Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

27 September 2010

ANAK ARWAH SOSILAWATI DITEMURAMAH hari ini.(1 JUTA BEBAS SUAMI?)

Salam dan Selamat sejahtera ,

Untuk makluman pengunjung alehkayong mulai 6.30 petang hari ini
Isnin , 27.9.10 temuramah dengan anak sulong arwah Sosilawati akan di langsungkan....
MENERUSI PROGRAM 'KERUSI PANAS' (93.9 FM ).

Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.


POLIS DIPERCAYAI TIDAK JUMPAI MAYAT DITEMPAT KEJADIAN.

BANTING, 26 Sept (Bernama) -- Polis dipercayai tidak menemui mayat di ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dalam operasi mencari bahan bukti di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini.

Pihak media yang menunggu di lokasi berkenaan sejak pagi hingga 6.55 petang melihat lebih 10 kenderaan polis termasuk van yang membawa empat suspek dan sebuah jengkaut meninggalkan ladang tenakan itu.

Bagaimanapun, sumber yang tidak mahu dikenali, berkata polis tidak menemui mayat di dalam kawasan itu tetapi menemui 'sesuatu' yang dipercayai boleh memberi pertunjuk kepada kehilangan seorang ahli perniagaan, Mohd Shafik Abdullah dari Sungai Petani, Kedah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Banting turut dipanggil bagi membekalkan air ke lokasi itu yang menghadapi maslah bekalan air semasa operasi dijalankan.

Kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd juga kelihatan memasuki kawasan itu dan menurut sumber berkenaan mereka dipanggil bagi membaiki paip pecah di kawasan itu.

Ladang itu menjadi tumpuan pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38,dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Kesemua empat mangsa itu dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang tersebut.

Selain itu, suspek utama kes Sosilawati itu turut disiasat dalam kes kehilangan jutawan lelaki warga India Allal Kanthan Muthuraja sejak 18 Jan lepas dan Mohd Shafik, 37, sejak April lepas.

Menurut laporan berita semalam, dua lokasi berasingan dipercayai tempat dua mayat ditanam di sekitar kawasan Ladang Gadong itu dikesan.

Sementara itu, isteri Allal, S.Usharani, 27, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di sini pada pukul 10 pagi dan meninggalkan bangunan itu 45 minit kemudian.

-- BERNAMA

1 JUTA UNTUK BEBASKAN SUAMI?




Branson says Anwar trial ‘damages’ Malaysia

By Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.

“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.

“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”

While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.

He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.

Branson was speaking at the “Dawn of the New Decade - Alternative Investments in Asia” forum in the capital hosted by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA). He went on after MIDA Director-general Datuk Jalilah Baba gave her address.

Anwar, the 62-year-old PKR de facto leader, is charged with sodomising his former aide, Mohd Saiful Bukhari Azlan, at Unit 11-5-1 of the Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here between 3.01pm and 4.30pm on June 26, 2008.

The former deputy prime minister has denied the charge, describing it as “evil, frivolous lies by those in power” when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years’ jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008.

Anwar was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences.

He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife.

He had earlier led the opposition coalition, Pakatan Rakyat, to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008.

Anwar’s Sodomy II trial will resume on October 14.


The Malaysian Insider
 
mukapetang: Richard Branson is in Malaysia!!! Hopefully there will be another major partnership between Malaysia and Virgin brand.  We understand your concern Sir, our bold leaders are really looking into this matter.  If you have more reports from your side please do not hesitate to share them with us.

Pemilihan PKR : Raja Petra Dicalonkan Tanding MPP

Free Malaysia Today
Oleh Qayum Rahman
Mon, Sep 27, 2010

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamaruddin telah dicalonkan untuk bertanding jawatan majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan pucuk pimpinan parti pembangkang itu yang akan berjalan dari penghujung Oktober sehingga pertengahan November ini.


Raja Petra, yang kini bermastautin di London, England dicalonkan cabang Kangar, pada mesyuarat bahagian itu 18 September lepas.


Ketua Cabang Kangar Ko Chu Liang ketika dihubungi hari ini berkata, Raja Petra menjadi calon pilihan cabang Kangar kerana beliau mempunyai kepimpinan yang baik seperti penasihat PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, walaupun Raja Petra kini bermastautin diluar negara, pemilihan PKR boleh menggunakan sistem teknologi terkini untuk merealisasikan pencalonan dari luar negara.


"Calon yang ditahan dibawah ISA pernah dapat bertanding dalam pilihan raya Umum hingga memperolehi kemenangan, ini bermakna Raja Petra juga boleh bertanding walaupun tidak berada di Malaysia.


"Cabang Kangar menyatakan pendirian menyokong Raja Petra setelah mengadakan mesyuarat cabang dengan membuat 20 pencalonan tetapi undian tertinggi menyebelahi Raja Petra," katanya.

Raja Petra Layak Bertanding

"Seramai 1000 ahli Cabang Kangar menyokong penuh pencalonan Raja Petra untuk bertanding MPP kerana beliau layak untuk menjawat jawatan tertinggi bagi mengukuhkan lagi parti dimasa akan datang.


"Saya berharap cabang lain juga akan memberi sokongan penuh terhadap Raja Petra untuk menjadi ahli MPP kali ini, katanya lagi.


Timbalan Ketua Cabang Kangar Asrul Nizam Abd Jalil, yang turut dihubungi berkata, ahli AMK dan wanita Kangar juga memberi sokongan penuh untuk membantu kemenangan Raja Petra menjelang pemilihan pusat nanti.


"Cabang Kangar memberi harapan tinggi terhadap pencalonan Raja Petra berikutan dasar perjuangan beliau mampu membawa perubahan kepada negara ini.


"Pemimpin tertinggi PKR perlu memandang serius cadangan dari cabang Kangar kerana sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada bakal pemimpin berkebolehan seperti Raja Petra," katanya.

Beliau Masih Ahli PKR

Sementara itu, ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Radin Shamsul hari ini mengesahkan bahawa Raja Petra masih lagi ahli PKR yang sah sehingga hari ini.


"Setakat ini beliau (Raja Petra) masih ahli PKR yang sah sekaligus beliau boleh dicalonkan untuk bertanding sebarang jawatan di dalam parti," katanya.


Raja Petra pernah ditangkap pada 12 September 2008 kerana menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan diperintah untuk ditahan bawah ISA.


Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.


Raja Petra juga menghilangkan diri selepas dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today.


Free Malaysia Today



mukapetang: Memang tidak hairan dalam budaya PKR mengambil bloggers sebagai ketua cabang malah menjadi pemimpin cawangan.  Mungkin ahli PKR lain tidak layak eh bukan apa dia? Oh mereka banyak dah keluar parti sebab tak tahan tengok penyelewengan mengalahkan Cuba dan Taiwan.

Hina Islam: Kerajaan Tidak Berdiam Diri - Mashitah

Isnin September 27, 2010 

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam di negara ini, bagi mengelak perkara yang tidak diingini.  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata perkara itu tidak boleh terus dibiarkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang menghina Islam.  


"Tidak boleh setakat dimaafkan. Kalau tidak orang Islam akan bangun dengan satu kemarahan yang akan berbentuk perkauman. Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.  


Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.  Dalam laporan akhbar hari ini, Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen berkata paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.  

Mengulas lanjut, Dr Mashitah yang kesal terhadap perkara itu, menggesa Jabatan Agama Islam Sarawak, yang bertanggungjawab terhadap isu itu, supaya segera membuat penyiasatan agar ia tidak berleluasa.  

"Sebelum ini, kita cuma dengar (penghinaan terhadap Islam) di Barat sahaja...ancaman bakar Quran. Kalau penyakit ini berjangkit dalam negara, perkara ini harus dilihat secara serius.  Apa pun, dalam hal ini kalau bertepatan, KDN (Kementerian Dalam Negeri)perlu ambil tindakan dan pada masa sama, umat Islam diingatkan supaya kefahaman tentang Islam dipertingkatkan," katanya. -BERNAMA

mukapetang: Pak Aji tolong tanggar-tangar anak muda kita tok. Mun sik dijaga nait atas palak kelak.  Bukannya ya ajak kelak abis kita semua ditinjak sidak.  Mintak maaf Pak Aji !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...