28 Julai 2010
Musuh BESAR BN , Pakatan dan,,,,,
Ketahuilah...ketika kita nak meninggalkan rumah ke pejabat atau kemana-mana sahaja dalam lingkungan kita.
Sebaliknya kita tidak meninggalkan , hawa nafsu dan syetan ,'Mereka' merupakan musuh utama kita.
Kedua-dua musuh berat ini , Siang dan Malam dalam Setiap situasi dan keadaan apapun selalu mengiringi kita , ditambah lagi kebiasaan-kebiasaan tabiat buruk yang juga tidak mau berpisah dengan kita.
Semua yang disebut di atas pasti akan mendorong diri kita untuk melakukan amalan-amalan yang akan melemparkan kita ke lembah kegelapan serta menjauhkan diri dari keridhaan Allah dan rahmatnya.
Ketahuilah.... mereka ini lah musuh besar setiap anak cucu Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhamad Saw. Sehingga ke hari kiamat.
Visi dan misi 'mereka' adalah untuk merosakkan akidah kita semua supaya bersama 'mereka' di neraka kelak.Tidak seorang pun umat Muhamad masuk syurga Allah ,inilah kejayaan 'mereka' ,nauzubilah min zalik...
Ingatlah ! dimana ada kemungkaran inilah dorongan 'mereka'.
Mahu tak mahu 'mereka' telah memerangi kita , disedari atau tanpa disedari .'Mereka' nilah penyebab perbalahan diantara kita semua.
Mari kita kenali 'mereka' ni dan
Istihar PERANG ke atas 'mereka' yang laknat ini.......ambil peluang Ramadhan yang mulia ini untuk latihan menekan nafsu dan melumpuhkan syetan..
Semoga Allah Swt menerima amalan-amalan kebaikan kita ,hidup dan mematikan kita dalam keimanan dan ketakwaan...Wallahualam .
mohon maaf jika ada penulisan saya menyakiti hati pembaca sekalian...Selamat menyambut Syaban dan Ramadhan.
Amalan Cahaya vs Amalan Kegelapan
Hari-hari kita berjalan melewati tempat-tempat yang dekat dan jauh.
Seandainya kita mempunyai nur dan cahaya ,maka nur dan cahaya itu akan terpancar dari kita.
Sebaliknya , apabila kita membawa kegelapan itulah yang akan timbul dari diri kita.
Oleh itu , kita hendaklah berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapat nur itu.Agar kita bercahaya dan menjadi pembawa cahaya.
Nur itu bukan ada pada zat manusia itu sendiri , tetapi manusia memperolehi nur dari amalan nurani.
Oleh sebab itu hendaklah kita memperbanyakan amalan nurani , agar kita mencapai nur itu dan dapat memancarnya kepada yang lain.
Disamping itu,kita hendaklah menjauihi amalan-amalan kegelapan ,agar kita tidak menjadi pembawa kegelapan.
27 Julai 2010
26 Julai 2010
MAHKAMAH ALLAH
"Yang pertama kali menghadapi pertanyaan pada hari kiamat adalah tiga (golongan) ,dan merekalah yang pertama kali akan dicampak kedalam neraka Jahanam :
Pertama Seorang yang terbunuh (mati syahid ) dalam mempertahankan agama;
Kedua , Seorang ahli agama ('alim) dan ahli al Quran (qari) yang menyebarkan ilmu pengetahuan hingga akhir hayatnya ;
Ketiga , Seorang dermawan yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan yang banyak , dan ia membelanjakannya di jalan Allah swt.
Akan tetapi ketiga orang tersebut melakukan amalan-amalan tersebut bukan kerana Allah swt , melainkan untuk mencari nama dan kemasyhuran di dunia ini.
Rasulullah saw. bersabda "Ketika ketiga orang itu di bawa ke MAHKAMAH ALLAH swt. Yang Maha Adil ,maka Allah berfirman , 'Sesungguhnya kami sangat mengetahui isi hati dan niat KAMU ,kamu mengerjakan amalan-amalan nurani dan shalih ini bukan mencari keredaan ku , tetapi untuk mencari nama dan kemasyhuran ,dan semua itu telah kamu dapatkan di dunia , Di sini tidak ada satu bagianpun untukmu.
Kemudian ,kerana amalan-amalan mereka itulah , maka Allah swt.melemparkan mereka kedalam neraka Jahanam"
Diterangkan dalam kitab-kitab hadits ,bahawa mereka itulah orang yang pertama kali akan ditimpa penderitaan. Dan pada hari kiamat , mereka itulah orang yang pertama akan dijilat api neraka Jahanam.....Nauzubilah min zaliq
Sarawak perlu pakar kata Taib Mahmud
SUKAHAM patut ambil inisiatif sendiri tentang isu kaum Penan
24 Julai 2010
TAHAP KEMULIAAN SEORANG MUKMIN
lantas bersabda :
(Dengan rasa ta'ajjub) Lailaha illallah. (Wahai KAABAH!) Betapa sucinya engkau!
betapa wanginya bauanmu ,dan betapa tingginya kehormatanmu (tetapi) KEHORMATAN
seORANG MUKMIN
adalah lebih tinggi daripada KEHORMATANMU , sesungguhnya Allah menjadikanmu
dengan penuh KEHORMATAN ,(begitu juga) dengan harta seorang mukmin , darahnya dan
KEHORMATAN yang tinggi patut dimuliakan.(OleH kerana itu) maka haram seseorang itu
bersangka buruk kepada seorang muslim yang lain (HR Tabarani)
PM Najib optimis kemajuan Sarawak
KEK 1MALAYSIA: Najib bersama tetamu kehormat lain melihat kek 1Malaysia sekali gus bagi meraikan hari jadinya, sempena Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Miri pada 23/7/2010.
Jabu pembela utama kaum Penan di Sarawak
Anak luar nikah dilahirkan setiap 17 minit
22 Julai 2010
Pendapat dalam Washington Times mengenai Anwar
Mengutamakan Kebaktian Kepada Kedua Orang Tua
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Seorang yang bernama Juraij sedang salat di sebuah tempat peribadatan, lalu datanglah ibunya memanggil.
(Kata Humaid: Abu Rafi` pernah menerangkan kepadaku bagaimana Abu Hurairah ra. menirukan gaya ibu Juraij memanggil anaknya itu, sebagaimana yang dia dapatkan dari Rasulullah saw. yaitu dengan meletakkan tapak tangan di atas alis matanya dan mengangkat kepala ke arah Juraij untuk menyapa.)
Lalu ibunya berkata: Hai Juraij, aku ibumu, bicaralah denganku! Kebetulan perempuan itu mendapati anaknya sedang melaksanakan salat. Saat itu Juraij berkata kepada diri sendiri di tengah keraguan: Ya Tuhan! Ibuku ataukah salatku. Kemudian Juraij memilih meneruskan salatnya. Maka pulanglah perempuan tersebut. Tidak berapa lama perempuan itu kembali lagi untuk yang kedua kali. Ia memanggil: Hai Juraij, aku ibumu, bicaralah denganku! Kembali Juraij bertanya kepada dirinya sendiri: Ya Tuhan! Ibuku atau salatku. Lagi-lagi dia lebih memilih meneruskan salatnya.
Karena kecewa, akhirnya perempuan itu berkata: Ya Tuhan! Sesungguhnya Juraij ini adalah anakku, aku sudah memanggilnya berulang kali, namun ternyata dia enggan menjawabku. Ya Tuhan! Janganlah engkau mematikan dia sebelum Engkau perlihatkan kepadanya perempuan-perempuan pelacur. Dia berkata: Seandainya wanita itu memohon bencana fitnah atas diri Juraij niscaya ia akan mendapat fitnah. Suatu hari seorang penggembala kambing berteduh di tempat peribadatan Juraij. Tiba-tiba muncullah seorang perempuan dari sebuah desa kemudian berzinalah penggembala kambing itu dengannya, sehingga hamil dan melahirkan seorang anak lelaki.
Ketika ditanya oleh orang-orang: Anak dari siapakah ini? Perempuan itu menjawab: Anak penghuni tempat peribadatan ini. Orang-orang lalu berbondong-bondong mendatangi Juraij. Mereka membawa kapak dan linggis. Mereka berteriak-teriak memanggil Juraij dan kebetulan mereka menemukan Juraij di tengah salat. Tentu saja Juraij tidak menjawab panggilan mereka. Akhirnya mulailah mereka merobohkan tempat ibadahnya. Melihat hal itu Juraij keluar menemui mereka. Mereka bertanya kepada Juraij: Tanyakan kepada perempuan ini! Juraij tersenyum kemudian mengusap kepala anak tersebut dan bertanya: Siapakah bapakmu? Anak itu tiba-tiba menjawab: Bapakku adalah si penggembala kambing. Mendengar jawaban anak bayi tersebut, mereka segera berkata: Kami akan membangun kembali tempat ibadahmu yang telah kami robohkan ini dengan emas dan perak. Juraij berkata: Tidak usah. Buatlah seperti semula dari tanah. Kemudian Juraij meninggalkannya.
sumber daripada : http://motivasi-hadis.blogspot.com/2008/06/mengutamakan-kebaktian-kepada-kedua.htm
21 Julai 2010
Seminar 'Tanah dan Rakyat' anjuran DAP di Kuching tidak diluluskan Polis
Ariel tetap menafikan aksi dalam video seks
RAHSIA BAYAR UTANG DENGAN AHLAK
Demi allah , bukan saya cerita nak mengaibkan saudara saya ...saya layan dia sebab saya dulu pun begitu juga...Mungkin berkat doa keluarga dan kawan-kawan , allah telah ubah kefahaman saya mengenai meminta dengan mahluk ni kepada banyak meminta kepada Allah(semuga allah kekalkan selagi nyawa di kandung badan ini)...ARWAH GURU selalu pesan jangan berhutang , kalau terpaksa MESTI bayar kalau tak , berat jadi segala urusan dunia apatah lagi akhirat....masa tu pikir , pasal apa pulak kita hutang orang , urusan kita pula berat , kita dapat duit , orang bagi hutanglah berat dah lah kita tak perlu bayar...blur lah...rupa-rupanya hutang ni ada kena mengena dengan AHLAK.Kalau tak silap ARWAH GURU menghurainya lebih kurang begini ,ORANG YANG BERPENYAKIT MASAALAH SUSAH BAYAR HUTANG NI DAPAT DIRAWAT.Kaedah dicadangkan ARWAH GURU adalah:
1. Niat buat semua pekara kerana ALLAH(caranya MULAKAN apa-apa perbuatan/pekerjaan dengan bismillahhirrahmannirrahim)
2. Jaga Solat 5 waktu pada awal waktu.
3.Sedekah(tak payahlah banyak-banyak,sekupang dua pun jadilah ,tiap-tiap hari)
4.Kesan MENGAMAL pekara 1-3 , AHLAK YANG MULIA akan TERBENTUK (insyAllahh)
5.Muamalat akan TERBENTUK(barulah hati kita terbuka dan Allah akan buka jalan untuk kita bayar utang )
6.Muasyarat akan TERBENTUK (hubungan dengan manusia dipelihara allah)...Wallahhualam.
Rompak Bank pakai Bunga
Melayu paling ramai tonton porno
20 Julai 2010
PAS tuduh Harussani buat fitnah
PM Najib akan lawat kawasan terpencil di Sarawak
19 Julai 2010
Kes liwat Anwar ditangguh 2 Ogos depan
Wawasan 2020 adalah wawasan negara, Kata PM
18 Julai 2010
Tafsir dan Takdir
Teringat pula dengan pesanan arwah atuk dahulu "INGAT , TAFSIR dan TAKDIR tak semestinya sama , TAKDIR pula boleh berubah jadi KETETAPAN Allah.Sebelum buat sesuatu NIAT kena betul ,dalam buat sesuatu sentiasa perbetulkan NIAT setiap pergerakan semua di gerak Allah.Kita tidak ada daya upaya ,SYUKUR kepada KETETAPAN allah ,allah akan tambah NIKMAT jika Tidak redha , Allah akan tarik NIKMAT "...that was about 22years ago.
Masa tu masih sekolah menengah lagi konon-konon nak belajar SILAT dengan arwah atuk.Arwah atuk memang terbilang masa tu dengan kekuatan dan ketangkasannya yang luar biasa.(semoga Allah terima taubat atuk dan menempatkan roh beliau bersama-sama roh orang-orang beriman.)..Kata nek puan atuk tak ajar sebarang orang ,lama jugak masa diambil oleh nek puan pujuk atuk utk mengajar aku .Atuk dah WARNING , tak akan tahan aku bila belajar dengannya...Syarat diletakkan pertama , solat mesti jaga kedua bayar atuk hadiah RM280 ketiga panggil beliau GURU bukan atuk lagi dan yang terakhir , banyak dengar dan fikir jangan banyak soal.Masa latihan 4 kali seminggu lepas magrib dan disambung lepas isya ...Masa itu aku mula solat 4kali seminggu magrib n isya(astarfirllah).Wang " pengeras" , terpaksa minta dengan emak tercinta tapi tak dibagi kena marah lagi ada ...jadi aku berunding dengan atuk aku buat parttime ngan atuk untuk settle "pengeras".Guru agree.
First lesson , Guru bawak turun gelanggan di depan rumah dan showoff kat aku skill dia yang selama tu aku dengar dari orang lain saja , disedianya sebaldi air di hadapanku dan Guru pula bawa sebatang kayu yang sama tinggi dengannya(tembung).diarahnya aku meyembur keseluruhan air dalam baldi kearahnya.subhannallah...masa tu ayatnya adalah WAADEH TERORNYA ATUK....setitis air pun tak mengenai beliau."SILAT ni PANTAS TEWAS ,pendekar luar tikar sembahyang pasti dapat ditewaskan oleh pendekar atas tikar sembahyang ,pesilat sejati berahlak tinggi , ada satu ilmu lagi perlu kamu belajar IDULKAHA WAL FILUS menurut atuk ertinya UNDANG-UNDANG DAN WANG ".aku pun bertambah blur...sehingga kini...Memang benar warning guru memang aku tak tahan , mana nak tahan since first lesson , itu lah kali pertama dan terakhir aku masuk gelanggang ,selama 3thn belajar duduk dengar "celoteh" berulang-ulang hingga aku lebih kurang hafal apa nak dicakap oleh beliau tapi tak faham maksud ..rupa-rupa nya setelah mengharungi pahit manis kehidupan bertahun-tahun ini aku mula MERINDUI AMANAT GURUKU TERCINTA.....
Penjelasan YAB Perdana Menteri Rasional Subsidi Dikurangkan
Kaum Melanau Perlu Fokus Kekuatan Ilmu Untuk Terus Maju
16 Julai 2010
Pesanan Alehkayong kepada diri sendiri dan semua
lebih kurang ertinya:"Betolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa dan jangan kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya(permusuhan) (Q.S Al maidah:2)
Tolong menolong yang diperintah adalah dalam hal menyediakan perkara kebaikan,menghindar kejahatan dan permusuhan sesuai dengan kemampuan.Malah dalam hadis lain, Rasullah SAW bersabda:
"Barangsiapa membetulkan bidaah.Allah akan memenuhi hatinya rasa aman dan iman.Barangsiapa menghinakanya,Allah akan menyelamatkannya dari hari Kiamat.Barangsiapa melakukan amar makruf nahi munkar,dia khalifah Allah di muka bumi, malah khalifah kitab dan khalifah rasul-Nya."
Dari pada Anas bin Malik ra ,Rasulullah SAW berdabda "Perintahlah kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkanya dan larangkan kemungkaran walaupaun kamu tidak menjauhi keseluruh."
Yakinlah dengan sabdaan nabi dan firman allah,dengan mengamal dan menyampaikan nya ,tanamlah dalam dirimu dengan sabar.barangsiapa percaya maka beliau dalam peliharaan yang esa.
15 Julai 2010
Pereka web mengaku memiliki 84 peratus Facebook ?
Pemilik payu dara terbesar kini kritikal
Cut Tari mungkin terlepas...
SPDP cadang kekalkan penyandang
08 Julai 2010
Anak Ronaldo bernilai RM730.3 juta
Wayne Rooney paling hodoh
Lindsay kena penjara 90 hari
Tiada laporan wanita Penan dirogol
06 Julai 2010
My first attempt
Salam dan selamat sejahtera,
Hari ini banyak keperluan-keperluan perlu di buat,tapi saya gagahi, korban masa diri cuba buka blogspot ini.saya yakin setiap apa berlaku adalah ketetapan azali dan pasti ada hikmahnya.untuk meyakini pekara tersebut tak semudah nak di cakap...tapi semua perlu berusaha meyakini hakikatnya.