Berita ini saya kutip dari berbagai sumber untuk memastikan benar atau tidak, tapi ternyata banyak media rasmi yang menyiarkannya.
Fenomena ini terjadi di Desa Linlou, Wilayah Henan China. Seorang nenek yang berusia 101 tahun mempunyai tanduk didahi kirinya. Tanduk yang tumbuh sejak setahun yang lalu telah mencapai 6cm, malah menurut berita tersebut didahi kanan nenek ini kelihatan tanda-tanda tanduk yang satu lagi akan tumbuh.
Ada juga pihak yang menganggap tanduk tersebut menyerupai tanduk syaitan, namun nenek yang bernama Zhang Ruifang mengakui berasa seronok menjadi tumpuan umum kerana tanduk tersebut.
Pakar perubatan mengatakan tanduk tersebut tumbuh disebabkan kanser kulit dan sejenis penyakit yang dinamakan "aktinis keratoses", Pakar perubatan tersebut juga mengesahkan akan tumbuh satu lagi tanduk didahi kanan. ertinya akan lengkaplah tanduk orang tua ini.
Ada juga pakar perubatan lain yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk memotong atau pembedahan membuang kedua-dua tanduk berkenaan. Tawaran ini jelas sekali tidak mengembirakan 'si nenek bertanduk', dengan mengatakan dia sekarang lebih bahagia kerana sering dikunjungi orang ramai yang datang dari berbagai tempat. Pengunjung yang datang untuk bergambar sering membawa makanan dan hadiah , katanya.
Nampaknya pada zaman ini manusia bertanduk bukan sekadar fiction atau dogengan. Fakta telah berbicara...
0 ulasan:
Catat Ulasan