Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

22 Julai 2011

James Wong Nasionalis Sejati Sarawak


Posted on theborneopost.com July 20, 2011, Wednesday

MIRI: Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak menyifatkan bahawa mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min adalah seorang nasionalis sejati negeri Sarawak.

Edwin mengatakan bahawa mendiang yang turut dikenali sebagai ‘Bapa SNAP’ di kalangan ahli parti berkenaan merupakan salah seorang ahli politik terbaik berasal dari negeri ini yang pernah berkecimpung dalam arena politik Malaysia.

“Kesetiaan beliau digambarkan melalui setiap pergerakannya sama ada melalui politik, pemikiran dan juga dalam tulisan-tulisannya,” kata Edwin kepada pemberita di kediaman beliau di Pujut 4, Miri semalam.

James Wong juga menurut Edwin adalah presiden paling lama berkhidmat dalam SNAP yang diterima baik di kalangan ahli parti dan juga seluruh Sarawak sepanjang penglibatan politiknya.

Beliau memberitahu, mendiang berkhidmat sebagai presiden SNAP keempat dari 1981 sehingga 2003 iaitu 24 tahun sebelum diambil alih olehnya pada 14 Mei 2003.

Mengenai sejarah James Wong dalam SNAP pula, mendiang menyertai parti tersebut ketika pembentukan Malaysia dan menjadi presiden parti selepas Dunstan Endawie pada penggal sebelumnya.

“Kita sangat bangga dengannya iaitu seorang yang amat berpegang teguh pada prinsip, mempunyai dorongan sangat kuat dan juga sumbangan yang besar ke atas SNAP,” jelas Edwin.

Justeru, SNAP dan juga rakyat Sarawak katanya sudah pasti akan merasai kehilangan tokoh politik veteran berkenaan lebih-lebih lagi jika melihat kepada sumbangan beliau dalam penubuhan Malaysia.

“Melalui kepimpinan beliaulah SNAP kini terbukti sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai bangsa di negeri ini,” katanya.

Edwin pada masa sama mewakili parti mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mendiang James Wong atas pemergiannya pada petang Isnin lalu pada usia 89 tahun.

James merupakan bekas menteri negeri yang berperanan utama bagi penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...