Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

01 November 2010

PKR, PAS, SNAP dan DAP : Kalau Kita Kaya Kita Jawab Begini?

Saya pernah bertanya dengan seorang tokoh pejuang parti tempatan.  Kalau pakcik tahu Ketua Menteri kita kaya? Pakcik nak undi dia lagi tak? 

Jawapan beliau sungguh memeranjatkan.  Iya saya pasti akan mengundi Ketua Menteri Sarawak sekarang sebab dia sudah kaya-raya.  Dia tidak perlu lagi untuk mengaut keuntungan daripada hasil bumi Sarawak seperti yang berlaku di Selangor sekarang ini.  Dia akan fokus untuk pembangunan Sarawak dan tidak untuk kekayaan sendiri.

KUCHING - Dalam keghairahan pihak DAP khususnya mengagungkan Sarawakreport.org mengenai kononnya Taib memiliki harta dan aset diseluruh dunia!  Sehinggakan mereka sanggup mengedarkan risalah mengenai kekayaan dan kemasyhuran Ketua Menteri Sarawak.  Berikut adalah senarai harta atau perusahaan kononnya milik Ketua Menteri Sarawak. 

Antara aset yang dimilikinya

1) Sakto Development Corporation di Ottawa Canada
2) Sakti International Coorporation di Seattle, San Francisco, USA.
3) Ridgeford Properties Limited di London, UK
4) Sitehost Pty Ltd di Australia

Bayangkanlah sebegitu kayanya KM kita? Orang yang waras memang tahu politik kotor memang demikian.  Baru sebentar tadi MP mengeluarkan thesis mengenai politik kotor tidak akan menapak di Sarawak.  Kini DAP begitu sibuk mengedarkan risalah di atas.  Untuk membongkar kekayaan Ketua Menteri Sarawak?  

Kenapakah DAP dengki melihat ada bangsa yang lebih kaya dan lebih bijak mengendalikan kewangan sehingga dapat memiliki kekayaan di negara yang pesat membangun di dunia.  Mungkin ini satu tamparan bagi mereka yang sekian lama mengagungkan bahawa orang Cina sahaja yang mampu mengendalikan ekonomi  Mereka yang meraih kekayaan tidak mampu mengekalkan kekayaan mereka dan masih lagi bermain politik.  Sekiranya mereka kaya seperti Ketua Menteri memang mereka akan berhenti bermain politik dan meneruskan bisnes mereka tanpa perlu mencium bontot Anwar!!!
Mereka pastinya tidak tahu bahawa rakyat Sarawak sudah lama sedar akan kekayaan dan kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak.  Bahkan mereka pastinya tidak tahu bahawa rakyat Sarawak merasa bangga apabila mengetahui Ketua Menteri mereka cukup kaya dan mampu memiliki harta dan kekayaan di seluruh dunia?  Bukankah ini yang dimahukan?  Sekiranya Ketua Menteri kaya maka rakyatnya juga kaya.  Bukannya Ketua Menteri seorang sahaja yang kaya?  Sedangkan Korea Selatan pun melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkenal untuk menjadi presiden mereka?  Inikan Sarawak? 

Kalaulah kita kaya? Kalaulah kita terkaya di Canada? Kalau kita dapat berjabat tangan dengan Rokefeller di USA?  Mestilah kita bangga dengan reputasi yang dimiliki oleh Ketua Menteri Sarawak kini?  Bukannya senang untuk memiliki kemewahan dan kekayaan di seluruh dunia? Sudah ternyata Ketua Menteri layak untuk memerintah dan membangunkan Sarawak dengan jayanya ke arah negeri yang mampu bersaing di Malaysia?  Ketua Menteri pun menjanjikan yang terbaik untuk rakyat biar apa yang pihak pebangkang nak katakan.

Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri pun boleh tahan kayanya.  Kalau kita pergi ke Betong, tunjuklah ke mana-mana tanah di sana sehingga ke Sri Aman,  Tanyalah kepada penduduk di sekitar sana milik siapa tanah ini?  Pastinya orang yang menjawabnya akan berkata ini tanah Jabu.  

Wahai DAP sedarlah orang Sarawak memang kaya-raya.  Bukan Ketua Menteri sahaja malah orang biasa pun kaya.  Tidak payah jadi kroni pun kaya. Yang penting kerja keras dan jangan main politik kotor.  

Nak tahu kenapa Ketua Menteri lebih kaya daripada DAP? Sebab DAP banyak habis duit tanya bomoh untuk main nombor ekor untuk main politik.  Ketua Menteri cuma jaga Sarawak. Bagaimana dia jaga Sarawak? Itulah soalan yang patut ditanya!!!

PKR Anwar Ibrahim Tidak Boleh Bawa Politik Kotor ke Sarawak



Berakhirlah politik kotor di Sarawak!  Nampaknya PKR, DAP dan PAS golong tikar.  Politik kotor tidak dapat lagi diamalkan di Sarawak.  Kabinet negeri Sarawak akan bersidang untuk membahaskan isu ini yang dianggap penting demi menjamin kestabilan negeri dan kesejahteraan penduduk.  Kerajaan yang prihatin tidak mahu rakyatnya terpedaya dengan politik kotor pembangkang.  Marilah kita saksikan hasil daripada persidangan DUN yang bermula hari ini.



BN Sarawak Bentang Usul Banteras Budaya Politik Kotor Pembangkang

KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak akan membentang usul membanteras amalan politik 'kotor' yang cuba dibawa pembangkang ke negeri ini, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16 yang bermula Isnin.

Speaker Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata usul berkenaan akan dibentangkan Ketua Kelab Penyokong BN Negeri Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-Asajaya) dan disokong oleh Andy Chia (BN-Pujut).

"Budaya 'kotor' politik pembangkang kini telah menular di sini (Sarawak) harus dihentikan segera dan menerusi pembentangan usul ini, diharapkan rakyat akan dijauhkan daripada amalan fanatik kepartian itu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Pra Persidangan DUN dan mesyuarat Majlis Tertinggi BN negeri di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako.

Katanya, pembentangan usul itu juga untuk memulihara dan melindungi keharmonian politik dan rakyat berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud merangkap Pengerusi BN Negeri mempengerusikan mesyuarat empat jam itu.

Tanah Warisan Orang Asli Tergadai Kerana Ladang Rakyat

GUA MUSANG, 1 Nov (Bernama) -- Dulunya, hutan sekeliling kampung adalah tempat Anjung a/l Singang memburu landak, memungut buah perah dan petai mahupun menangkap ikan kelah di anak sungai yang jernih airnya.

Hutan itu, yang ibarat syurga bagi Anjung, 40, dan lebih 40 penduduk kampung Orang Asli suku Temiar di Pos Hendrope, kini menanti musnah dek angkara pembangunan yang dilakukan atas nama Ladang Rakyat.

"Mereka (kerajaan PAS Kelantan) kata nak buat ladang rakyat sebab nak bantu Orang Asli dan bagi RM200 sebulan, tetapi bukan semua kita yang terlibat, hanya seorang dua yang terpilih, yang lain semua orang luar.

"Begitukah mahu bantu rakyat, tanah kami tergadai, kawasan kami diceroboh akhir sekali kebajikan kami terabai," katanya kepada Bernama.

Katanya selama ini mereka amat dahagakan pembangunan dan selalu mengharapkan kerajaan PAS Kelantan turun padang untuk meninjau sendiri permasalahan mereka dengan lebih dekat.

Namun ia hanya tinggal harapan kerana pemimpin yang dipilih tidak pernah menjenguk muka, jauh sekali mengambil berat tentang permasalahan yang mereka hadapi ekoran pencerobohan hutan di kawasan tanah warisan mereka.

"Sudahlah tanah kami diceroboh, kebajikan kami juga tidak dijaga. Bekalan air dan elektrik yang kami dapatkan sekarang pun semuanya sebab bantuan kerajaan Pusat," katanya.

Bagi Kamal a/l Alek, 25, dari Pos Balar pula, perit sekali baginya membayangkan tiada lagi rimbunan buluh dan sumber hutan lain akibat berleluasanya kegiatan pembalakan di kawasan Lojing.

"Habis bukit-bukit diratakan, pokok-pokok hijau ditebang diganti dengan ladang kelapa sawit. Pokok-pokok buluh yang tumbuh meliar pun dipotong.

"Kalau habis pokok buluh selepas ini, kami nak (tarian) sewang pakai apa? Takkan nak guna kelapa sawit untuk buat sewang," katanya.

Menurutnya sejak ladang rakyat diperkenalkan, banyak tanah adat, tanah tradisi dan tanah kubur diteroka dengan rakus oleh "orang luar" bagi tujuan pembalakan dan ladang rakyat.

"Apabila kami tanya kenapa tanah kami diceroboh, pembalak bagi tahu mereka dah membelinya daripada kerajaan negeri. Habis...hak kami yang selama ini yang berpuluh tahun duduk di situ mana?

"Jadi kami berharap sangat kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat membantu memperjuangkan hak Orang Asli daripada terus teraniaya," katanya semasa lawatan Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Tengku Razaleigh Hamzah di Pos Balar baru-baru ini.

Katanya kebanyakan pekerja ladang rakyat terdiri daripada rakyat asing dan ini sekaligus menutup peluang pekerjaan kepada Orang Asli terutama kalangan belia.

Sementara itu, bagi penghulu Pos Balar Long Busu, 80, sudah sampai masanya penerokaan hutan secara berluasa itu dihentikan segera oleh kerajaan PAS Kelantan.

Malah, katanya mereka wajar diberikan hak pemilikan tanah untuk mengekalkan tanah warisan serta tanah adat mereka sekaligus membolehkan mereka mewariskannya kepada generasi akan datang.

"Kita duduk di sini telah lama sejak zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman lagi. Selama ini aman...nak cari buah hutan pun senang untuk makan.

"Tetapi keadaan sekarang sudah jauh berbeza. Kalau berterusan tanah kami diganggu, lebih baik kami masuk hutan terus, anak-anak tidak payah sekolah, kami pun tidak payah undi sesiapa," katanya.

Pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamed dari PAS. Kawasan pilihan raya itu mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.

-- BERNAMA

Kesan negatif politik, himpunan kayu di Sg Rajang antara usul dibentang

Credit source: Borneo Post

DUN Sarawak

KUCHING: Usul untuk meminta kebenaran membentangkan Rang Undang-undang merupakan salah satu daripada empat usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong akan meminta kebenaran daripada DUN untuk membentangkan Reformasi Undang-undang Tanah (Pembaharuan Syarat Dokumen Pemilikan dan Pemerolehan) Ordinan 2010.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar memberitahu, ahli dewan biasa yang bukan merupakan menteri yang bertanggungjawab harus memohon kebenaran sebelum dapat membentangkan draf Rang Undang-undang Tanah tersebut.

Katanya, ia adalah sejajar dengan Perintah Am 45, sekarang di bawah Artikel 24 Konstituensi Negeri.

“Di bawah Perintah Am 45, sebelum seseorang ahli biasa dapat membentangkan Rang Undang-undang, mereka perlu meminta kebenaran daripada pihak dewan terlebih dahulu,” katanya selepas mesyuarat PraPersidangan DUN, di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Asfia yang juga ADUN Semop berkata, ADUN Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah akan membentangkan usul mengenai kesan negatif politik Semenanjung Malaysia di Sarawak.


Manakala ADUN Bukit Assek (Wong Ho Leng) akan membentangkan dua usul iaitu ‘Tanggungjawab Menteri dan Menteri Muda’ dan ‘Himpunan Kayu di Sungai Rajang’.

Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Persidangan DUN bermula hari ini hingga 10 November ini.

Asfia berkata, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membentangkan Rang Undang-undang Bekalan 2010 (2011) hari ini.

Sebanyak tiga hari diperuntukkan bagi sesi perdebatan Rang Undang-undang Bekalan 2010 (2011) itu.

Hari kedua akan menyaksikan sesi soal jawab dan pembentangan empat usul.

Jumlah soalan yang sudah diterima adalah sebanyak 249, yang mana 34 daripadanya adalah secara bertulis dan 215 secara lisan, katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...