Tindakan seorang pesara berpatah balik dan masuk ke dalam rumah yang terbakar kerana menyangka ada ahli keluarga terperangkap membawa padah apabila dia ditemui mati rentung dalam kebakaran di Kampung Panchor Daro, Bahagian Mukah, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Busman Rafli, 60-an yang juga pesara kerajaan berada dalam rumah didiaminya sejak beberapa tahun lalu sebelum menyedari api mula marak dan bergegas keluar menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan berpatah balik dan masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan ahli keluarganya kerana menyangkakan mereka masih terperangkap dalam kejadian kebakaran yang membabitkan dua unit rumah papan itu.
Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Ismail Sidik, berkata sebenarnya semua ahli keluarga mangsa sudah menyelamatkan diri sebaik menyedari kediaman mereka dijilat api.
Katanya, mangsa dikatakan gagal mencari jalan keluar dipercayai akibat asap tebal sebelum lemas berikutan api cepat marak.
Al-Fatihah buat Allahyarham
Sumber: link
pernah lihat kejadian seperti ini bersebelahan kampung saya - nasib baik ada orang yang menghalang pakcik tu dari masuk semula ke rumah yg sedang terbakar
BalasPadamal-fatihah buat allahyarham