Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

06 Disember 2012

Masyarakat Belia Mukah Diseru Beri Sokongan Padu Kepada Kerajaan.

Ahli Parlimen Mukah menyeru rakyat khususnya kaum belia memberi sokongan padu kepada kerajaan.  Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Kepimpinan Belia/Remaja di Dalat yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Dalat.

Sokongan yang tidak berbelah bagi amat perlu untuk rakyat bagi menjayakan program transformasi kerajaan untuk  meningkatkan lagi pendapatan.

Persatuan Melanau Dalat juga harus dipuji kerana menganjurkan banyak seminar pada tahun ini dan seminar terakhir mereka adalah untuk membantu golongan ibu tunggal yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Syabas di atas usaha Persatuan Melanau dalam meningkatkan kesedaran rakyat di atas usaha pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan.
Beri sokongan padu kepada kerajaan

Posted on December 6, 2012, Thursday
ALBUM: (Duduk dari kiri) Kenil, Ibrahim, Toyad dan Fairol bersama peserta Seminar Kepimpinan Belia/Remaja di Dalat baru-baru ini.
KUCHING: Rakyat perlu terus bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam usaha memastikan program transformasi dilaksanakan mencapai objektif.

Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad berkata sokongan padu rakyat berbilang kaum dalam usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

“Sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat amat mustahak bagi memastikan usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjadi kenyataan,” katanya ketika merasmikan Seminar Kepimpinan Belia/Remaja anjuran Persatuan Melanau Dalat, baru-baru ini.

Mengenai seminar itu, Toyad berkata ia bukan sahaja memberi kepentingan kepada masyarakat Melanau tetapi menyatupadukan kaum-kaum lain dalam usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.

Menurutnya, usaha persatuan itu menganjurkan beberapa siri seminar keibubapaan selama ini dan seminar kepimpinan belia/remaja merupakan suatu yang amat dialu-alukan serta mendapat sokongan penuh daripada beliau.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Melanau Dalat untuk membolehkan persatuan itu menjalankan program-program kemasyarakatan yang telah dan akan dirancangkan.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim M. Mekir memberitahu seminar kepimpinan itu dihadiri seramai 30 peserta yang dipilih dari daerah Dalat dan merupakan siri keempat dianjurkan persatuan itu tahun ini.

Sementara itu, katanya, persatuan itu akan menganjurkan seminar khas untuk seramai 40 ibu tunggal selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Disember ini dan merupakan seminar terakhir dianjurkan tahun ini.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jeraie, Pegawai Penerangan LPPK Negeri Sarawak Fairul Desa, Ibrahim M. Mekir dan timbalannya, Benedick Pon Akei serta ketua-ketua masyarakat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...