Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

09 Oktober 2012

Maklumat Yang Betul Dan Terkini Amat Penting Untuk Menghapuskan Persepsi Negatif

Baru-baru ini Majlis Dialog Media Sarawak 2012 telah diadakan untuk menerangkan pelbagai isu dan menghapus persepsi negatif terhadap kerajaan.  Antara isu-isu yang dibincangkan adalah isu tanah adat (NCR), isu keselamatan dan pelbagai lagi maklumat mengenai pilihan raya yang akan menjelang.  

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching ini turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum.

Majlis Dialog seperti ini diharap dapat membantu mengikis persepsi negatif terhadap kerajaan.  Pengamal media sosial perlu mendapat maklumat yang betul dan terkini dan majlis seperti ini amat dialu-alukan.  Semoga usaha sedemikian akan diteruskan agar dapat memberi penerangan kepada semua pengamal media sosial di seluruh negeri Sarawak. 

Maklumat umpama peluru paling bisa di alam siber, maklumat yang betul akan membawa cahaya kebenaran yang akan menyinari alam siber. 

Pengamal Media Perlu Bantu Memerangi Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan, Kata Salang

KUCHING, 6 Okt (Bernama) -- Pengamal media di Sarawak, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab perlu turut terlibat memainkan peranan aktif memerangi persepsi negatif terhadap kerajaan khasnya menjelang pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Dalam menghadapi peperangan persepsi yang merupakan salah satu daripada perkembangan semasa politik tanah air yang berubah mengikut masa dan keadaan, beliau berkata pemikiran rakyat telah diracun dengan pelbagai maklumat yang tidak benar terutama di media siber.

"Semuanya memerlukan penjelasan dan pembetulan persepsi yang berkesan kerana jika keadaan ini tidak ditangani sebaik mungkin, yang benar dianggap salah dan yang salah dianggap benar," katanya ketika berucap pada majlis Dialog Media Sarawak 2012 anjuran kementeriannya dan Jabatan Penerangan Sarawak, di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan) kementerian berkenaan Datuk Dr Rothiah Omar, Pesuruhanjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Penerangan Negeri Resat Salleh.

Salang mengingatkan bahawa banyak laporan dan penulisan yang tidak bertanggunjawab dan mengelirukan telah berjaya meracuni pemikiran dan persepsi sebahagian masyarakat sehingga mereka "sanggup menghina pihak yang berjasa dan sebaliknya pula memuja kepada yang berdusta".

-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...