Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

11 September 2012

Kemerdekaan Umpama Mendapat Tempayan Besar: Abu Seman


Apakah maksud kemerdekaan umpama mendapat tempayan yang besar? Marilah ikuti kupasan ADUN Jemoreng mengenai pengisian erti kemerdekaan ke dalam tempayan ini.

Rakyat harus hargai kemerdekaan dan mengisi dengan pembangunan

Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa


PERLU DILINDUNGI: Inilah antara rumah-rumah di kawasan perumahan Taman Permai di Sibu.

MUKAH: Semua rakyat harus menghargai kemerdekaan yang dikecapi dan tugas kita sekarang adalah untuk mengisi kemerdekaan tersebut dengan apa yang kita ada sekarang kata ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

Beliau berkata, kemerdekaan yang dikecapi harus dihargai sebaik mungkin dan harus diisi dengan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

“Bagi saya kemerdekaan ini ibarat kita mendapat sebuah tempayan yang besar, tempayan itu perlu diisi jadi kemerdekaan itu perlu diisi melalui pembangunan yang kita rancang seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Kemerdekaan juga umpama intan yang kita miliki dan perlu dijaga dengan baik, jangan sampai ia hilang kalau hilang kita semua akan menangis untuk mencari intan yang begitu berharga.

“Orang yang hidup lama sudah merasa betapa peritnya hidup semasa dijajah oleh Jepun dahulu, di kampung saya banyak cerita yang mendukacitakan di mana orang-orang kita diseksa semasa kita dalam pemerintahan Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfiri Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Kelab Basikal Mukah (KBM) baru-baru ini.

Sementara itu, Abu Seman yang juga setiausaha politik Ketua Menteri berkata kebebasan atau demokrasi yang kita amalkan pada hari ini mempunyai had.

“Demokrasi yang kita amalkan ada hadnya,bukanya demokrasi ini suka hati kita, kita tengok baru-baru ini memijak gambar pemimpin, Adakah itu demokrasi?

“Kita tidak mahu demokrasi jenis itu, demokrasi kita ialah demokrasi yang terpimpin. Pendek kata demokrasi kita ialah untuk membela rakyat,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap semua rakyat dapat menilai bagaimana cara kehidupan kita pada masa ini hasil daripada pengorbanan pejuang-pejuang tanah air.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Wali Kota Bahagian Mukah Ali Suhaili.

- Posted using BlogPress from my New iPad

25 Jun 2012

DAP SARAWAK MULA LANCAR PERANG HABIS-HABISAN TERHADAP BN




Malam tadi bertempat di BDC, DAP Sarawak dan Pakatan Pembangkang telah mengerahkan seluruh keringat dengan mengadakan ceramah politik biarpun pembubaran Dewan Rakyat belum lagi diumumkan.
Berbeza pada masa dahulu, kempen dan ceramah politik hanya dibenarkan semasa selepas pembubaran Dewan Rakyat dan DUN setelah diumumkan SPR. Tetapi, sekarang ini Pakatan Pembangkang tidak memperdulikannya malah menggertak polis kononnya sebagai “anjing kerajaan” sekiranya tidak meluluskan permit berceramah.


Kegagalan penganjur memastikan perjalanan ceramah yang diadakan tidak menganggu rakyat ternyata benar apabila ramai pengguna jalan raya merungut kerana keadaan jalan raya yang sesak akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan sesuka hati. Ini sekaligus menyusahkan rakyat yang mahu pergi membeli-belah dan bergerak ke destinasi tertentu. Akibatnya, ada di antara pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya sehingga lebih 2 jam.

Ceramah yang bermula seawal jam 7.00 malam dilengkapi dengan kugiran. Beberapa artis wanita seksi tajaan DAP telah mengambil tempat menghiburkan rakyat yang datang awal. Bagaimanapun, artis Wanita DAP, Violet Yong tidak menyanyi sebaliknya hanya menyampaikan ceramah. Kehadiran Lim Guan Eng telah menyerikan suasana dengan gaya rambut ala-komunis.
Selain Lim Guan Eng sebagai tetamu khas, pemimpin DAP juga turut menyampaikan ceramah dan diikuti pemimpin jemputan dari PKR Sarawak dan PAS Sarawak.
Kebanyakan penceramah hanya membawa isu rasuah yang disabitkan terhadap Ketua Menteri Sarawak. Persoalan di sini, adakah pemerintahan DAP di Pulau Pinang “terlalu bersih”? Apakah rakyat tidak mengambil iktibar terhadap keadaan Kampung Buah Pala yang hanya dijanjikan semasa pilihan raya, tetapi nasibnya kini sudah tida ada. Mungkin, Lim Guan Eng mahu dilihat sebagai hero komunis di mata masyarakat Cina, tetapi sebenarnya anti-Islam.


Inilah yang mahu dimainkan DAP Sarawak pimpinan Wong Ho Leng yang cuba meniru pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Usaha menarik sokongan Cina semakin giat dijalankan dan sanggup memperkudakan PKR dan PAS demi hasratnya mahu meng”komunis”kan rakyat Malaysia.
Agak mengecewakan apabila pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak ketika berceramah, penonton yang kebanyakannya Cina tidak memberikan tumpuan. Mereka kelihatan bersahaja apabila mendengar pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak berucap.
Lebih “menggemparkan” apabila ada di kalangan penyokong DAP menyatakan tidak usah dengar ceramah pemimpin PKR dan PAS. Jika dengar, nanti kita kena masuk Islam. Itulah sebabnya, ramai penyokong DAP buat tidak kisah saja apabila pemimpin PKR dan PAS berucap.

11 Mac 2012

Aktivis Bershit Kantoi Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching!!??

Maria Chin Abdullah memang tidak tahu dan tidak pernah sedar bahawa Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia berada dalam Ordnan atau Akta yang berbeza?!!!  Kelebihan Sarawak adalah untuk menghalang individu daripada memasuki Sarawak yang dipercayai boleh mengakibatkan ketegangan dan ketidakselesaan antara penduduk Sarawak?!!

Jelaslah Bersih tidak dibenarkan masuk ke Sarawak kerana ia membawa perpecahan!!??  Lebih baik Maria Chin pergi ke Selangor dan bawa penyapu untuk bersihkan kawasan kotor di situ sebelum membuat aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara dan kesejahteraan kaum!!??

Lagi aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak

Nigel Aw
12:00PM Mac 10, 2012

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.

Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.

 
"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika d this morning. saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan untuk melancarkankempen jom 100 untuk mencapai 100 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Maria menganggap larangan ke atasnya itu sebagai satu percubaan untuk menghalang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Sarawak bagi memantau pilihan raya umum ke-13.

"Jika kerajaan negeri tidak menyembunyikan apa-apa, mengapa larang anggota kami?" soalnya, sambil menambah ianya juga melanggar haknya untuk berpesatuan.

April tahun lalu, pengerusi bersama Bersih, Datuk S Ambiga dan ahli jawatankuasa pemandunya, Whong Chin Huat serta bekas ahli jawatankuasa tersebut, Harris Ibrahim juga dilarang memasuki Sarawak.

02 Januari 2012

Anwar Dan Politik Sempit Kaki Lima!!!???

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim memberi amaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak mengamalkan politik sempit dan menjaja keadilan sistem demokrasi negara di jalanan.   Badan Kehakiman Negara hendaklah tidak dipolitikkan!!!  Bukan itu sahaja, malah Majlis Peguam juga menjadi Majlis Politik akibat daripada segelintir ahli majlis peguam yang cuma menganjurkan "Kempen Bebaskan Anwar 901".  

Patutlah Ambiga menganjurkan seksualiti merdeka terlebih dahulu agar rakyat akan memberi kemaafan atau merelakan bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 itu daripada golongan gay!!??  Mereka seolah telah tahu akan kronologi keputusan senario politik Malaysia menjelang PRU-13?  Untuk menjadikan rusuhan Tahrir Square menjadi realiti maka pelajar dan beruk-beruk yang berada di IPTA dan Swasta dihasut untuk menentang kerajaan sekarang melalui apa jua cara sekalipun!!??
Majlis Peguam kini ‘majlis politik’

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi ‘majlis politik’.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.

“Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang.

“Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas dan Tahun Baru 2012 anjuran Parti PPP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rais mengulangi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan sesekali cuba menggertak dan mempengaruhi keputusan mahkamah berhubung kes liwatnya pada 9 Januari ini dengan cuba membawa perkara tersebut ke jalanan.

Menurutnya, cubaan Anwar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dengan pendekatan politik jalanan bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit.

“Keputusan belum pun dibuat, kenapa kita nak mempolitikkan. Datuk Seri Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim dan ramai lagi pemimpin UMNO yang dihakimi oleh mahkamah tidak pula membuat politik kaki lima, tidak menggoda dan menggertak sesiapa.

“Jadi kenapa Anwar perlu pergi ke seluruh negara bagi mewujud situasi sebegitu (mempengaruhi rakyat). Ini satu keadaan yang tidak membawa keadilan dan saya percaya rakyat tidak akan menyokong atau menyebelahi pihak yang sebegitu (pembangkang),” katanya. Mengenai risiko keselamatan jika isu tersebut dibawa ke jalanan, Rais berkata, pihak polis mempunyai kuasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1989 dan beliau percaya pihak berkuasa lebih peka dalam hal itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...