungkin telahpun membimbing orang berkenaan tetapi atas sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendir, beliau telah menangguhkan (peralihan)," katanya.

Daripada perspektif strategi politik, Dr Sivamurugan berkata adalah tidak bijak untuk Taib berundur sebelum pilihan raya atau sejurus selepasnya kerana persoalan siapa bakal menjadi ketua menteri akan menjadi tumpuan berbanding usaha memenangi dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya.

"Isu ini lebih rumit. Ia bukan mengenai siapa yang patut jadi ketua menteri.

Di Sarawak, ia lebih kepada siapa yang akan menggantikan beliau sebagai presiden PBB dan sebab itu kenapa ia tidak boleh dilakukan dalam waktu singkat," katanya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya proses peralihan itu akan mengambil masa lebih lama, kemungkinan sehingga pertengahan penggal akan datang bagi membolehkan pengganti berpotensi dipilih daripada kalangan pemimpin kanan parti.

Taib, 75, yang berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.

Taib telah menjadi presiden PBB dan ketua menteri sejak 26 Mac, 1981.

Sebelum ini, Taib menamakan tiga pengganti berpotensi -- Tan Sri Adenan Satem, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg dan Datuk Seri Effendi Norwawi.

Namun keadaan berubah mengikut peredaran masa.

Tumpuan sekarang ialah kepada barisan pemimpin kanan masa kini -- Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Orang dalam parti menyatakan oleh kerana Taib sering menyatakan yang beliau dan Jabu sudah "tua", fokus kini terarah kepada Abang Johari dan Awang Tengah.

Mereka berkata pada mesyuarat parti enam bulan lepas, Taib melahirkan harapannya untuk melihat Abang Johari dan Awang Tengah saling bekerjasama.

"Saya fikir Taib perlukan lebih banyak masa kerana beliau mahu kedua-dua pemimpin ini membuktikan yang mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan sebelum seorang daripada mereka dipilih sebagai pengganti, memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar," menurut seorang lagi orang dalam parti.

Dalam sejarah PBB, tiada siapa pernah mencabar presiden parti.

Pada 1998, Adenan dan Abang Johari saling bersaing bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan untuk kaum Melayu/Melanau.

Abang Johari menang berikutan mendapat sokongan padu daripada anggota Dayak disebalik hakikat Adenan mendapat sokongan Taib pada waktu itu.

Adenan, yang tewas, kemudiannya dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti.

Tujuh tahun kemudian, Adenan sekali lagi mencabar Abang Johari, tetapi persidangan perwakilan ditangguhkan apabila dilaporkan ada penyokong Adenan didakwa dikesan mempunyai dua cawangan di kira-kira 40 kawasan.

Orang dalam parti itu berkata Taib, sebagai ahli politik veteran, diketahui tidak suka kepada sesiapa yang cuba mendesak beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan peralihan kepimpinan negeri.

Beliau akhirnya pasti akan berundur tetapi beliau mahu melakukannya mengikut rentaknya sendiri, katanya. "Anda tidak boleh paksa beliau kerana beliau tahu bagaimana untuk membalas balik, sepertimana yang beliau telah lakukan di masa lalu. Beberapa pemimpin politik yang bercita-cita tinggi cuba memaksanya berundur tetapi akhirnya mereka sendiri yang dipinggirkan dalam politik."

-- BERNAMA

16 Mac 2011

TANDA-TANDA PRN 'SWK' DEKAT : KEMBARA NUR DI KPG SINAR BUDI KUCHING!

Dihadiri oleh YB Sanator Dato Sri Shahrizat Abd Jalil.



Turut hadir YB Tan Joo Phoi , Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak(Alam Sekitar) dan YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah.



Disini kita dapat lihat perpaduan berbilang kaum dalam satu kampung di Sarawak di bawah kerajaan penaung!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...