Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

31 Ogos 2010

Ho Leng gagal kemuka laporan lengkap projek tebatan banjir


MANA DIA?: 
Wong (kanan) bertanya sesuatu kepada Ho Leng (kiri) semasa pertemuan itu semalam.

SIBU: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Wong Ho Leng gagal mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir seperti didakwa sebelum ini semasa pertemuan bersejarahnya dengan Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh semalam.

Selain itu, Ho Leng juga gagal menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir di kedua-dua negeri itu.

Terdahulu, Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua mengotakan janji yang dibuatnya kelmarin, apabila berkunjung ke pejabat DAP di Jalan Chew Siik Hiong.

Beliau yang ditemani tiga anggota Pasukan Berwawasan Barisan Nasional (BN) Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Vincent Goh Chung Siong dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Daniel Ngieng Kiong Ann, tiba tepat jam 11 pagi.

Selain itu, Pengerusi Pusat Perkhidmatan SUPP Bukit Assek Kaunselor Chieng Buong Toon serta ahli jawatankuasa SUPP Oliver Kuo turut kelihatan.

Ketika menuju ke pejabat DAP yang terletak di tingkat satu, hanya Wong, Tiong dan Vincent sahaja dibenarkan masuk manakala tiga yang lain disekat petugas DAP.

Suasana tegang di dalam pejabat berkenaan telah menyebabkan pertemuan itu hanya berlangsung kira-kira 10 minit.

Wong serta tiga yang lain bertindak keluar meninggalkan pejabat DAP setelah Ho Leng gagal mengemukakan laporan yang diminta.

Dalam perkembangan lain, pekarangan pejabat DAP mula dibanjiri orang ramai seawal jam 10 pagi, bagi melihat sediri hasil pertemuan itu.

Apatah lagi, ia membabitkan isu banjir yang sudah lama membelenggu rakyat Sibu.

Pihak polis turut ditempatkan di kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

credit to the borneo post

Semangat 1Malaysia 1963

Konfrantasi Indonesia-Malaysia bermula dari 1962 hingga 1966. Puncanya kerana Presiden Indonesia pada masa itu iaitu Sukarno (bapa kepada bekas presiden Megawati) bercita-cita tinggi untuk menubuhkan Malaysia Raya yang mencantumkan Indonesia dan Tanah Melayu (semenanjung).

Indonesia menentang keras usah menubuhkan Malaysia iaitu mencantumkan Sabah,Sarawak dengan Tanah Melayu. Suruhanjaya khusus PBB yang ditubuhkan pada masa itu bagi mengambil pendapat rakyat dan mendapati rakyat Sabah dan Sarawak setuju dengan pembentukan Malaysia. Begitu juga dengan rakyat Tanah Melayu. Itulah sebabnya Tunku mengambil keputusan untuk membentuk Malaysia dan ini menimbulkan kemarahan Indonesia.

Kemuncaknya ialah pada 16 September 1963, iaitu hari pembentukan Malaysia di mana menyaksikan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.
Khalid Yunus dan Samy Vellu menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia dan menurunkan lambang Pancasila.


Peristiwa penawanan Konsul Malaysia di Medan telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Maka pada 17 September 1963 sekumpulan anak muda Malaysia telah pergi membuat tunjuk perasaan di Kedutaan Indonesia di KL sebagai tindakan membalas dendam. Antara anak muda Malaysia yang turut serta dalam tunjuk perasaan tersebut adalah Presiden MIC sekarang iaitu Datuk Seri Samy Vellu dan Dato'Mohd Khalid Yunus (bekas timbalan menteri dan ahli parlimen). Khalid pada masa itu adalahseorang pemberita Utusan Melayu yang ditugaskan untuk. membuat liputan tentang tunjuk perasaan tersebut.

Mereka memanggil Tunku keluar dan mengusung Tunku kemudian mereka menyuruh Tunku pijak simbol berkenaan dan Tunku enggan pijak. Melihat Tunku enggan pijak, lalu mereka mengangkat Tunku dan meletakkannya di atas simbol berkenaan. Fuhhh...hebat...hebat,anak-anak muda ini memang hebat. Tiba-tiba Tunku berkata,

"Awatlah hangpa buat aku macam ni" sambil air matanya bergenang keluar.

Apa yang saya nak beritahu ialah tentang keberanian anak-anak muda pada tahun 1963 dulu.

mukapetang: Dulu orang kacau kita kita kacau balik. Sekarang, kononnya dah maju dan membangun orang kacau kita, kita buat macam Zaki Zahid, tulis surat dan hantar ke pagar.

Syabas Samy Vellu dan Khalid Yunos! Inilah semangat 1Malaysia yang telah digambarkan pada hari pertama setelah pembentukkan Malaysia. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Salam Merdeka yang ke-53!

Sent from my BlackBerry Wireless Handheld
Powered by Gee! from StarHub

RENUNGAN KEMERDEKAAN




31 Ogos 1957 adalah hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia). Laungan Merdeka sebanyak 7 kali dilakukan di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel serta negara-negara asing lainnya.
Bendera Union Jack penjajah diturunkan dan Jalur Gemilang dinaikkan sebagai bermulanya sebuah negara baru.
Disusuli dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru yang bebas daripada kuasa penjajah dan tembakan meriam sebanyak 101 das.

Hari ini, usia negara yang merdeka tersebut sudah 53 tahun.
Sesudah 446 tahun dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun, Komunis dan British.
Bukan mudah untuk merdeka, untuk mempertahankan kemerdekaan juga adalah satu usaha yang lebih sukar.
Ini kerana generasi yang semakin muda melihat erti kemerdekaan itu dengan pandangan dan nilai yang berbeza.
Apa pun yang berlaku, inilah negara Malaysia. Tanah tumpah darahku. Suatu ketika dulu ada tamadun yang usianya 110 tahun di tanah ini sebelum bangsa asing datang menjajah.
Kita kerugian masa.
Kita ketinggalan, kerana kita dijajah.
Bersamalah melakukan transformasi untuk menjadikan Malaysia ini lebih baik dari semalam.

Salam kemerdekaan. untuk semua pengunjung alehkayong.


SUMBER TULISAN DARI : ANGIN PERUBAHAN

30 Ogos 2010

Erti kemerdekaan.

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

Selamat menyambut hari kemerdekaan.

1 Malaysia menjana Tranformasi.

29 Ogos 2010

Presiden Susilo kirim surat damai

JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah mengirim sepucuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ketegangan hubungan kedua-dua negara, lapor akhbar Kompas semalam.

Melalui suratnya, Pemerintah Indonesia berkenaan mengajak Malaysia supaya menyelesaikan masalah bilateral secara damai.

Perkara itu dinyatakan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keamanan, Djoko Suyanto ketika ditemui wartawan dalam satu majlis berbuka puasa di sini semalam.

"Antara kandungan surat itu, Susilo telah mengundang Perdana Menteri Malaysia untuk menyelesaikan masalah bersama secara kekeluargaan bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini," kata Djoko.

"Presiden Susilo juga menyuarakan hasrat untuk membincangkan tentang isu sempadan. Itu adalah isu yang paling penting. Itulah dua intipati penting dalam surat itu," katanya.

Jelas menteri berkenaan, Susilo meminta agar isu-isu dua hala dapat diselesaikan secara damai sekali gus menghidupkan kembali semangat persahabatan hubungan Indonesia-Malaysia.

Menurutnya, rundingan terperinci tentang isu sempadan dengan Malaysia akan berlangsung pada pertemuan peringkat Menteri Luar pada 6 September depan. - Agensi

source: kosmo

Mencari LAILATULQADAR..

gambar hiasan

Daripada Hazrat Abu Sa’id al-Khudri r.a beliau berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah saw telah beri’tikaf pada sepuluh hari pertama dari ramadhan dan kemudian sepuluh hari pertengahan di dalam satu khemah dari Turki. Kemudian baginda telah menghulurkan kepalanya keluar lalu berkata,

“ Sesungguhnya aku beri ‘tikaf sepuluh hari pertama untuk mencari malam tersebut , kemudian aku beri’tikaf sepuluh hari pertengahan ,lalu aku didatangi dan dikatakan kepada ku bahawa LAILATUQADAR ialah di dalam sepuluh hari yang terakhir. Sesiapa yang telah beri’tikaf bersamaku hendaklah dia beri’tikaf lagi pada sepuluh akhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam tersebut tetapi kemudian telah dilupakan. Sesungguhnya aku telah bermimpi bahawa aku telah bersujud di dalam lecak pada pagi LAILATULQADAR . Maka carilah kamu akan malam itu pada sepuluh malam yang terakhir dan carilah pada malam yang ganjil . ”

Hazrat Abu said r.a berkata bahawa hujan telah turun pada malam tersebut dan masjid yang berbumbung daun tamar telah bocor.kedua mataku telah Nampak kesan lecaK pada dahi Nabi saw.



Keterangan
: Sememangnya menjadi adat kebiasaan Nabi saw untuk beri’tikaf . Pada bulan berkenaan Nabi Muhammmad saw beri’tikaf sepanjang bulan dan pada tahun kewafatannya Baginda saw telah beri’tikaf selama 20hari. Oleh kerana kebanyakan kebiasaan Nabi saw adalah beri’tikaf sepuluh hari terakhir , maka para ulama berpendapat bahawa beri’tikaf pada 10 hari terakhir dari ramadhan adalah SUNAT MUAKAT .
Dari hadith di atas pun dapat diketahui bahawa tujuan utama beri’tikaf adalah untuk mencari LAILATULQADAR . Sebenarnya , i’tikaf memang sangat sesuai untuk itu , kerana dalam keadaan beri’tikaf sekiranya seseorang itu tidur pun dia masih dikira sebagai beribadat.

Disamping itu ,semasa beritikaf seseorang itu juga tidak berulang-alik , atau kesana-sini , kerana tiada apa-apa urusan lagi yang perlu disibukkan selain beribadat dan mengingati tuhan yang maha pemurah. Oleh itu tidak ada satu amal pun yang lebih baik daripada i’tikaf bagi mereka yang tahu menilai LAILATULQADAR .

Sememangnya Rasulullah saw sangat mengambil berat terhadap ibadat dan memperbanyakkan ibadat pada sepanjang bulan ramadhan , bagida saw sendiri akan berjaga sepanjang malam dan juga mengambil berat untuk mengejutkan ahli keluarga baginda saw sebagaimana yang dapat diketahui daripada banyak riwayat dalam kitab Bukhari dan Muslim.

Dalam satu hadith riwatyat Bukhari dan Muslim , Hazrat Asiah r.anha berkata bahawa apabila tiba sepuluh akhir , baginda saw akan mengikat kainnya ketat-ketat dan berjaga untuk menghidupkan malam serta mengejutkan ahli rumahnya.
Mengikat dengan ketat , mungkin juga membawa maksud untuk bersungguh-sungguh dalam beribadat dan mungkin juga bermaksud menjauhkan diri sama sekali daripada mengqauli isteri-isteri.

Semoga Allah beri taufik dan hidayah untuk kita memanafaat sepuluh malam terakhir bulan ramadhan El mubarak ini.
.

Koma dipukul Polis

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu.

Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Maznah Ibrahim, 40, menghubunginya sambil memaklumkan anak mereka terbabit dalam kemalangan.

“Saya yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil penumpang.

“Isteri menghubungi kira-kira jam 3 pagi memaklumkan kejadian itu dan saya bergegas ke Klinik Ketereh untuk melihat anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan.

Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.

“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.

“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Riduan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.41 pagi pada hari berkenaan.

Selain itu, Riduan berkata, anaknya yang mula sedar selepas tiga hari terlantar koma masih tidak dapat bercakap.

Katanya, dia kesal dengan kejadian itu apabila anaknya terpaksa menderita teruk akibat tindakan anggota polis berkenaan.

“Walaupun sedar, dia masih tidak boleh bercakap. Saya kesal dengan kejadian ini dan bercadang menuntut keadilan dengan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

source: metro

MB: Jika hal ini terjadi kepada warga Indonesia, aktivis serta media di Indonesia akan mengatakan 'Malaysia' telah memukul dan menginjak-injak kepala "bangsa". Warga Indonesia tidak akan menganggap itu kesalahan anggota Polis, sebaliknya menuduh Negara dan mencaci Perdana Menteri Malaysia. itulah budaya Indonesia.

28 Ogos 2010

Palestin mahu Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam menyampaikan pesanan wakil pemimpin Palestin yang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke negara mereka sebagai orang tengah dalam usaha meredakan ketegangan politik serta membantu mereka bersatu menghadapi konflik.

Pengalaman serta daya kepemimpinan Dr Mahathir membuatkan rakyat Palestin yakin Pengerusi Pertubuhan Keamanan Global Perdana (PGPO) itu individu paling sesuai bagi membantu meringankan beban serta mencari jalan penyelesaian konflik yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Abdul Azeez berkata, sepanjang tempoh 10 hari berada di sana bersama 67 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan wakil media di sana, mereka menerima kunjungan banyak pihak yang datang untuk berkongsi pengalaman serta menyatakan hasrat mereka kepada Kerajaan Malaysia.

“Saya sudah sampaikan hasrat itu kepada Datuk Seri Najib Razak dan hari ini saya tunaikan janji untuk nyatakan pesanan mereka kepada Tun (Dr Mahathir).

“Majoriti pemimpin Palestin yang datang menemui kami menyatakan hasrat supaya Malaysia membantu.

“Mereka cukup menghormati Malaysia, mereka tahu gagasan 1Malaysia dan cukup kenal dengan Tun sebagai orang berpengalaman. Insya-Allah saya percaya Tun ambil tindakan susulan,” katanya selepas menemui bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Al-Bukhary, di sini, semalam.

Sepanjang tempoh pertemuan hampir sejam itu, Abdul Azeez berkata, Dr Mahathir mendengar dengan teliti setiap yang diperkatakan dan berdasarkan riak air mukanya, beliau percaya sesuatu yang positif bakal berlaku terhadap penduduk Palestin.

Berdasarkan pengalaman berada di sana, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu cukup yakin bumi Gaza sebenarnya mempunyai aset dan prospek pelancongan yang baik untuk dimajukan tetapi terbatas akibat konflik serantau.

Gambar Ikan berkaki empat

JAKARTA - Seekor ikan 'berkaki empat' ditemui di dalam laut pada kedalaman lebih 500 meter di Wilayah Sangihe Talaud dekat perairan Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kaki ikan itu sebenarnya sirip tetapi semasa ia berada di lantai laut, sirip tersebut bertindak seperti kaki untuk mengimbangi pergerakan.

Imej ikan itu dirakamkan oleh sebuah kenderaan robotik yang dilengkapi kamera dalam projek sekumpulan saintis termasuk dari Amerika Syarikat untuk meninjau kehidupan marin di laut dalam.

Gambar seekor ikan seperti jerung turut dirakamkan selain hidupan laut seperti tumbuhan berwarna merah. - Agensi



source: kosmo

Cut Tari minta maaf

JAKARTA - Aktres kontroversi Indonesia, Cut Tari Aminah Anasya, 32, menangis semasa meminta maaf secara terbuka pada sidang akhbar di sini kelmarin berhubung skandal seksnya dengan penyanyi banda Peterpan, Ariel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengacara stesen televisyen tempatan itu berkata, dia meminta maaf kerana mengaku berlaku curang dengan Ariel Peterpan sehingga klip video lucah tersebar pada awal Jun lalu.

"Saya selalu menyalahkan diri saya," kata Cut Tari yang merupakan isteri Muhammad Jusuf Soebrata itu dan juga ibu seorang anak.

Cut Tari mengadakan sidang akhbar itu bagi mengambil kesempatan dalam bulan Ramadan.

Bekas model terkenal itu berharap, menerusi penyesalan tersebut, semua kesalahannya dapat diampunkan oleh Tuhan.

Dia seterusnya mengaku telah memanfaatkan sepenuhnya ibadah puasa pada kali ini bagi memulakan kehidupan baru selepas kontroversi klip video itu.

"Puasa tahun ini lebih berasa sempurna. Saya perlu mengawal emosi saya, menyeimbang pemikiran saya dan pastinya tiada orang yang tahu, apa yang saya rasakan," kata Cut Tari.

Setakat ini, Ariel masih ditahan di sebuah pejabat polis selepas klip video seksnya tersebar.

Terdapat dua video Ariel yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan Luna Maya yang merupakan bekas kekasihnya. - Agensi

source: kosmo

Miss Sarawak Race Queen 2010

KUCHING: Tujuh peserta dari Sibu, Kapit dan Kanowit terpilih untuk bertanding dalam Miss Sarawak Race Queen 2010 di Kuching pada 27 November akan datang.

Pemilihan 28 daripada peserta yang menyertai pertandingan itu berlangsung pada 21 dan 22 Ogos lepas di Paramount Hotel Sibu.

Peserta separuh akhir yang berjaya mara setakat ini di Sibu adalah Jenniffer Ngu, Jolin Ling, Nicole Ngu, Wendy Lau, Lau Sing Yee dari Sibu, Roni Sedin dari Kapit dan Nellie Tinggun dari Kanowit.

Lapan telah dipilih dalam sesi uji bakat pertama membuka jalan kepada 22 lagi kekosongan yang bakal dipenuhi dengan sesi uji bakat dan pemilihan yang kedua.

Pusingan kedua untuk sesi uji bakat akan diadakan di Kuching pada 27 Ogos hingga 29 Ogos ini di Boulevard Shopping Mall dari jam 12 tengah hari sehingga 9.00 malam.

30 peserta akhir yang terpilih kali ini akan bertanding ketika acara Sarawak Cub Prix 2010 di Kuching pada 1 hingga 3 Oktober depan untuk menyingkirkan peserta sehingga ke-16 yang terakhir untuk acara finale.

Susulan daripada pertandingan tersebut, acara akhir akan diadakan pada 27 November depan untuk memilih pemenang kejohanan tersebut di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.

Pertandingan yang diadakan bersama dengan Malam Anugerah Sukan Lumba Motor Sarawak akan menghangatkan lagi suasana majlis tersebut.

Acara yang merupakan inspirasi sukan permotoran Pesaka Borneo Sdn Bhd (PBM), disokong oleh Persatuan Perlumbaan Sukan Permotoran (SARSA) dan dianjurkan oleh Perkhidmatan Pengurusan Runway Mode.

Race Queen merupakan model promosi yang selalu dijumpai di sirkit perlumbaan seperti contoh perlumbaan F1, Moto GP juga dikenali sebagai ‘Umbrella Girls’, ‘Grid Girls’ ataupun ‘Paddock Girls’ merupakan penyeri untuk setiap perlumbaan dan boleh menarik orang ramai dalam setiap pasukan yang menyertai.

Melalui acara ini PBM mengharapkan dapat membangunkan industri sukan permotoran ini dengan membawa masyarakat menambah pengetahuan dalam sukan ini pada masa sama mencipta peluang untuk merasai sukan permotoran.

Sebarang pertanyaan tentang uji bakat yang akan diadakan di Kuching atau berkenan dengan acara ini boleh menghubungi Yvonne di talian 012-8917179 atau e-mel kepada pbmotorsports@yahoo.com.

source: borneo post

27 Ogos 2010

Sarawak beli Bakun?


KM tidak tolak kemungkinan kerajaan negeri ambil alih pemilikan
TAIB
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri akan mengambil alih pemilikan ke atas Empangan Hidroelektrik Bakun, yang kini hampir siap. Ini mungkin bermakna kerajaan negeri akan mengambil langkah seterusnya untuk membeli empangan itu, bukan sekadar menyewanya seperti yang diumumkan tahun lepas.  

“Kami (kerajaan) sedang mengkaji sama ada kami dapat membeli Bakun atau tidak.  Kami sedang berunding dengan kerajaan persekutuan sama ada ingin menjual semula (Bakun),” katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.  Taib terdahulu mempengerusi- kan mesyuarat bulanan kabinet yang diikuti dengan taklimat mengenai Bakun oleh Sarawak Energy Berhad.  


Sumber berita dalam internet melaporkan kerajaan negeri ingin membeli empangan itu pada harga RM6 bilion tetapi kerajaan persekutuan telah memberi tawaran harga RM8 bilion.
Empangan Bakun yang menjalani pembinaan selama 16 tahun dijangka siap pada Disember ini dimiliki kerajaan persekutuan menerusi Sarawak Hidro di bawah Kementerian Kewangan, dimana empangan hidro itu mampu menjana tenaga sebanyak 2,400 megawatt.  

Laporan media pada 12 Disember tahun lepas menyatakan kerajaan negeri sedang merangka perjanjian untuk menyewa empangan Bakun daripada kerajaan persekutuan.  Turut dilaporkan bahawa semua kuasa daripada empangan itu akan disalurkan di Sarawak bagi memenuhi keperluan industri khususnya bagi kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), berikutan perjanjian yang diberikan oleh kerajaan persekutuan.  

Dalam perkembangan lain, Taib semalam tidak mahu mengulas mengenai rundingan tarif yang sedang dijalankan bagi bekalan elektrik yang dijana oleh Bakun.  

“Saya tidak ada komen setakat ini… kami tidak menghuraikan rundingan dalam akhbar, semua anda tahu perkara ini,” katanya.  Pengarah Urusan Sarawak Hidro Zulkifle Othman yang dipetik dalam Malaysiakini berkata, syarikat tersebut mensasarkan hujung tahun ini untuk memeterai perjanjian pembelian tenaga dengan Sarawak Energy.  

Beliau turut dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri perlu membuat pengubahsuaian kepada sistem pengangkutan sungai sekarang sebelum empangan dibanjiri (impoundment) kerana ia boleh menjejaskan aliran sungai dan paras air Batang Rajang.

Beliau menafikan perjanjian itu telah menangguhkan pembanjiran empangan, dengan kos yang telah meningkat daripada kos awal RM2.4 bilion semasa ia diumumkan pada 1986 kepada lebih RM7 bilion apabila siap Disember akan datang.

“Jika kami diberi lampu hijau, kami menjangkakan bulan Oktober untuk memulakan pembanjiran, tertakluk kepada paras air sungai,” katanya dipetik sebagai berkata.  

semicyber: Adakah isu banjir ini akan digunakan lagi oleh pihak pembangkang kelak di Bakun?  Apa agaknya reaksi para pembangkang sekiranya melihat kerajaan negeri Sarawak mampu membeli Bakun kelak?

Wanita BN Sarawak Tidak Gentar PKR Giat Rekrut Anggota Baru

KUCHING, 21 Ogos (Bernama) -- 

Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak gentar dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempergiatkan usaha untuk merekrut anggota wanita baru, sebagai usaha memperkukuhkan sokongan terhadap parti itu di negeri ini.
Datin Fatimah Abdullah

Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datin Fatimah Abdullah hari ini berkata kalangan wanita di negeri ini akan menilai sendiri rekod pencapaian, kredibiliti dan komitmen BN untuk membawa pembangunan ke Sarawak.


Beliau berkata tidak dinafikan bahawa segelintir wanita mungkin akan dipengaruhi oleh emosi dan terpedaya dengan pujuk rayu serta kata-kata manis yang dijanjikan pembangkang.

Namun begitu, beliau yakin majoriti wanita di negeri ini akan menilai dan memilih BN yang berpengalaman, berwibawa dan komited untuk berkhidmat kepada rakyat demi kemajuan masa kini dan generasi akan datang.

Fatimah, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PKR, Elizabeth Wong bahawa PKR akan merekrut lebih ramai anggota wanita baru di Sarawak.

Fatimah berkata pergerakan wanita setiap parti komponen BN sedang mempergiatkan usaha untuk mendapatkan anggota baru menerusi pelbagai saluran seperti bengkel dan Anggota Dewan Undangan Negeri.

-- BERNAMA

semicyber: Elizabeth Wong nak buat cerita apa pulak kat Sarawak kelak? Kecoh satu negeri bila Ratu Bog*l nak rekrut anggota mesti nak buat adegan panas. MP tersenyum sinis.  Baguslah kita mendapat pemimpin wanita yang berkaliber, biarlah PKR susah nak cari makan di Sarawak, kalau setakat nak kelentong kiri kanan orang wanitalah paling susah untuk dikelentong.  Apa kata kalian semua?

Biarlah Presiden Parti Putuskan Mengenai SUPP

KUCHING, 27 Ogos (Bernama) -- 

Persoalan sama ada masyarakat Cina di Sarawak tanpa wakil dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) memutuskan untuk menarik diri daripada BN, hendaklah ditujukan kepada presiden parti, kata naib presiden SUPP Datuk Yong Khoon Seng.  

Datuk Yong Khoon Seng

Yong, yang juga Timbalan Menteri kerja Raya berkata beliau tidak wajar untuk memberikan pandangannya mengenai isu itu pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan keseimbangan parti majoriti Cina itu, antara empat anggota parti campuran di Sarawak.

"Tidak ada arahan agar jangan bercakap tetapi apa sahaja yang melibatkan keputusan besar parti itu mestilah datangnya daripada presiden (Tan Sri Dr George Chan)," kata Yong kepada pemberita selepas melancarkan program "Mempopularkan Kibaran Jalur Gemilang" anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak, (Jasa) di India Street Pedestrian Mall di sini Jumaat.

Bagaimanapun, Dr Chan, yang juga Timbalan Ketua Menteri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu kerana beliau kini sedang bercuti di luar negara.

Semalam, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata SUPP hendaklah memikirkan dengan serius mengenai masa hadapan masyarakat Cina di negeri ini sebelum membuat sebarang keputusan.

Abang Johari, yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang pemimpin Bumiputera, beliau pasti mahukan masyarakat Cina diwakili dalam kerajaan kecuali SUPP ingin melepaskan peluang itu.

Dalam menasihati SUPP untuk bekerja keras bagi menawan semula kepercayaan masyarakat Cina, beliau berkata PBB tidak akan campur tangan dalam masalah itu kerana SUPP mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berkemampuan untuk mengatasinya.

SUPP gagal mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya negeri baru-baru ini sementara ia tewas dalam lapan daripada 19 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri 2006.

Terdahulu Yong berkata beliau yakin bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat pelbagai bangsa boleh diperkuatkan menerusi kibaran Jalur Gemilang, khasnya semasa sambutan Merdeka sebulan itu.

Sebanyak 1,200 bendera diedarkan kepada premis perniagaan di sepanjang India Street sebagai sebahagian kempen seluruh negara untuk menanamkan semangat patriotisme di kalangan penduduk bandar.

-- BERNAMA

mukapetang: Biarlah kita menanti apa kata Presiden kelak,  isu sebegini memang sensitif tetapi mesti diselesaikan agar dapat bergerak ke hadapan dalam mengharungi PRU kelak.

Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Surah Al-An’am ayat 38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” ( Surah Al-‘Alaq, ayat 1-5)

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara, sahabat serumpun di Indonesia diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara. Bersamalah mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Bersatulah dengan imam kita yang sebenar iaitu Al Quran.
Sumber dari : ANGIN PERUBAHAN

Ibu bapa empat remaja simbah cat pada surau mohon maaf


Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban pada Isnin lepas, pada Khamis memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.

Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi Khamis.

Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.

Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.

Bernama melaporkan mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Mohd Hasbi pula berkata beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.

"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.

Katanya beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.

Yeow berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.

"Demi perpaduan kaum, saya telah mengatur pertemuan ini agar mereka yang terlibat memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.

Yeow berkata MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.-26/8/2010 Agenda Daily
Kecik-kecil lagi sudah ada perasaan perkauman.Adakah dengan minta maaf maka orang islam akan terus di permainkan.kita lihat saja dengan klik sini  
Semakin berani mereka dalam diam memperlekehkan orang islam.Apabila kita menimbulkan isu ini dengan lantang DAPig dan PKR melabelkan  kerajaan parti perkauman.Dimana hak kita sebagai orang Islam?

26 Ogos 2010

Ustaz Zakaria mengaku mendoakan LGE, PAS malu.

PULAU PINANG 24 Ogos 2010 – 
 
theMJDotcom
Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau berdoa itu silap. Namun, beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.
 
Ustaz Zakaria sedar akan doanya ditempat yang salah
 
“Insya-Allah, saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.
 
Zakaria turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan memastikan ia tidak berulang. Beliau berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar. 
 
“Jadi saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya. 
 
“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya. Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.
 
“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya. 
 
Pada masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini. Terdahulu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi. Tambahnya, pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan perkara tersebut.  Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu, beliau tidak menafikan.
 
“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.

Akhirnya ustaz totok PAS mengaku juga tindakan beliau adalah salah membaca doa untuk orang bukan mukmin . Lihat lah sendiri kerana seorang ustaz totok PAS ini saja membuat onar di dalam masjid , satu negara bising kerana tidak puas hati PAS menggunakan masjid sebagai pentas politik.  

PAS harus ingat apabila masjid cuba dijadikan pentas politik , tidak semua umat Islam yang hadir ke masjid itu untuk beribadat suka apa yang PAS lakukan itu semua . Mungkin bagi juak2 kopiah putih PAS setuju dan seronok ustaz mereka hantam kerajaan dan memuji Guan Eng tetapi sebenarnya ramai yang meluat tindakan ustaz PAS itu .
 
Itu yang menyebabkan ramai pihak menyatakan perbuatan ini boleh memecahbelahkan umat Islam . Diharapkan selepas ini PAS tidak lagi sewenang-wenangnya menggunakan masjid sebagai pentas politik .  

mukapetang: Entahlah apa nak jadi dengan mereka, diharap mendapat kesedaran dan tidak lupa diri apabila berdoa.  Isu hangat ini patut dipelajari oleh pihak PAS agar tidak berulang lagi.

KM bayangkan untuk memberi peluang wanita isi jawatan tertinggi negeri

Utusan Borneo

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayang akan terus melantik lebih ramai golongan wanita bagi mengisi jawatan tertinggi atau menteri di Sarawak.  



TEKNOLOGI: Taib berkomunikasi dengan Najib pada telesidang, semalam. Turut kelihatan dari kanan Jabu, Fatimah, Hashidah dan Rosey.
TEKNOLOGI: Taib berkomunikasi dengan Najib pada telesidang, semalam. Turut kelihatan dari kanan Jabu, Fatimah, Hashidah dan Rosey.
Menurutnya, wanita di Sarawak telah banyak menyumbang terhadap perjuangan politik dan pembangunan negeri ini.  Beliau mengambil contoh mengenai pelantikan Datin Fatimah Abdullah sebagai menteri penuh, yang dibuat atas sumbangan yang diberikan. 


“Sekarang ini kita dapat menunjukkan penghargaan kita menerusi pelantikan Datin Fatimah untuk menjadi menteri penuh (di Pejabat saya),” katanya.  Beliau berkata demikian pada sesi ‘telepersidangan’ secara langsung bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum berbuka puasa sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 1Malaysia 2010 di kediaman rasminya di Demak Jaya, di sini, semalam.  Hadir sama ialah Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan isteri Dato Sri Empiang Jabu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta ADUN Bekenu, Rosey Yunus.  

Taib berkata, dalam masa lima tahun sahaja, Fatimah banyak menyumbang terhadap pendidikan awal kanak-kanak.  Selain itu, katanya Fatimah juga berjaya menggalakkan ramai wanita khasnya di luar bandar untuk membangunkan industri desa. Hasil daripada itu, katanya ramai wanita mula berkecimpung dalam industri tersebut dan menghasilkan banyak produk-produk tempatan berjenama Sarawak seperti kek lapis.

“Inilah yang mendorong saya tidak menahan hati (menunggu) pilihan raya baru untuk melantik wanita sebagai menteri,” katanya. 

mukapetang:  Syabas kepada KM yang berjaya menaikkan taraf wanita dalam pentadbiran negeri.  Beruntunglah rakyat Sarawak kerana memiliki pemimpin yang berjiwa rakyat khususnya dalam membela nasib kaum wanita serta membangunkan industri desa.  Tersenyum MP apabila terbaca artikel ini di mana KM menghadiri teleconference bersama PM kita sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 1Malaysia 2010. 

Pemuda PBB mahu Taib kekal memimpin

Utusan Borneo

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyatakan pendirian mahu Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal memimpin negeri ini.  
KEKAL: Abdul Aziz menunjukkan akhbar Utusan Borneo berhubung hasrat Taib dan mahu beliau kekal memimpin.
KEKAL: Abdul Aziz menunjukkan akhbar Utusan Borneo berhubung hasrat Taib dan mahu beliau kekal memimpin.

Ketua Penerangan Sayap Pemuda PBB Abdul Aziz Adenan berkata sayap pemuda mahu Taib yang presiden parti itu turut bertanding mempertahankan kerusi Baligian dalam pilihan raya negeri akan datang.  


“Setelah bermesyuarat tadi, yang dihadiri sepuluh orang Exco Pemuda PBB dari seluruh cawangan, kami sebulat suara mahu Pehin Sri kekal memimpin kami (parti) juga negeri ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.  Katanya, mereka mahu Pehin Sri Taib kekal memandangkan beliau seorang pemimpin yang berpengalaman serta terbukti mampu menyatupadukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selasa lepas Taib yang ditemui memberitahu media beliau sedia berudur jika itu yang dimahukan rakyat.
Taib yang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pada 2006 beliau pernah menyatakan hasrat yang sama tetapi tidak hasratnya itu dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.  

mukapetang: Syukurlah masih ada yang ingat perjuangan Pehin Sri untuk membawa Sarawak ke arah kemajuan yang setanding dengan negara lain.  Nama Sarawak kini sudah mula dikenali di luar negara berkat kepimpinan Pehin Sri yang berkarisma dan berkaliber.  Semoga Pehin Sri tetap memimpin dan menerajui pucuk kepimpinan PBB dalam menempuhi PRU Sarawak.

Indonesia paling lemah kawal cetak rompak

SINGAPURA 25 Ogos - Indonesia merupakan negara paling lemah di Asia dalam mengawal hak harta intelek (IPR), manakala Singapura adalah negara terbaik mengendalikannya, menurut keputusan penyelidikan ke atas ekspatriat perniagaan yang dikeluarkan, hari ini.

Kerajaan Indonesia telah meluluskan satu undang-undang baru bagi mengawal harta intelek, namun, penguatkuasaannya yang sangat lemah menjadikan negara itu sebagai pengeluar cetak rompak tertinggi di dunia.

"Indonesia dilihat gagal menghalang budaya cetak rompak dan melindungi hak harta intelek," kata badan penyelidik yang beroperasi di Hong Kong, Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

Dalam kajian yang dilakukan oleh PERC ke atas 1,285 responden dari seluruh Asia itu menunjukkan kegiatan cetak rompak di Indonesia menerima kadar 8.5 daripada 11 negara di Asia, yang mana kadar 10 adalah yang terburuk. - AFP

Pemuda PBB mahu Taib kekal memimpin

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyatakan pendirian mahu Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal memimpin negeri ini.

Ketua Penerangan Sayap Pemuda PBB Abdul Aziz Adenan berkata sayap pemuda mahu Taib yang presiden parti itu turut bertanding mempertahankan kerusi Baligian dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Setelah bermesyuarat tadi, yang dihadiri sepuluh orang Exco Pemuda PBB dari seluruh cawangan, kami sebulat suara mahu Pehin Sri kekal memimpin kami (parti) juga negeri ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, mereka mahu Pehin Sri Taib kekal memandangkan beliau seorang pemimpin yang berpengalaman serta terbukti mampu menyatupadukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selasa lepas Taib yang ditemui memberitahu media beliau sedia berudur jika itu yang dimahukan rakyat.

Taib yang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pada 2006 beliau pernah menyatakan hasrat yang sama tetapi tidak hasratnya itu dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.

DAP BIADAP CEMARKAN RUMAH IBADAT MELAYU ISLAM DEMI KAUT KEUNTUNGAN POLITIK




DAP BIADAP CEMARKAN RUMAH IBADAT MELAYU ISLAM DEMI KAUT KEUNTUNGAN POLITIK

Kafir DAP tak bertauliah boleh pulak berucap dalam Masjid?

Masjid Nurul Ehsan, Kg Medan Selangor menolak kunjungan PM untuk berbuka bersama rakyat.

Sebelum itu timbul masaalah kerana kesilapan surat menggunakan letterhead UMNO. Akhirnya Khalid dan Hasan Ali masuk campur dan minta JPM hantar surat. Syarat ditetapkan adalah hanya Imam dan PM saja boleh berucap.

Ini berucap bukan ajar ugama atau beri khutbah perlu tauliah. Noh Omar dll tak boleh berucap. Konon nak balas UMNO yang timbulkan isu mempolitikkan masjid. Baca teguran terhadap kedua-dua berkenaan kisah ini di ABITW sini.

Dalam PAS tahan 'orang UMNO' berucap, DAP dibenarkan tazkirah?

DAP Bagi Tazkirah Dalam Surau
22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau.

Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama adaTeoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.

Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah?

Baca seterusnya di Angin Perubahan

Mungkin ada bersikap UMNO tidak berubah yang buat rakyat dan orang ramai mahu ajar dan lepas geram.

Tapi awas kita dengan helah DAP ....

Mereka mendekati dan mengambil hati orang Melayu untuk dapatkan undi dan kuasa. Bila dah dapat kuasa macam di Pulau Pinang, Singapura, Perak, dan Selangor, apa dah jadi?

Jangan nafikan, Melayu dan India dilayan macam binatang!

Mereka tidak peduli. Kita komplen dia reka macam seplain.

TULISAN - UNSPINNERS

13.5.1969 - Kesabaran Orang Melayu Ada Hadnya

13 Mei1969 - THE TRUTH

OK la .. tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara 2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian Riots 1969". buku tersebut menyatakan bahawa :

1.Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman.
2.Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina tanpa sebarang provokasi.
3.Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.

Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan. Ini la part yang aku nak ceritakan kat korang semua agar kita sama-sama tahu dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.
Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei :

1. Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3 tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun 1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.

Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."

Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar.

2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera. Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British. Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.

3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor. Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.

4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut, berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan berlanjutan.

5. Pada tahun 1967 ketika matawang disusut nilai, elemen komunis didalam Parti Buruh memulakan 'Hartal' (menutup kedai tanda protes) pada 19 November untuk mengekspoitasi isu berkenaan dalam propaganda anti-susut nilai. Mereka memilih Pulau Pinang sebagai sasaran kerna situasi sensitif perkauman di pulau tersebut. Ini kerana ketegangan kaum sudah ada sejak 10 tahun (dari rusuhan kaum yang pertama 10 tahun sebelum). Orang melayu yang tidak tahu menahu tentang 'Hartal' telah diserang secara kejam oleh kongsi gelap ahli Pembangkang yang berbangsa cina yang menyebabkan kematian dan kecederaan dimana beberapa rumah dan kereta dibakar. nota : ada blogger pro pembangkang menyeru dilancarkan 'HARTAL' untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap ISA. Apakah agenda beliau?!

Tunku mengaitkan -
“The communists however, never left us alone. If they couldn’t carry out open aggression they at least carried out intensive and extensive acts of subversion. In 1967, we had to adjust our currency to meet our financial exigency, and so we devalued very slightly our currency – so slightly that nobody noticed. But in Penang the Socialist Front, an opposition party somewhat hostile to the Alliance Government, declared a hartal (closing of shops as mark of protest or sorrow)…


So when they declared the hartal the gangsters and thugs took it upon themselves to start trouble, and attacked the harmless Malay people whom they regarded as the favoured children of the Government. In fact these Malays were ignorant shoppers who knew nothing valuation or devaluation of our currency, and they were taken completely by surprise.”


Tunku menulis tersebut pada tahun 1980. Beliau menulis pendapat beliau di dalam kolum mingguan beliau di The Star. Ini kemudianya dikumpul dan dijadikan buku 'Political Awakening'. Keratan diatas khususnya telah menunjukan penipuan Kua Kia Soong yang mengatakan Tunku Abdul Rahman telah berhenti menyalahkan komunis terhadap krisis tersebut.

6. Pada Jun 1968, kekacauan perkauman meletus bila 11 anggota PKM dan 2 melayu telah dijatuhkan hukuman mati kerana membantu Soekarno menceroboh Johor sewaktu zaman Konfrantasi Malaysia-Indonesia. Ketika hukuman bunuh kerana khianat terhadap negara hendak dijalankan, MP BATU, Dr Tan Chee Koon dari Parti Buruh telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Beliau telah mendapatkan sokongan dari komuniti cina yang pro komunis dan berusaha membakar semangat perkauman orang cina yang lain. Sementara itu, di luar pagar penjara Pudu dan di sepanjang jalan menghala ke penjara Pudu (sekarang Jalan Sultan ISmail dan Jalan Pudu), mereka berdemonstrasi secara ganas dengan membaling botol dan batu kearah kereta dan menghalang pergerakan lalulintas dijalan-jalan yang sibuk.

7. Serangan paling ganas dari Parti Pembangkang berlaku pada 24 April, 1969 ; 2 minggu sebelum Pilihanraya Umum yang paling bersejarah. Seorang pekerja UMNO bernama Kassim bin Omar telah dibunuh dengan kejam semasa dari perjalanan pulang dari pusat kempen oleh ahli Parti Buruh yang berbangsa cina. Ditelah dibelasah seperti binatang dan dibunuh di tepi jalan besar dan cat merah disapukan ke muka mayat beliau. Pembunuhan tanpa sebab dan sengaja itu telah mengahantar satu isyarat kepada kerajaan. Parti Pembangkang telah menjadi pembunuh politik (political murderers).

Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.

Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.

PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP

En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada 26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.


Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969 bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung Baru.

slogan-slogan berunsur provokasi dan cacian perkauman terhadap orang melayu yang memerhati di tepi jalan


slogan yang menjadi bukti bahawa Pembangkang memang bersekongkol dengan Komunis dan Rasis Extremis.

Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong oleh Parti Buruh dan DAP.

Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.


Perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan

Seperti kelaziman juga perarakan mereka sekali lagi telah melencong dan memasuki kawasan penempatan melayu dan cercaan dilemparkan secara terus-menerus. Orang Melayu masih bersabar.


antara provokasi penyokong Gerakan dan DAP


Bab X : Mabok "Kemenangan"

Muka 87 ... Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak.

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut 'kemenangan' mereka.

Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya, hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan Gerakan.

Muka 90 ...Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2 menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.

Bab XI : Api Menyala Malam

Muka 98

... Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.

Muka 99

... Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.

Muka 100

... Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.

Muka 101

Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2 Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.

Muka 106

... Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu sa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam dunia.

Muka 109

... Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam sejarah Malaysia.








Impian DAP untuk Melayu.Dulu Kini dan Selamanya.

Tidak lupa juga ingin aku nyatakan, Jika DAP,Gerakan dan Parti Buruh berusaha memburukan imej melayu dan Umno dimata masyarakat cina ketika itu, PAS adalah petualang yang memburukkan imej melayu Umno dan Islam Umno dimata orang melayu sendiri. Mereka juga secara tidak langsung menjadi ejen menghancur bangsa dan negara dengan membuat pakatan rahsia dengan DAP. Itu adalah fakta. Jika ada orang PAS yang tidak percaya, silalah rujuk kemana-mana perpustakaan dan carilah topik berkenaan 13 Mei yang ditulis oleh pejuang negara. Kalau bukak harakah atau buku tulisan penulis pro komunis memang sampai kiamat takan jumpa punya.

Sebenarnya banyak lagi perbuatan keji DAP dan Parti Buruh menghina bangsa aku ketika itu yang aku tak nak tulis di sini kerana aku terlalu marah terhadap kezaliman mereka. Aku bukan rasis tapi aku tetap akan marah jika bangsa aku dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Buat kalian yang membaca, hayatilah sejarah agar sejarah itu tidak berulang. Semoga Allah melindungi kita semua dari bangsat-bangsat negara ini. amin.

Tatap dan renungi gambar terakhir diatas. Pilihan ditangan anda.

Sumber rujukan: analisis jebat must die dan buku tulisan Tunku Abdul Rahman
olahan semula oleh AKU BUKAN HERO dozzvader.blogspot.com

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/08/1351969-kesabaran-orang-melayu-ada.html#ixzz0xgOvoXsc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...